Thursday, January 31, 2013

MANYAK BEBENOR LER NIH KEDEI MAKAN

Teman teghigat kata-kata pensyaghah teman maser teman ngaji kat UPSI dedulu. Dier kater oghang dedulu makan kat dlam ghomah tapi biler beghak pegi kat luor ghomah. Maner idaknyer, udah jambannyer kat luor ghomah. Kalo idak ader jamban demer pegi nonggeng kat tepi sunga. Nyoghok kat balek2 pokok ato pon celah2 batu besor kat tepi sunga tuh.

Pastuh dier kater pulak oghang ler nih, makan kat luor ghomah tapi biler beghak pegi balek ke ghomah. Betui jugak kater pensyaghah tuh yer? Maner idak nyer. Udah melantak pueh-pueh kat kedai makan biler balek ghomah baghu nak menghebas. Tahu ker mengkomer makner 'menghebas' nih? Kalo mengkomer oghang Peghak mesti tahu punyer.

Biler nyebot pasei kedei makan, teman nengok macam cendawan tumboh lepeh ujan jer naeknyer kedei makan nih. Kekadang tuh ader sebuah kedei makan yang idak sampei sebatu udah ader sebuah kedei makan lagi. Ader pulak berdeghet kedei makan. Bukannyer kat dalam pekan ato bandor pon nih kat kampong-kampong jer. Ader kampong sampei berbelas-belas kedei makan.

Kalo kat pekan pulak nimboikan masealah pulak. Kalo demer mukak kedei, keghosi mejer demer mesti nutop tempat detak keter. Kekadang tuh ndak muat ughusan len pulak payah bebenor nak caghi tempat detak keter. Kalo yang lepas teman nyeghiterkan susah payah nak detak keter kat ospital besor Ipoh. Ini pulak teman ndak nyeghiterkan payah bebenor nak detak keter kat dalam pekan pulak.

Teman heghan jugak, naper pihak majelis daeghah idak ngambek tindakan. Demer senang-senang ajer detak keghosi meja makan meghater-ghater hingger nyusahkan oghang ramei. Tambah pulak kalo kedei makan tuh dekat sebelah pejabat ker ato sebelah bank ker ato sebelah klinik ker ato kat sebelah aper-aper pon yang oghang ghamei ndakkan perkhidmatan. Oghang-oghang majelis kenerler ceghoyer-ceghoyer pasei demer nih.

Sunday, January 27, 2013

KECEMERLANGAN PENGURUSAN KURIKULUM

KURIKULUM KEBANGSAAN
"Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan, dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmnai, rohani, mental, dan emosi serta untuk menanam dan memprtingkatkan nilai moral yang diinginidan untuk menyampaikan pengetahuan."

PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN KURIKULUM
- Pembangunan kurikulum merupakan proses berterusan yang merangkumi pengurusan, pembangunan dan penyampaian.
- Pembangunan kurikulum melibatkan penyertaan daripada semua pihak, iaitu pengetua/guru besar, pakar kurikulum, guru, staf sokongan, murid, ibu bapa dan komuniti.
- Pengurusan kurikulum mestilah berlandaskan objektif yang ingin dicapai untuk menghasilkan keputusan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Kurikulum hendaklah dapat dicapai, diurus, mesra pelanggan, terkini dan mampu menggambarkan amalan terbaik dalam bidang tersebut.
- Pemantauan dan penilaian kurikulum perlu dilakukan dengan kerap dalam semua peringkat sama ada peringkat daerah, sekolah, bilik darjah atau terhadap murid.

Tuesday, January 15, 2013

APER YANG MENGKOMER GHASER KUGHANG DI SINI?

Sampa pukui 8.30 pagi. Pusing-pusing-pusing-pusing idak juger dapat caghi tempat detak motokar. Jenoh teman ceghoyer tak mandang yang kosong. Udah dekat lima enam ghaun. Muler ler pedap. Nengok kat motokar udah pukui 9.30 pagi weh. Udah sejam teman ghaun caghi tempat kosong nak detak motokar bughok teman nih. Pastuh teman tughonkan anak teman. Sughoh dier pegi kat kaunter tempat yang dier kene buat apoimen ngan doktor tuh. Teman melilor lagi caghi tempat kosong detak motokar kat kawasan ghomah sakit nih.

Beh kughang pukui 10.00 baghuler teman njumper tempat kosong detak motokar. Itu pon naseb teman baik nampak ader oghang kuor daghi pagor ghomah sakit ke motokar dier. Teman lekah-lekah ikut oghang tuh ngan bagi sigenal motokar teman. Oghang tuh pon nunjukkan di maner motokar dier. Sambei senyom teman ngucapkan timer kaseh pader oghang tuh. Senyum memanjang teman demer kater sampei kem pangkei telinger. Betui ker idak maner teman nampak. Bukan teman senyum sambei nengok ceghomen.

Teman pon lekah-lekah pukui talipaun kat anak teman. Anak teman maseh ader kat kaunter tuh. Soghat idah anto katernyer. Pastu misi kat kaunter tuh ngabor, encik boleh balik, tunggu doktor pakui talipaun biler kene ngambek soghat untok jumper dokter. Payah juger yerk nak njumper doktor pakar nih. Teman pon ngucap timer kasih. Pastuh teman nughon pegi kepe. Aper lagi, peghot udah ceghak-ceghek nanderkan udah lapor ler tuh.

Biler teman mikio susah bebenor nak detak motokar kat ghomah sakit nih, teman pon heghan, ngaper idak dibuat tempat detak motokar bertengkat-tengkat? Mengkomer pegiler ke ghomah sakit Ipoh. Mengkomer akan nyumper masalah ini. Memang ghaser paneh bebenor biler ngenangkan hei tempat detak motokar nih. Teman ader nengor yang ghomah sakit Ipoh nih buat peghancangan nak muat tempat letak motokar bertengkat. Macam kat dalam gambor nih. Tapi, biler?

Wednesday, January 2, 2013

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

PENDIDIKAN - ISU KRITIKAL

Pendidikan begitu kritikal dan sudah menjadi agenda sejagat, penentu kepada kemajuan bangsa dan pilihan pertama dan utama bagi semua keluarga. Fenomena ini begitu genting di negara membangun dan maju hingga didapati perlu diwujudkan beberapa organisasi yang berangkai untuk memajukan pendidikan di peringkat sekolah dan pendidikan tinggi. Persaingan dengan negara-negara lain menuntut kita melakukan anjakan dalam pembangunan modal insan dari segi keupayaan dan intelek. Justeru, Misi Nasional dan Rancangan Malaysia telah menetapkan "Pembangunan Modal Insan Kelas Pertama" sebagai satu daripada lima teras utama ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Sesungguhnya kejayaan agenda pembangunan modal insan amat bergantung pada kualiti sistem pendidikan dan terasnya ialah aktiviti instruksional atau pengajaran dan pembelajaran. Potensi persepakatan dan bersepadu dalam pengajaran dan pembelajaran ternyata masih belum berjaya dan belum dimanfaatkan secara optimum. Pengajaran berkualiti tinggi masih diharapkan oleh sistem dan dengan mewujudkan guru cemerlang akan mendorong guru menjadi instructional experts yang sukat dipertikaikan. Sebagai contoh kaedah mengajar secara berpasukan atau collaborative teaching masih belum menjadi satu budaya. Masih ramai guru mengajar mengikut kehendak urutan dan cadangan dalam sukatan pelajaran, berorientasikan peperiksaan tanpa mencerna kehendak klien atau murid serta tidak menepati konsep pengajaran berpusatkan murid.

Mereka kelihatan bekerja dalam dunia masing-masing terutama dalam pengajaran. Fenomena ini memberi kesan secara langsung kepada pengurusan kurikulum di bilik darjah. Terdapat guru-guru yang mengajar tanpa set induksi, pengajaran tidak berpusatkan murid, perancangan strategik didapati tidak sistematik, kualiti pengajaran guru masih pada tahap sederhana, pengajaran disampaikan tanpa mengira pengetahuan sedia ada pada murid, kurang pemantauan dan sistem pentaksiran yang longgar. Hal ini mungkin disebabkan tanggapan bahawa guru yang mengajar kelas peperiksaan bertanggungjawab terhadap keputusan peperiksaan. Jika keputusan peperiksaan baik, beliau akan disanjung atau sebaliknya.

Tanggapan ini membuktikan kesepakatan kerja dan tanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran kelas-kelas peperiksaan belum wujud dengan sempurna sedangkan hasil setiap ujian dan peperiksaan merupakan tanggungjawab semua guru di sekolah. Bahkan antara pengajaran di sekolah rendah dan menengah juga harus berkait. Justeru, kepimpinan instruksional perlu ditekankan agar dapat menjurus kepada misi sekolah bagi mencapai hasil pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Tuesday, January 1, 2013

KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

PENGENALAN
Kepimpinan merupakan satu proses menggembleng tenaga insan ke arah pencapaian matlamat organisasi. Gaya kepimpinan seseorang pengurus amat penting bagi menentukan dan menjamin keberkesanan sesebuah organisasi. Disamping itu, sikap pemimpin berkenaan dalam menjalankan kegiatan mentoring dan minatnya mencari jalan untuk membangunkan kerjaya pekerjanya membawa petanda pemimpin tersebut berorientasikan pencapaian tinggi serta memiliki bakat sebagai seorang pengurus yang cemerlang. Dalam konteks institusi pendidikan, Pengetua dan Guru Besar menjadi mentor utama dalam menggerakkan aktiviti intruksional atau pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tindakan proaktifnya membuat Penolong Kanan, Ketua Panitia serta guru-guru dapat bersama-sama berkongsi pengalaman dan tanggungjawab ke arah mencapai kecemerlangan visi dan misi institusi berkualiti yang sekali gus akan memperkukuhkan kepimpinan instruksional di sekolah.

Kepimpinan instruksional dilihat dapat mempengaruhi perkembangan bidang pedagogi iaitu sains pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mengalami perubahan yang dinamik, positif dan relevan dalam menghadapi cabaran-cabaran hasil daripada dunia yang sentiasa berubah bagi menghasilkan outcome sejajar dengan kehendak target clientele dalam sistem pendidikan untuk melahirkan murid yang berdaya saing dan berkualiti serta dapat menempa sejarah yang unggul serta mampu mencapai kejayaan cemerlang ke tahap terbilang.

Dalam usaha mewujudkan kepimpinan instruksional yang berkesan, pengetua dan guru besar seharusnya mampu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme untuk semua tenaga pengajar secara berterusan disamping menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam kalangan guru agar standard dan kualiti pengajaran guru sentiasa berada di tahap yang tinggi. Selanjutnya hal ini bukan sahaja memberi impak kepada peningkatan produktiviti yang boleh meningkatkan daya saing di pasaran antarabangsa malah yang lebih penting bagi menarik modal dan teknologi asing. Kita harus mempergiat usaha-usaha mempertingkat kualiti dalam bidang pendidikan kerana pendidikan merupakan sumber utama dan daya penggerak penting dalam pencapaian matlamat Wawasan 2020. Pendidikan dapat menyumbang ke arah mewujudkan tenaga kerja mahir dan sebagai satu-satunya sumber penawaran guna tenaga, disamping melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab bagi menjamin keharmonian dan kemakmuran negara.

Jesteru, melalui kepimpinan instruksional Kementerian Pelajaran sedang giat mewujudkan satu standard nasional yang jelas ke arah pembaikan yang berterusan bagi menempa kemajuan yang signifikan dalam membentuk satu sistem pendidikan yang mementingkan kualiti bagi mencapai tahap minda kelas pertama. Pengetua dan Guru Besar seharusnya memastikan setiap program atau pelan strategik berjaya sepenuhnya dan sekiranya kita gagal, kita sebenarnya turut menyumbang kepada era kegagalan dan kejatuhan bangsa Malaysia pada masa mendatang.