Suatu masa dahulu, umat Melayu pernah mencapai zaman kegemilangan. Dari Kepulauan Melayu hingga Benua Afrika, pasti ramai yang tahu akan kewujudan satu etnik atau bangsa yang bergelar Melayu. Secara teorinya, umat Melayu berada di seluruh pelosok dunia. Bukan sekadar penghijrahan bagi tujuan mencari pekerjaan atau rezeki, bahkan juga menjadi warganegara bagi sesuatu negara yang didiami.
Kehadiran bangsa Melayu di Benua Afrika adalah melalui pelayaran sejak zaman-berzaman. Bahkan, jika ada yang beranggapan kewujudan umat Melayu yang dahulunya cukup sinonim dengan kedudukan geografinya hanya di Kepulauan Melayu, maka pandangan mereka boleh disangkal.
Walaupun umat Melayu pernah dijajah hampir 500 tahun, masih ada golongan yang memperjuangkan kedaulatan bangsa untuk keluar dari kepompong penjajah. Golongan pejuang kebebasan negara ini merupakan golongan bermentaliti kelas pertama yang tidak mahu diri dan anak bangsa dijajah.
Kini, setelah mencapai kemerdekaan, adakah umat Melayu mampu diperbincangkan bagi mencari jalan penyelesaian yang mampu mengembalikan kegemilangan yang pernah kita kecapi suatu ketika dahulu?
No comments:
Post a Comment