Monday, May 30, 2011

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - KONSEP ASAS PENILAIAN, PENTAKSIRAN, PENGUKUHAN DAN PENGUJIAN

OBJEKTIF
* Mengenal pasti domain penilaian: kognitif, efektif dan psikomotor.
* Menerangkan maksud penilaian, pentaksiran, pengukuran dan pengujian.
* Menjelaskan tujuan penilaian yang dijalankan di sekolah (Assesment For Learning)
* Mengenal pasti jenis-jenis ujian.
* Mengenal pasti langkah asas dalam pembinaan ujian.
* Menerangkan maksud kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

KANDUNGAN
* Domain Penilaian: Kognitif, Afektif dan Psikomotor.
* Definisi Penilaian, Pentaksiran, Pengukuran dan Pengujian.
* Assessment For Learning
* Ujian Rujukan Norma, Kriteria, Formatif dan Sumatif.
* Proses Asas Pembinaan Ujian Berasaskan Sekolah.
* Kesahan dan Kebolehpercayaan.

PENILAIAN KOGNITIF
Mengukur pengetahuan dan atau kemahiran intelektual pelajar iaitu sebaik mana kemahiran dapat dilaksanakan.

PENILAIAN AFEKTIF
Mengukur sikap, minat atau nilai yang dipegang pelajar seperti apa kebiasaan pelajar dan apa pelajar akan buat.

PENILAIAN PSIKOMOTOR
Mengukur kemahiran atau kompetensi fizikal pelajar sama ada kemahiran otot kecil atau otot besar iaitu sebaik mana kemahiran dapat dilaksanakan.

PENGUKURAN
Proses menggunakan nombor bagi memerihalkan sejauh mana seseorang itu mempunyai ciri-ciri tertentu.

PENGUJIAN
Proses membina instrumen atau prosedur yang sistematik untuk mengukur suatu sampel perlakuan/ciri-ciri tertentu seseorang.

PENTAKSIRAN:-
Prosemengukur sejauh mana pembelajaran murid telah berlaku. Proses ini membantu kita mengetahui banyak mana murid telah belajar; sebaik mana mereka telah belajar dan keberkesanan pengajaran guru.

PENILAIAN
Penilaian ialah proses di mana guru memberi pertimbangan nilai terhadap kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru.

INSTITUT AMINUDDIN BAKI UTARA - BANDAR DARUL AMAN

Balek daghi Genting Highlands teman kene pulak pegi Bandor Daghul Aman, Jitra. Duer-duernyer ke Institut Aminuddin Baki (IAB). Kat Genting Highlands, IAB Induk. Nekaler, kat Jitra tuh cawangan utagher. Duer-duernyer bawah Kementeghian Pelajaghan Mesia. Duer-duer ader pengaghahnyer sendighi.

Kalo mengkome nak pilih pegi keghusus, mengkome kene pilih kat utagher. Manyak sebab ngan istimewanyer. Kat sini (IAB Utagher) memang santei bebenor. Nak kluor pegi makan memalam pon mudah benor. Kalo kat indok tuh balek-balek ke Goh Tong ajer. Balek-Balek kedei mamak. Kut-kut ader satu kedei oghang Melayu. Camner pon kalo nak nimber ilmu kat maner-maner pon boleh. Yang penting bagi teman, ndak ato tak endak ajer.

Sunday, May 29, 2011

NABI ADAM PEMIMPIN YANG BERANI MENGAKUI KESALAHAN

Keduanya berkata. "Ya Tuhan kami. kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi." (al-A'araf (7) : 23)

Berani mengakui kesalahan adalah salah satu karakteristik yang paling menonjol dalam kepemimpinan Nabi Adam. Pengakuan ini tercermin dari ungkapannya kepada Allah "kami telah menzalimi diri kami" ketika terjadi pelanggaran terhadap ketentuan yang dilakukan oleh Allah, iaitu untuk tidak mendekati sebatang pohon.

Untuk ukuran zaman sekarang, pengakuan seperti ini sangat jarang dijumpai di kalangan para pemimpin. Bahkan, yang terjadi sebaliknya, iaitu berupaya menutup-nutup kesalahan yang dia lakukan. Pengakuan seperti ini baru muncul ketika pemimpin yang berkaitan sudah tidak dapat mengelak dari bukti-bukti yang dikemukakan.

Cara pengakuan yang dilakukan oleh Nabi Adam mutlak didasari oleh nilai-nilai dan norma keikhlasan kerana Nabi Adam pada waktu itu tidak berupaya untuk menghilangkan alat-alat bukti. Sedangkan, pengakuan sebahagian pemimpin masa ini kerana tidak dapat mengelak dari bukti-bukti yang dituduhkan. Oleh kerana itu, pengakuan mereka diduga didasari oleh nilai-nilai keterpaksaan.

Ada hal yang sangat menarik dari kepemimpinan Nabi Adam di mana keadaan yang dihadapinya tidak jauh berbeza denga kedudukan perpolitikan yang ada sekarang ini seperti kebebasan memberi pendapat, koalisi dan oposisi. Jika pada masa sekarang dijumpai istilah-istilah tersebut, pada masa Nabi Adam pun format yang seperti ini sudah pernah dijumpai.

Para malaikat yang memberikan kritikan kepada Nabi Adam adalah berminan dari kebebasan berpendapat. Kemudian, mereka berdiskusi dengan Nabi Adam kerana logiknya pendapat yang dikemukakan oleh Allah sehingga mereka tidak mampu membantahnya. Selain itu, diskusi yang dibangun oleh malaikat ini adalah perbincangan yang didasarkan pada idealisme bukan didasarkan pada kepentingan.

Adapun Iblis, secara terus terang mengambil sikap oposisi. Hal ini pun dibiarkan kerana sikap seperti ini adalah haknya Iblis. Akan tetapi, Allah menilai bahawa sikap yang diambil oleh Iblis ini adalah salah kerana segi yang dibangunnya adalah pendapat yang tidak sihat.

Selain pendapatnya yang tidak logik, motifnya juga untuk membunuh karakter Nabi Adam. Jika pendapat Iblis ini sekadar untuk penyeimbang, kuat dugaan bahawa langkah pendapat yang diambilnya tidaklah termasuk sesuatu yang dilarang.

Petikan dari buku "Prophetic Leadership".

Friday, May 27, 2011

BILEK F202 ASRAMA IAB GENTING HIGHLANDS SRI LAYANG

Teman baghu ajer tughun daghi Genting Highlands. Teman idak ler pegi kat puncak tuh. Teman pegi kat Sri Layang ajer. Pegi ke Institut Aminuddan Baki (IAB) Induk. Bukan pegi ngeghop angin tapi teman pegi keghusus. Tahun ini baghu kali ini teman pegi ke sana. Kat IAB Utagher teman dah pegi dua kali. Gitu juger pegi keghusus.

Kalo kat sini (IAB Induk), teman semedang ajer dapat nginap kat bilik ini. F202 meghuperkan bilik yang mudah. Kigher-kigher bilik nih dok kat tengah-tengah. Nak pegi dewan makan dekat. Nak pegi bilik kuliah induk pun dekat. Tapi, kene ler naik tangger sehat. Nak pegi bilik kuliah dekat dewan makan pon dekat.

Aper-aper pon teman bersyukor sebab semedang ajer dapat bilik ini. Bilik ini detaknyer kat tingkat duer (kalo ikut baser bangunan, tingkat satu). Dulu semedang ajer teman dapat nginap bilik F101 (Tingkat bawah). Tapi, bilik tuh dah dikhaskan tok pensyarah (lelaki) IAB. Bilik F101 hingger F104. Camner pon bilik F201 hingga F204 memang dekat bebenor ngan segaler tempat.

Dedulu, maser awei tahun, teman pegi keghusus kat IAB Utarer, teman peghonah dapat bilik di tingkat lima. Yang bestnyer, teman dapat bilik 525. Nombor bilik nih samer ngan nombor keter teman. Itu kat Jitgha ato namer baghu tempat tuh Bandar Darul Aman. Kat situ asghamanyer semernyer baghu. Kalo idak kene ler dok kat Taman Siswa.

KAWEN KAWEN KAWEN MANYAK BEBENOR JEMPUTAN KAWEN

Biler sampei coti sekolah ajer, ramei ler oghang kendughi kawen. Kekadang tuh sampei sepuluh kad jemputan teman teghimer dalam satu aghi. Leteh jugak nak ngejornyer.

LEMBU PON TAU BALEK GHOMAH SEBELOM MAGHRIB

Anak manusia masih bertenggek kat basten waktu maghrib, lembu dah masuk kandang. Ler nih manusia bior lembu berkeliaran waktu maghrib sebab bior lembu ikot manusia.

Ada lagi sambungnyer..... tunggu yer.....

Thursday, May 26, 2011

NOTEH GANGGUAN BEKALAN LETEGHEK

Le nih kalo kat ghomah idak ader api leteghek ngan ayor, rimeh ghasernyer. Maser dedulu idak pulak laku macam nih. Mandi yor sunga ajer. Bile malam pakei peliter minyak gas. Paling-paling pon pakei geselin. Kalo yang manyak duet tuh, kigher oghang kayer ler, makei jenereter weh. Menyegholang ghomah demer ngan lampu genereter.

Mase ler nih, biler api leteghek tak mandang ader maser-maser. Kalo deme tuh membaik aper-aper deme bagi noteh kat kiter. Kalo imenjensi tuh idak pulak boleh nak berkabor. Namernyer pon imenjensi. Pijorler jadinyer dalam ghomah biler leterek tak mandang. Idak sior dek demer dudok dalam ghomah. Badan pijor, ati pon pijor.

Yang jadi makin pijor biler noteh tuh tuleh mase tapi sebenornyer demer idak ikut mase. Naper mesti kalo nak baiki muler pukui 2.00. Naper idak baiki pepagi lagi? Pukui 8.00 ker? Pukui 9.00 ker? Ini idak mesti demer keghojer baiki stat pukui 2.00 petang. Pastu janji pukui sekian-sekian dah ader leterek, padehei idak demer ikut janji tuh. Tuh pasei berpijor ati.

Kekadang deme kat TNB tuh idak kigher hei oghang len. Ikut suker demer ajer biler nak pebaik aper-aper keghosakan. Cer demer fikio sikit susah yang oghang ramei ghaser. Kalo kat kilang ker ator kat tempat manyak industghi idak demer muat tak tentu pasei. Takot juger demer tuh kut-kut kener saman. Aper-aper pon ituler keghojer demer. Aper diajap demer oghang kampung.

ADAP BERGURU DAN ADAP BERSAMA GURU

ADAP BERGURU:-
1. Belajar adalah suatu ibadah wajib.
2. Gunakan setiap kesempatan yang ada untuk memungut sesuatu yang penting dan berguna.
3. Layanilah ilmu itu sebagaimana melayan seorang yang mencari faedah, biasakanlah mempelajarinya dengan perbuatan terpuji.
4. Semasa guru mengajar dengar dengan penuh perhatian. Elakkanlah dari tingkah laku yang kurang sopan. berbual-bual, berbincang dengan kawan-kawan, mengelamun, membaca lain-lain perkara yang tidak berkaitan dengan pelajaran ketika itu.
5. Jika ada sesuatu yang tidak difahami, minta dengan hormat kepada guru agar dia mengulanginya semula atau menjelaskan apa yang tidak difahami. Peliharalah adab bercakap dengan guru. Jangan bercakap dengan suara yang keras atau janganlah membantah sekiranya guru mengabaikan permintaan itu.

ADAB BERSAMA GURU:-
1. Apabila bertemu guru dahulukan dengan ucapan salam.
2. Tidak banyak bercakap di hadapan guru.
3. Tidak banyak bercakap kecuali dengan izin guru.
4. Bertanya apabila diizinkan oleh guru.
5. Elakkan dari membantah pendapat guru kecuali dibenarkan.
6. Elakkan memberi sebarang pertanda dia (pelajar) lebih tahu dari gurunya kerana ini kurang sopan dan kurang berkat.
7. Jangan berbisik-bisik dengan kawan semasa guru mengajar.
8. Tidak berpaling ke kiri dan ke kanan dengan tiada sebab yang diizinkan guru.
9. Elakkan diri dari banyak bertanya.
10. Berdiri apabila guru masuk kelas atau kalau guru datang menghampiri.
11. Jangan ada sifat buruk sangka kepada guru.

KURSUS PENGURUSAN PERHUBUNGAN KOMUNITI

TAJUK KURSUS:-
Kursus Pengurusan Perhubungan Komuniti
TARIKH:-
23 Mei 2011 - 26 Mei 2011
PENGURUS KURSUS:-
Encik Jamaluddin bin Abd. Jalil
URUSETIA KURSUS:-
Puan Rosmawati bt. Hj. Mohamad Noor
TEMPAT:-
Institut Aminuddin Baki Induk

RASIONAL:-
Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan dhormati msayarakat sejagat. Dalam usaha menuju ke arah matlamat ini, pihak sekolah dan komuniti perlu mempunyai hubungan rapat dan bekerjasama dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

Kepimpinan dan pengurusan sekolah khususnya Guru Besar dan Penolong Kanan sebagai pentadbir baris hadapan perlu dimantapkan dengan pengetahuan kepimpinan dan perhubungan komuniti supaya wujud kesefahaman dan keperihatinan dalam usaha meningkatkan kerjasama antara pihak komuniti dan pengurusan sekolah.

OBJEKTIF:-
Pada akhir kursus, peserta-peserta dapat:-
1. Menterjemahkan konsep, matlamat dan fungsi pengurusan komuniti kepada pelaksanaan secara berkesan di sekolah.
2. Menyediakan perancangan program pendidikan komuniti dan pendidikan keibubapaan yang lebih berkesan.
3. Melaksanakan program pendidikan komuniti dan pendidikan keibubapaan dengan berkesan untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni.
4. Menggunakan program perhubungan komuniti dalam usaha meningkatkan proses perkembangan keseluruhan murid supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
5. Menampilkan para pengurus sekolah sebagai pengurus dan pemimpin komuniti yang berkesan.

Sunday, May 22, 2011

APE YANG MENGKOME FIKIO?

Teman pegi pasor. Maser tughun daghi keter, tetiber teman nengok ader yang tak kener ngan teman. Ghoper-ghopernyer teman makei kasut yang berbezer. Ader pulak yang nengor "pesen baghu" ler weh kater deme. Hahahahaha teman ngekek gelak samer demer yang nengor tuh. Pasni pasti ramei yang ngikut cagher teman makei kasut ato seliper. Teman kan ker ramei oghang kenei.

Maser teman nak ke kegheter kigher nak balek ghomah, ader ler soghang tuh nanyer kat teman nombor ekor. Teman pon heghan pasei aper nanyer nombor pader teman. Ghoper-ghopernyer kalo pakei macam nih mudah dapat nombor yang boleh kener. Itu kater demer, teman idak ngaternyer, teman hanyer nuleh aper yang demer kater.

Biler teman balek ke ghomah, aper lagi semua-mua yang ader kat ghomah teman pakat gelak ramei-ramei. Yer ker ramei? Lebih dari duer oghang dah kigher ramei ler tuh yerk. Teman pon ngekek samer. Nak maghah pon watper dah memang teman silap. Mengkome peghonah dak kene macam nih?

BETUIKER GHEGER MINYAK NAIK?

Le nih berbagei pandangan oghang ngenei ekonomi kat Mesia nih. Ader yang kater ekonomi dah meghodum. Ader yang kater ekonomi Mesia setabe. Memacam lagi dilantak deme nak ceghiter. Walopun gitu yang teman heghankan masih ader deme yang suker bebenor membazir. Mengkome pegiler kemaner-maner, ader jer perbuatan membazir nih deme buat. Teman nengok yang manyak bebenor deme masang lampu jalan idak tutop-tutop walopon matahaghi dah cemegholang cayanyer.

Kalo mengkome peghonah pegi ke Medan Sentoser kat Sunga Sipot pasti mengkome akan jumper sperti dalam gambor nih. Mengkome nengok lampu kat situ idak deme tutop walopon dah tengahaghi. Gambor nih bukan teman ambek waktu malam buter.

ALANGKAH SEGHONOKNYER PEPAGI MINGGU MEMBELEI BUNGER

Oghang kalo pepagi minggu boleh ghehat tapi teman ader ajer keghojer nak teman buat. Bukannyer teman nih ghajin. Idah eh, teman idak ngaku teman ni ghajin tapi teman kene muat keghojer tuh sebab udah jadi hobi teman. Biler dah jadi hobi, mau idak mau kener ler ghajin kalo idak bukan lagi dinamerkan hobi.

Pepagi minggu nih teman suker bebenor membelei bunger-bunger yang teman nanamnyer. Ati teman ghaser sungguh seghonok biler teman nengon pokok-pokok bunger tuh ngeluorkan bungernya. Yang paling teman suker membeleinyer yerler pokok bunger okid. Tuh sebabnyer teman ghaser pokok bunger okid teman ghajin bebenor ngeluorkan bunger.

Okid nih memang semedang ajer ngeluorkan bunger. Mengkome nengok bungernyer yang cantik bebenor. Tiap minggu teman seperey ngan bajer. Mungkin tuh sebab dier suker berbunger.

Warnernyer yang lembut boleh menyentoh ati kiter. Perlukan pengawalan yang ghapi sebab amat sensitif. Kalo manyak kene paneh pon tak boleh. Gitu juger kalo detak bawah atap pon idak boleh.

Yang nih beh kughang samer yang kat ateh tadi. Yang nih dahan bungernyer lebih pendek daghi bunger kat ateh. Juger amat sensitif ngan cuacer.

Nih satu lagi bunger yang jadi pujaan teman. Bukan teman pilih kasih dgan bunger-bunger nih. Tapi, yang nih warnernyer cantek. Semedang bebunger. Semua bunger tuh teman belei sama ghater. Idak ader yang teman tinggeikan baik mase bajer ator pon mase nyighamnyer.

Friday, May 20, 2011

PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003


KP(BS)8591/Jld.XVIII(14)
27 November 2002
Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Datuk?Dato'/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 14/2002
PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003

Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah 2003.

2. Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu Seksyen 29A yang menetapkan kuasa menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Seksyen 29A(2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

3. Kementerian Pendidikan menetapkan untuk melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah berkuat kuasa pada 1 Januari 2003.

4. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan buku Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003 untuk diguna pakai sebagai penduan Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah yang bermula pada Januari 2003. Buku ini mengandungi perkara-perkara berikut:

4.1 Mekanisme permohonan penempatan, pengesahan penempatan dan pendaftaran murid Tahun 1;

4.2 Mekanisme penyiasatan murid cicir;

4.3 Risalah atau "pamplet" untuk hebahan pendidikan wajib; dan

4.4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002

5. Bagi melicinkan pelaksanaan tersebut, khususnya dalam penyiasatan murid cicir, Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 136 telah memperuntukan pemberian kuasa untuk menyiasat seperti berikut:-

"Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 136 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru memberi kuasa kepada Pendaftar Sekolah dan Guru, Pegawai Pendidikan di daerah dan kawasan, guru beasr, pengetua, guru penolong kanan (HEM), dan guru bimbingan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk emnyiasat apa-apa perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002, tertakluk kepada apa-apa garis panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa mulai 1 Januari 2003 (Rujuk Lampiran 1).

6. Kerjasama daripada Y.Bhg. datul/Dato'/Tuan/Puan adalah dipohon supaya memberi perhatian khusus terhadap kanak-kanak yang didapati tercicir dan mengambil tindakan sewajarnya bagi kes-kes berikut:-

6.1 Murid-murid yang telah mengesahkan penempatan tetapi tidak hadir mendaftar di sekolah yang telah diluluskan selepas empat belas (14) hari dari hari pertama persekolahan tahun berkenaan;

6.2 Aduan/laporan mengenai murid cicir yang diterima daripada orang awam; dan

6.3 Kes murid cicir yang ada dalam pengetahuan Sekolah/Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Bahagian/jabatan Pendidikan Negeri.

7. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATUK ABDUL RAFIE BIN MAHAD
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
Merangkap
Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru.

MELAYU MENTALITI KELAS PERTAMA: ANTARA IMPIAN DENGAN KENYATAAN

Suatu masa dahulu, umat Melayu pernah mencapai zaman kegemilangan. Dari Kepulauan Melayu hingga Benua Afrika, pasti ramai yang tahu akan kewujudan satu etnik atau bangsa yang bergelar Melayu. Secara teorinya, umat Melayu berada di seluruh pelosok dunia. Bukan sekadar penghijrahan bagi tujuan mencari pekerjaan atau rezeki, bahkan juga menjadi warganegara bagi sesuatu negara yang didiami.

Kehadiran bangsa Melayu di Benua Afrika adalah melalui pelayaran sejak zaman-berzaman. Bahkan, jika ada yang beranggapan kewujudan umat Melayu yang dahulunya cukup sinonim dengan kedudukan geografinya hanya di Kepulauan Melayu, maka pandangan mereka boleh disangkal.

Walaupun umat Melayu pernah dijajah hampir 500 tahun, masih ada golongan yang memperjuangkan kedaulatan bangsa untuk keluar dari kepompong penjajah. Golongan pejuang kebebasan negara ini merupakan golongan bermentaliti kelas pertama yang tidak mahu diri dan anak bangsa dijajah.

Kini, setelah mencapai kemerdekaan, adakah umat Melayu mampu diperbincangkan bagi mencari jalan penyelesaian yang mampu mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu?

Tuesday, May 17, 2011

APERBILER HEWAN MENJADI GUGHU

Tawon ini 2011, Aghi Gughu bertemakan "Gughu Penjana Transformasi Pendidikan Negagher". Sememe skolah nyambutnyer pader 16 Mei 2011. Memacam acagher dighancang oleh pihak skolah untok memeghiahkan lagi sambutan aghi gughu nih. Memula nyanyian. Pastuh dengor ucapan. Kendiannya acagher permainan dgan persembahan gughu-gughu.

Teman teghingat sebuah buku. Tajoknyer "Apabila Haiwan Menjadi Guru". Sementelah dgan aghi gughu nih, teman fikio kandongan buku nih memang manyak faedahnyer. Mengome bayangkan camaner manusia nih nighu peghangai hewan untuk nyeleseikan masaalah. Kekadang tuh peghangei hewan tuh lebeh eloh daghi peghangei menusia.

Buku nih juger menceghiterkan bebeghaper hewan yang Allah ader nyebot namernyer dalam al-Quran. Hebat tuh mengkome sampei namer-namer hewan tuh ader tertuleh dalam al-Quran. Antaghernyer yang ader disebot dalam al-Quran yerler:-
1. Al-Baqarah - Lembu
2. An-Nahl - Lebah
3. An-Naml - Semut
4. Al-Ankabut - Labah-Labah
5. Al-Himar - Keledei
6. Al-Kalbu - Anjing
7. Al-Fil - Gajah
8. Al-Farasy - Ghamer-ghamer
9. Al-Hud-Hud - Bughung Belatuk
10. Al-Khinzir - Babi
11. Al-Jaraadu - Belalang
12. Ad-Difda'u - Katak
13. Az-Zi'bu - Seghigaler
14. As-Thu'ban - Ulor
15. An-Namlu - Kutu
16. Al-Ghurab - Gagak

Kanker manyak bebenor namer hewan disebot dalam al-Quran. Gitu juger dgan mak bapak yang menceghiterkan hei-hei hewan pader anak-anak demer kat ghomah. Tambah pulak kalo nak melayan cucu ker cicit ker mesti mengkome mawak ceghiter hei-hei hewan. Macam "Anjing ngan bebayang", "Sang Kangcil" dgan memecam lagi ceghiter hei-hei hewan yangl pulak.

Buku nih dituleh oleh seoghang guru.Memang hebat cikgu soghang nih yang boleh ngadunkan ceghiter-ceghiter hewan nih. Kat sini teman boleh ceghiter ajer. Kalo mengkome nak tau lebeh dalam kener ler meli buku nih. Mengkome macer dan teman yakin mengkome pon akan muji kandongan yang ader dalam buku ini.

Manusia yang memuler belajor ngan hewan nih, mengkome pon tahu. Saper yang ngajor Qabil cagher-cagher nak ngughuskan mayat Habil? Yerler lepeh ajer Qabil membunoh Habil, Qabil idak ler tahu nak buat macamaner hingger ler Qabil nampak gagak yang yang ngoghek lubang pastuh ditanamnyer kawannyer yang dah mati lepeh demer kelahi. Kanker gagak tu dah jadi gughu pader Qabil?

Monday, May 16, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

SELAMAT HAGHI GUGHU PADER SESEMUA KAUM PENDIDIKAN DI MESIA

Saturday, May 14, 2011

GHEGE SETEM DAH NAIK PON MASIH IDAK SEDOR LAGI?

Kalo sesaper yang semedang berughusan ngan soghat menyoghat nih mesti sedor pasei ghege setem yang dan menconak naiknyer. Teman ngaterkan menconak naik kna aper sebab naiknyer segahtus peghatus. Kalo maner-maner pejabat yang idak sedor pasei ghege setem naik nih, memang sah demer tuh idak ambek tahu hei ini. Apertah lagi kalo pejabat tuh pejabat keghajaan.

Dedulu bolehler mengkome antor memacam jeneh soghat idak payah bersetem. Cop ajer "Urusan Seri Paduka Baginda" ator "Urusan Kerajaan" kat ateh embelop tuh teghuis antor ke Pejabat Pos. Ler nih jangan mengkome muat pasei. Mengkome copler embelop memacam jenis ughusan mesti kene tampei setem juger. Kalo idak, idak pasei-pasei yang neghimer kene dender.

Nengok nih, kan ker dah kene dender. Pejabat yang ngantor nih idak ler idak nampei setem, tapi setemnyer idak cukop. Oghang yang neghimernyer kenerler nayor setem. Walopon dendenyer idakler beghatus-ghatus rengget tapi nyusahkan oghang yang neghimer ajer. Apertah lagi kalo yang ngantor sughat tuh daghi pejabat keghajaan. Demer yang kat pejabat tuh idak ker memikio susah payah oghang lain?

Mengkome fikioler maner silapnyer biler udah jadi macam ini. Kan ker dah muat malu ajer mengkome kat oghang lain?

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA DENGAN PROGRAM SUSU SEKOLAH. APA BEZANYA?

Pembekalan susu ke sekolah-sekolah telah dimulakan semula. Ia dinamakan Program Susu 1Malaysia bagi menggantikan Program Susu Sekolah (PSS) yang diberhentikan serta merta kerana masalah-masalah yang timbul.

Program Susu 1Malaysia ini telah dimulakan pada bulan Mei 2011. Ia melibatkan semua murid di semua sekolah seluruh Malaysia.

Susu 1Malaysia diberikan kepada semua murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Setiap orang murid akan menerima dua kotak susu 1Malaysia seminggu.

Kilang yang membuat dan membekalkan susu 1Malaysia. Susu 1Malaysia ini diimpot dari kilang yang beroperasi di Korea.

Syarikat tempatan yang mengimpot dan mengedarkan susu 1Malaysia ke semua sekolah di seluruh Malaysia.

PEMUDA HARAPAN BANGSA? DI MANA MEREKA?

Anak Muda, Apa Yang Kau Banggakan?

Anak Muda,
Rambutmu kini menjadi perang
Entahlah, kau cat dengan wang dari orang tuamu
ataukah sekadar mengikut kenkawan

Anak Muda,
Ada besi melingkar menembusi cuping telingamu
Bukan hanya kaum hawa
Engkau pun sekarang memakainya
Kamu menyangka kamu nampak hebat
Tapi sebenarnya semakin membuatmu seakan wanita

Anak Muda,
Pakaianmu yang kemas semasa bersekolah menengah
Telah berubah setelah menjadi mahasiswa
Koyak sana, conteng sini
Baju yang baru sengaja kau burukkan

Anak Muda,
Sebatang rokok selalu menemanimu
Ringgit demi ringgit kau bakar
Pengubat stress katamu
Padahal kau sedang bahayakan diri dan sekitarmu
Kau benci orang yang ego
Padahal kau sendiri termasuk darinya

Anak Muda,
Usia yang semakin bertambah
Tak juga membuatmu berubah
Waktu demi waktu
Engkau habiskan berlalu begitu sahaja
Dari warung ke restoran mamak
Dari mall ke kelab
Pengisiannya sama tetapi tempat yang berbeza

Anak Muda,
Ibu dan ayah amat risau memikirkanmu
Dulu anak soleh yang mereka pinta
Setiap malam, tiap selesai ibadah
Mereka sempat mendoakanmu
Namun, apa balasanmu?

Anak Muda,
Ayahmu membanting tulang bersengkang mata
Mencari nafkah kos sekolah dan makanmu
Sedangkan ibumu
Sabar mengajar mengira satu dua tiga
Dan mengeja a b c d
Namun, apa baktimu?

Anak Muda,
Masa mudamu menentukan masa tua
Barangsiapa bersenang-lenang di waktu muda
Kemungkinan akan bersusah payah di waktu tuanya
Dan sebaliknya,
Barangsiapa bersusah payah di masa muda
Insyallah akan menuai nikmatnya hari tua

Anak Muda,
Bukan kehensemanmu yang boleh kau banggakan
Bukan pula penampilanmu yang kononnya cool
Bukan pula aksesori dan gaya jalanmu
Tapi berbanggalah kerana akhlakmu
Berbanggalah kerana kebaikanmu
Dan berbanggalah kerana keikhlasan mu

Anak Muda,
Pilihan di tanganmu sekarang
Diam bererti menanti kehancuran
Berubah bererti mencipta masa depan
Renungkan, fikirkan
Dan cepatlah ambil keputusan

Posted @ www.isuhangat.net

Thursday, May 12, 2011

MENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

BIHUN GORENG

BAHAN
* 400g bihun
(direndam dalam air sejuk dan ditoskan)
* 400g sawi
(dibersihkan dan dipotong)
* 6 keping tahu
(dipotong kecil
* 5 biji telur
(dicampurkan bersama garam dan lada sulah serta dipukul)
* Kicap/garam secukup rasa
* Air
* Minyak

CADANGAN/GANTI/KETERANGAN
Boleh diganti dengan:-
* 400g daging tanpa lemak atau
* 200 g ikan bilis
(kecil atau sederhana)

CARA
Giling bahan berikut:-
* 20 ulas bawang merah
* 40 biji cili kering
* 1 1/2 camca udang kering/udang basah kecil

1. Panaskan minyak dan goreng telur yang dipukul
2. Panaskan minyak dan goreng bahan yang digiling/blender
3. Masukkan tahu goreng
4. Masukkan 1 camca air dan besarkan api
5. Masukkan kicap dan sawi
6. Bila panas, masukkan bihun dan kacau
7. Biarkan bihun mengembang dan selepas itu kecilkan api
8. Gaulkan hingga rata, angkat dan hiaskan dengan telur goreng

Hidangan untuk seorang
* Hidang dalam mangkuk sederhana.

Wednesday, May 11, 2011

PROGRAM LINUS (LITERASI DAN NUMERASI)

OBJEKTIF
Semua murid yang normal (tidak ada masalah pembelajaran) berkeupayaan menguasai asas Literasi (Membaca dan Menulis) dan Numerasi (Mengira) selepas tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012.


MATLAMAT PROGRAM
Program Literasi:-
* Pada akhir Pencapaian Literasi, murid dapat:-
- Mengeja dan membunyikan suku kata terbuka dan tertutup
- Membaca dan menulis perkataan daripada suku kata terbuka dan tertutup
- Membaca dan menulis serta memahami ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung "dan".

Program Numerasi:-
* Pada akhir program Pencapaian Numerasi, murid dapat:-
- Membaca, menulis, membilang dan menyusun nombor hingga 1000
- Membilang dua dua, lima lima dan sepuluh sepuluh dalam lingkungan 1000 bermula daripada sebarang nombor
- Menyatakan fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Mengaplikasikan pengetahuan operasi asas aritmetik dalam wang, menyatakan waktu dan mengukur dalam sentimeter.

DEFINISI KONSEP LINUS
Definisi Literasi:-
Kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajatan serta komunikasi harian.

Definisi Numerasi:-
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matametik dalam kehidupan seharian.


STRATEGI PELAKSANAAN DI SEKOLAH
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua sekolah rendah (SK, SJKC, SJKT dan SABK). Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun:-
- Saringan 1 (Mac)
- P & P Linus (April - Mei)
- Saringan 2 (Jun)
- P & P Linus (Julai - Ogos)]
- Saringan 3 (September)
- P & P Linus (Oktober - November)

Semua murid Tahun1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun.
Dikendalikan oleh guru BM/Matematik/Pemulihan
* Instrumen untuk Numerasi dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI,BC-BI, BT-BI

Tuesday, May 10, 2011

MENGKOME NENGOK DAN APER FIKIO MENGKOME?

Hanyer atu gambor katon kat bawah nih udah cukop pader teman untuk mengkome nengok dan memikiokannyer. Sengajer teman detakkan satu sajer gambor yang boleh mengkome fikio memacam perkagher. Aper yang mengkome nak fikio, tak sior teman nak uleh sebab mengkome sememangnyer boleh memikiokannyer.

PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI (LINUS)

PENDAHULUAN
Pembentangan konsep NKRA kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009 memutuskan bagi mencapai MPKI 2, kemahiran guru dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan. LINUS mula dilaksanakan pada tahun tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah (Kohort Pertama). Mesyuarat Pasca Kabinet pada 9 September 2009 telah meluluskan cadanngan daripada JK Induk Program LINUS iaitu BPK bagi pelaksanaan dan peruntukan yang diperlukan bagi melaksanakan Program LINUS. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk meneraju usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan memberi latihan kepada guru dalam teknik berikut:-
- Mengesan murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.
- Memulihkan dan membimbing untuk membantu murid mencapai literasi dan numerasi.
- Mengukur perkembangan literasi dan numerasi.

Salah satu Sub bidang utama yang digariskan dalam National Key Result Areas (Sub NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah Literasi dan Numerasi. Sasaran Literasi dan Numerasi ialah semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012.

RASIONAL
* Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran tetapi masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
i. Program *KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
ii. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas di sekolah masing-masing.
iii. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
iv. PROTIM selepas UPSR.

*CATATAN : Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA

* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap 1) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).

Sunday, May 8, 2011

NGELUOR PELOH NGAN NYANDANG MESEN GHOMPUT

Pagi minggu nih teman nak neghey mesen ghomput kat keliling ghomah teman. Sebenornyer dah lame teman idak mesen ghomput nih. Camaner pon teman cuber maner-maner yang laghat. Agak dah ngeletor lutut nanti beghentiler teman.

Peralatan untok mesen ghomput dah teman siapkan aei-awei. Idakler nanti teman terceghoyer-ceghoyer meghater teman mencaghinyer. Mesen ghomput jeneh sandang dah sedia. Mater piso dah asah. Minyak petrol, minyak 2T, Tabung sukat. Kasut getah panjang. Baju ngan seluor idak ler teman nangkap gambornyer sebab dah teman pakei.

Pokok-pokok yang teman tanam idak ler nampak. Gituler tebelnyer semak kat sini. Ajer nyer yer. Maleh bebenor teman nih yer. Nak mesen ghomput pon maleh. Kalo mesen ghomput tuh teghang ler jadinyer kawasan nih. Peloh pon kluor. Sihat ler badan.

Mengkome nengok tuh. Tebel bebenor semaknyer. Ghomput yang tumboh kat sini dah lebeh tinggi daghi bebudak. Kat dalam ghomput tuh ntah aper-aper boleh tinggei. Ulor ker, tikus ker, lipan ker ngan memacam lagi magher.

Dah lawas ler sikit. Kalo teman teghus mesen sampei kat pokok pisang tuh, leh nampak ghomah jighan teman tuh. Ler nih hanyer nampak bumbong ajer. Tengokler kut-kut Ahad minggu depan boleh teman neghuskan projek nebeh-menebeh nih.

Nampakler teghang sikit pokok mempelam yang teman tanam. Walopon nampak keghonek aje pokok mempelam tuh sebanornyer peghonah bebuah dah. Pasnih biler dah teghang tuh, keneler boh bajer agor dier cepat membesor. Biler dah besor baghuler manyak buah kluor,

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HAGHI IBU BUAT SEMER IBU-IBU

Mama, aku mula melupai wajahmu

Kisah menarik ini dari email blalang_groups, kredit kepada penulis asal.

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?

Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.

Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.

Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.

Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.

Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.

Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!

Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.

Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.

Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.

Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”

Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.

Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.

Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.

Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.

Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.

Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.

Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.

Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.

Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.

Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!

Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.

Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.

Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.

Aku hilang sabar.

Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.

Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.

Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”

Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”

Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.

Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.

Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.

“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.

Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.

Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.

Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.

Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?

Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”

Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.

Posted @ www.isuhangat.net

MENGKOME ADER NYUMPER TOYOI KAT SEKOLAH?

Setat senayan nih muler peghekser tengah tahon. Muler-muler untok Tahon 5 ngan Tahon 6. Seminggu kendian untok Tahon 1 sampei Tahon 4 pulak. Ntah camaner kali ni peghekser deme buat asing-asing pulak. Taim peghekser memacam mender boleh berlaku. Memacam peghangai bebudak dapat kiter nengok. Yang ngelabah ader. Yang relek ader. Yang muat noheng pon ader.

Gambor katon kat ateh nih meghoper salah satu peghistiwa yang semedang ajer berlaku biler taim peghekser. Bebudak ler memacam cagher deme nak nguji kesaboran cikgu. Tapi yang beser muat perkagher macam nih kat sekolah menengah. Tapi, kekadang tuh ader juger berlaku kat nubersiti. Bebudak kat nubersiti tuh lagi hebat "toyol" nyer.

Friday, May 6, 2011

MENU RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

MENU NO. 2 - MI KARI

BAHAN
* 1kg mi kuning
* 500g daging ayam
* 300g tauge dicelur
* Daun kari
* 2 biji kelapa
* 8 camca minyak masak
* Limau nipis/kasturi
* Garam
* 20 bawang kecil
* 4 batang serai
* Halia muda
* 1 1/2 camca udang kering
* 1 camca teh belacan


CADANGAN/GANTI/ KETERANGAN
Boleh diganti dengan:-
* Bihun atau laksa
Bihun perlu direndam dan ditoskan

Gunakan daging dada ayam tanpa kulit, direbus atau stim dan disiat halus.

Boleh ditambah:-
* 4 keping kek ikan (fish cake) atau
* 20 biji bebola ikan atau
* 5 biji telur rebus dibelah dua

Masukkan ke dalam air didih selama 1 minit dan toskan dengan cepat. Sejukkan dengan air untuk mengekalkan keragupan.
Boleh diganti dengan:-
* 6 camca atau
* 180g susu penuh krim

CARA
A - Ditumbuk/digiling halus:-
* Tepung kari
* 20 ulas bawang kecil
* 4 batang serai
* Halia muda

B - Ditumbuk/digiling kasar:-
* 1 1/2 camca udang kering dan ditoskan
* 1 camca teh belacan

1. Panaskan minyak: Goreng bahan A. Masukkan bahan B dan goreng selama 2 minit
2. Masukkan air, didih selama 10 minit
3. Masukkan santan kelapa. Kacau dan masak dengan api kecil selama 5 minit
4. Masukkan mi dan tauge ke dalam mangkuk.
Sediakan dalam mangkuk sederhana
* 100g mi
* 25g ayam
Hidangan untuk seorang.

Thursday, May 5, 2011

INTERNATIONAL BOOK FAIR 2011 - PWTC KUALA LUMPUR

Papan tander yang mudah difahami. Jeleh, ghengkas dan senang dilihat. Senang dibacer. Memang ramei bebenor oghang yang datang. Berghimpik-ghimpik. Nak nyapei buku pun payah. Kalo nengok kan oghang yang datang, mustahel demer kater oghang Mesia maleh macer buku.

Petugeh-petugeh yang hemsem dan yang cun sedia melayan pengunjung. Cagher demer melayan pengunjung memang profesional kater teman. Neghang dgan jeleh, mudah teman faham, Yang penting senyum semedang.

Pengunjung tengah ngintei-ngintei kandungan buku-buku yang dipamerkan di geghai PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd yang memamerkan berbagei jeneh buku untuk berbagei peringkat umor.

Gini ler keadaan geghai buku yang semedang ajer ramei oghang. Geghai Karangkraf ramei oghang datang mungkin sebab ader artis yang melayan pengunjung kat sini. Aper yang teman nengok, novel ghemajer menjadi ghebutan.

Geghai Creative Enterprise. Bebudak memang gemor bebenor nyinggah kat sini. Memang betui demer kater bebudak nih suker bebenor dgan katon. Tambah pulak gheger yang dipotong boleh menaghek ramei pengunjong.

Kartunis Creative Enterprise sedang koshok lokeh gambor "karikatur" peminat cilik. Ader due oghang bebudak sedang diconteng ghoper demer tuh kat keghoteh lokesan. Punyerler koshok sampei teman kat depan demer tuh idak demer sedor.