PENDAHULUAN
Pembentangan konsep NKRA kepada YAB Menteri Pelajaran pada 10 Ogos 2009 memutuskan bagi mencapai MPKI 2, kemahiran guru dalam melaksanakan pemulihan dan bimbingan untuk mencapai literasi dan numerasi perlu ditingkatkan. LINUS mula dilaksanakan pada tahun tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah (Kohort Pertama). Mesyuarat Pasca Kabinet pada 9 September 2009 telah meluluskan cadanngan daripada JK Induk Program LINUS iaitu BPK bagi pelaksanaan dan peruntukan yang diperlukan bagi melaksanakan Program LINUS. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggungjawabkan untuk meneraju usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah.
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dipertanggungjawabkan memberi latihan kepada guru dalam teknik berikut:-
- Mengesan murid yang mempunyai masalah literasi dan numerasi.
- Memulihkan dan membimbing untuk membantu murid mencapai literasi dan numerasi.
- Mengukur perkembangan literasi dan numerasi.
Salah satu Sub bidang utama yang digariskan dalam National Key Result Areas (Sub NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah Literasi dan Numerasi. Sasaran Literasi dan Numerasi ialah semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012.
RASIONAL
* Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran tetapi masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan.
i. Program *KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
ii. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh Guru Pemulihan Khas di sekolah masing-masing.
iii. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap II.
iv. PROTIM selepas UPSR.
*CATATAN : Program-program yang dilaksanakan tidak gagal tetapi tidak dapat memenuhi kehendak NKRA
* KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.
* Program alternatif yang dirangka merupakan suatu program yang bersepadu untuk murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran Tahun 1, 2 dan 3 (Tahap 1) menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi. Program ini dinamakan Program Literasi dan Numerasi (LINUS).
No comments:
Post a Comment