Saturday, January 31, 2009

LIRIK DIARI YB - ND LALA











Bangun pagi-pagi
Tamu dah menanti
Bukan nak cari kopi
Nak tanya pasal subsidi
Hai belum sempat sarapan
Dah ada pulak panggilan
Kaum kerabat orang kanan
Nak mintak surat sokongan
Jam baru pukul 8
YB kena lawat kawasan
Tapi di tengah jalan
Pemudi tahan mintak bantuan
Disambut dengan kompang
Ayam itik pun banyaklah tumbang
Kemudian ditunjuk jalan berlubang
Suruh YB segera timbang
Pada waktu tengah hari
Ada pulak jemputan kenduri
Kalau YB tak pergi
Silap-silap nanti kurang undi
Hai dalam sibuk-sibuk
Orang sakit YB jenguk
Hai teruk ke tak teruk
Poket tetap YB kena seluk
Ketika awal petang
Ada satu sidang
YB tak boleh tak datang
Takut nanti kerusi terbang
Sebelum senja ke padang bola
YB dijemput sampaikan piala
Sambil tu mereka bertanya
"Jersi baru kami hai macam mana"
Bila malam tiba
Ceramah jadi agenda
Kalau YB tak bersedia
Kena tanya mungkin ternganga
Bila habis berceramah
Kampung lain YB singgah
Bukan sekadar menjengah
Tapi nak tinjau masalah
Walau dah lenguh badan
YB balik ke cawangan
Di tanya orang harapan
Apakah strategi lawan
Lewat malam di gerai tepi jalan
YB berembun melayan kawan-kawan
Dengar pendapat dengar pandangan
Sambil tu kena lah belanja makan
Sewaktu YB balik
Burung hantu pun rasa pelik
Isteri sendiri pun dah tak larat celik
Anak-anak pulak dah lama tergolek
Selepas YB mandiYB belek itu dan ini
Kemudian picit-picit dahi sendiri
Cari jalan nak tolong Pemudi
Hingga dinihari YB tak tido lagi
Esoknya pagi-pagi
Dah ada tamu menanti
"Assalamualaikum YB.."

KEHADIRANMU


kehadiranmu
ketika kesepian yang melanda emosi
ketika sendirian yang menangisi tragedi
ketika kesayuan yang meragut hati suci
kehadiranmu
membawa harapan yang menjadi penawar
membawa belaian yang mengusap kesedihan
membawa impian yang menuntut suatu kenyataan
sebagai pembalut luka yang terukir
kehadiranmu
membuat jiwa kembali segar
membuat lagu kembali berirama
kehadiranmu
bagaikan matahari yang menyinari bumi
disiang hari
bagaikan rembulan yang menyinari bumi
dimalam hari.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (20)

1. Amaran:-
Takrifnya ialah "peringatan" yang mana seseorang penjawat awam itu diberi peluang untuk terus berkhidmat setelah melakukan pelanggaran peraturan tatatertib dan sekiranya diulangi ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. Penjawat awam yang berkenaan perlulah diberitahu apakah kesalahan yang telah dilakukannya. Amaran (peringatan) ini biasanya diberikan kepada seseorang penjawat awam yang telah melakukan pelanggaran peraturan tatatertib yang dianggap ringan oleh pihak berkuasa tatatertib.
Apabila seseorang penjawat awam yang telah dituduh tidak berjaya untuk membebaskan dirinya dari tuduhan yang telah dibuat terhadapnya, maka pihak berkuasa tatatertib akan menjatuhkan hukuman dengan memberi amaran (peringatan) atau celaan sebagaimana yang difikirkan patut. Hukuman ini hendak lah diberi secara bertulis dan rekod rasmi berkaitan dengan insiden itu hendaklah disimpan (failkan).
Contoh-contoh mengapa amaran (peringatan) perlu dikenakan:-
1. Penjawat awam datang lewat tanpa sebab-sebab yang munasabah
2. Penjawat awam ponteng kerja seperti membuang masa di kantin
3. Penjawat awam cuai dengan arahan yang diberikan oleh majikannya (pihak atasan)
4. Penjawat awam melakukan kerja atau berkelakuan yang tidak memuaskan

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (19)

Jenis Tindakan Tatatertib Yang Boleh Dikenakan Terhadap Penjawat Awam Yang Melakukan Kesalahan Tatatertib
Perintah Am 36, Bab D telah menetapkan beberapa jenis tindakan yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib:-
1. Amaran
2. Denda
3. Lucut Hak Emolumen
4. Tangguh Pergerakan Gaji
5. Turun Gaji
6. Turun Pangkat
7. Buang Kerja
Pihak berkuasa tatatertib boleh mengenakan salah satu hukuman yang berkenaan atau kombinasi dua atau lebih hukuman.

Friday, January 30, 2009

ANTARA ILMU DAN HARTA

1. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu adalah pusaka nabi-nabi, manakala harta adalah pusaka Qarun dan Firaun.
2. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu memelihara kamu, tetapi kamu pula yang memelihara harta.
3. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu ramai taulannya dan sebaliknya orang yang berharta ramai seterunya.
4. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah, tetapi harta pula apabila dinafkahkan akan berkurangan.
5. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia, manakala orang yang berharta diseru dengan nama bakhil.
6. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak perlu dipelihara daripada pencuri, tetapi harta perlu dipelihara daripada pencuri.
7. Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang yang berilmu akan diberi syafaat diakhirat nanti, manakala orang yang berharta akan dihisab hartanya.
8. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu tidak akan binasa, manakala harta pula akan binasa.
9. Ilmu lebih baik daripada harta kerana ilmu itu melembutkan hati dan harta pula mengeraskan hati.
10. Ilmu lebih baik daripada harta kerana yang berilmu mendakwa kehambaan dan yang berharta mendakwa ketuhanan.
*** isuhangat.blogspot.com

JUBLI PERAK SULTAN PERAK


TANGISAN SEPI



















hampiri di sisi
bersamma wajah bersih lagi suci
namun begitu sepi
tanpa putaran lidah-lidah untuk berjanji
lalu
kau kian hampiri
bayanganmu menikam kalbu
terpaku
kelu
sendu
tanpa bicara
kini
kau tiada di sisi
tawa kian jauh
lambaian kian sayup
tangisan dan sendumu
sudah tiada kedengaran lagi

Wednesday, January 28, 2009

ACARA LOMPATAN TELAH BERMULA???

Acara-acara yang dipertandingkan:-
1. Lompat Jauh
2. Lompat Tinggi
3. Lompat Bergalah
4. Lompat Kijang
5. L O M P A T K A T A K
ADUN Lintang, Datuk Ahamad bin Fakeh Adam nak meninggalkan Umno? Memang dah diteka oleh semua yang mengenali die. Tapi, bila Tok Mat Lintang? Jangan tunggu lama-lama Tok Mat Lintang. Kalo Tok Mat Lintang nak lompat dari Umno ke Pakatan, teman tak terkejut beruk. Teman dah lame kene dgan Tok Mat Lintang nih, gitu ler ragamnye, suke melatah. Pantang diusik, alahai.
Kalo teman, kalo Tok Mat Lintang nak lompat teman tak sior nak ambik die. Bior Tok Mat meraban tebeng sebab die dah memang meraban tebeng lepas kalah rebut jawatan Ketua Bagian Sunga Siput dulu. Pasni dok meraban tebeng pulak sebab dah kuar Umno, parti lain tak sior ambik. Jangan jadi gila talak pulak nak masuk balik ke Umno dah le Tok Mat Lintang.
Teman nak nasihat kat Tok Mat Lintang pun teman sedo teman nih sape? Tapi teman kesian nengok Tok Mat Lintang. Teman rase elok bebeno Tok Mat Lintang dok diam-diam jadi ADUN. oghang page pegi, oghang tak pangge senyap aje tak ngusahkan diri pun Tok Mat Lintang. Usia dah lanjut, elok le Tok Mat Lintang tumpu pada diri sendiri ajer. Pencen ADUN pun ade ape nak lagi Tok Mat Lintang oiii. Bila pencen pegi kebun ner tau kut-kut ade ested kelape sawet ker, getah ker, kebun balak ker, kebun pisang ker, kebun sentang ker ape-ape kebun ler, maklumler YB, tige pengga pulak tuh, tentu banyak rete.
Teman heran gak oghang Umno nih, bila tengah mude bekobar-kobar criter bab Umno tapi bila nak lanjut rama yang kuar Umno. Teman nengok pada mantan-mantan pemimpin Umno yang rama dah kluor parti. Tak kan ler Tok Mat Lintang nak ikut jejak Che Det ker, Tunku ker, Tok Onn ker, deme tuh kaye dan raye. Tok Mat Lintang nih kaye raye ker? Pade teman, Tok Mat Lintang nih memang kaye raye. Sebab Tok Mat Lintang dah tige pengga jadi ADUN. Ye ke tige poengga? Rase-rase teman yer ler tuh tiga pengga.
Lagi pun pade teman, pase lompat ni dah tak mengejutkan. Bila BOTA lompat tuh memang rama oghang terkejut. Tapi kalo Tok Mat Lintang nak lompat dah jadi gule basi atau nasi sejuk sebab sepatutnya Tok Mat Lintang nih tak payah heboh-heboh macam sure heboh tuh baru le bila lompat ade yang pensan. Ni idak, beriye-iye buat statmen kat paper ler, TV ler, kat oghang rama le dan kat mane-mane yang die nak criter tak kire Tok Mat Lintang nih mesti criter kat mane-mane.

KENALI DIRI SENDIRI

Mengenal diri sendiri adalah penting dalam kehidupan kita. Ini kerana kita akan tahu ke mana arah hala tuju yang ingin kita pergi. Seseorang yang telah membuat pelbagai perancangan untuk dirinya mencapai visi dan misinya adalah merupakan orang yang telah mengenali dirinya sendiri. Oleh itu untuk mengenali diri, kita perlu mempunyai sikap iaitu sikap mental yang positif.
Orang yang memiliki sikap mental positif mempunyai harapan yang menyakinkan. Mereka ini tidak diragukan lagi untuk memberi pancaran kegembiraan, kesihatan dan keriangan. Semua yang ada pada dirinya adalah mengarah kemajuan dan kejayaan. Sikapnya yang sihat akan dapat menghasilkan keadaan yang sihat.
Bagi orang yang mempunyai sikap mental yang negatif berkeadaan murung. Sentiasa risau dan cemas. Mereka ini akan mencipta situasi yang membuat orang lain sedih atau tidak senang, takut dan cemas.
Kejayaan akan lebih menonjol daripada sikap. Bakat yang ada dalam diri akan dapat membantu sikap untuk lebih berjaya. Oleh itu, orang yang ingin mendapatkan kejayaan mestilah dapat mengenal diri terlebih dahulu. Ia adalah segala-galanya dan tanpanya hal lain akan menjadi kecil ertinya.
Fikiran positif akan meletakkan diri kita ke arah yang positif. Manakala fikiran yang negatif akan membentuk diri kita ke arah yang negatif. Akhirnya kita akan terdampar kegagalan apabila mental yang negatif telah menguasai diri.

Tuesday, January 27, 2009

TEN MILLION DOLLARS MAN

ADUN Lintang ditawarkan 10 juta? Alahai, baru aje semalam teman dok sembang-sembang dgan oghang kampung di DUN Lintang criter nih. Teman pun dah tulih dalam blog teman apa tang ADUN Lintang nih. Tup-tup kluar citer di dalam utusan yang ngabokan ADUN Lintang ade buat perbincangan untuk lompat katak.Pastu pulak teman cari-cari dalam intenet kut kut ader criter pasal ADUN Lintang.
Ngikut kata Perak Bangkit, Anwar tawarkan 10 juta kepada Pakeh Adam untuk lompat parti. Teman langsung tak caya. Ade ker Anwar nak beri Pakeh Adam banyak tuh. Nak bagi singgit pun teman rase Anwar tak sio nak bagi sebab Pakeh Adam mane ade lagi, dah lama pun tinggal kan dunia ini. Tu ler kalo nak buat berita tuh buat ler kajian lebih dulu.
Kalo Anwar nak bagi jugak 10 juta pade Pakeh Adam tuh, kene ler buat satu majlis kat Changkat Lambok (nama tempat perkuburan oghang Islam di Kampung Lasah). Di situ ler Pakeh Adam di semadikan. Perak Bangkit nih tau ker kat mane Changkat Lambok nih? Kalo tahu bagus ler tapi kalo tak tahu jangan memandai-mandai.
Pada nengok teman, ADUN Lintang skrang nih nak tawarkan singgit pun teman taksio. Tawar ler pade oghang muder-muder skrang nih. Ade gak faedahnyer. Ini idak, nak tawarkan pade oghang dah dikira "hapus kira", pilihan raya akan datang Najib pun taksio calonkan name die. Itu pun kalo Najib jadi PM. Kalo oghang lain pun memang tak ingin calonkan die tuh.
Perak nih memang hebat. Dulu ade oghang dapat gelo six million dollars man, skrang nih ade pulak nak dapat gelo ten million dollars man, macam-macam jadinyer. Dulu yang dapat gelo six million dollars man tuh masih idup skrang yang nak dapat gelo ten million dollars man tuh dah tak mandang dalam dunia nih, alahai. Memang ler kat Melesia nih, oghang yang dah mati dapat macam-macam gelo, tan sri ler, dato' seri ler ntah ape-ape seri lagi.

PATsikatakLOMPATlompat SIKATAKlompatLOM

Ari ni teman pegi banyak bebeno kenduri. Ade kenduri kawin, ade kenduri khatam Quran, ade kenduri buai anak, ade kenduri masuk rumah baru, ade kenduri macam-macam kenduri. Yang teman heran ade juge kenduri berkhatan anak-anak lelaki. Selalunye deme sunatkan anak masa cuti panjang skolah.
Dah macam wakil rakyat pulak teman ni bila kene pegi banyak kenduri. Teman nih rama gak yang kenai bila sampa tempat kenduri tu deme seme bangun salam ngan teman. Alahai, leh jadi calon pulak rase teman. Last sekali teman pegi kenduri doa selamat di kawasan DUN Lintang.
Selepas aje abis doa, seme pun pulun makan. Dah petang-petang nih walaupun dah banyak pegi kenduri lapo jugak perut teman nih. Tapi, teman tak makan yang berat-berat sebab teman takut nanti semput. Semput bukan sebab asma tapi semput sebab perut dah padat ngan barang makan. Kat situ teman nengok ade laksa, mee kari, pulut kuning, nasi lemak, bihun goreng dan ntah macam-macam lagi. Kuih tradisional pun ade terutama yang teman suke sekali, limas. Yang lain itu ade dedokok, tepung bungkus dan karipap. Ini pun teman heran bila ade majlis aje mesti ke sediakan kuih karipap? Dah macam satu yang wajip pule.
Tengah sedap makan limas ade ler soghang yang teman pangge abang tuh tanya pade teman. Die tuh abang sepupu teman. Abang tu tanye, betul ke rama ADUN Umno nak main lompat-lompat? Nak lompat ke Pakatan? Teman tanya balik, mane abang tahu? Yang buat teman terkejut beruk tuh sebab abang sepupu teman tuh jawab die baca dalam intenet. Fuyo orang kampung pun dah celik ICT. Oghang banda apatah lagi. Abang tuh kata skrang nih ghumah die dah ade intenet. Anak sulung dia masukkan sebab adik-adiknye mengobak semedang bila tak dapat pegi siber cape. Hampir terbelahak teman sebab terkejut kat kampung ni dah rama oghang yang ade intenet. Hebat, hebat, hebat, memang hebat.
Teman jawab kalo dah abang baca macam tuh betul ler agaknyer. Abang tuh tanya lagi, nape tak kuar dalam TV ker? Surat kabo ker? Teman jawab, gitu ler gayenye surat kabo dan TV kat Melisia nih. Ade tige oghang lagi sape yerk? Tanya abang tuh lagi. Teman secara spontan jawab ADUN mike ler. Alahai, ADUN Lintang pun nak jadi katak juge? Kata abang tuh dan teman kata skrang nih memang rama yang nak jadi katak.
Abang tuh tanya balik. Mana mike tahu ADUN Lintang nak lompat? Teman jawab, sebab teman penah dengo die cakap kat oghang rama lepas dia kalah nak jadi Ketua Bahagian dulu. Die cakap kalo oghang Umno dah tak terima dia, lebih baik die masuk parti lain. Pada teman betul juga apa yang die cakap.
Tapi, pade teman mike tuh dah lanjut. Teman tak kate die dah tua cuma dah penghujung jadi ADUN. Beri chan pade oghang mude pulak. Mike tuh nak lompat pun dah tak kuat. Silap-silap lompat jatuh parit ker, masuk lobang ker, jatuh sunga ker, masuk longkang ker, ntah macam-macam leh jadi.
Pada pandangan teman mike tu dudok aje ler dalam Umno tuh. Bio ler oghang lain jadi Ketua Bagian. Mike pun dah lame jadi Ketua Bagian. Oghang mude pun nak merase juge. Teman rase pilihan raya akan datang pun name mike dah tak mandang calon. Pencen aje jadi ADUN tuh dengan baik-baik. Ati senang, oghang rama pun tak marah.

Monday, January 26, 2009

perJALANanINImaSIHjaUH

deburan ombak menghempaskan pantai
desiran bayu membelai dedaun
kicauan burung bersama melodinya
menyusup sayup jauh di sana
di lembah genting kepayahan
di puncak gunung kesusahan
akan terdampar kehijauan rumput
disirami embun dinihari
namun punah bersama matahari pagi
katakanlah matahari akan terbit di barat
pastinya dunia akan bergoncang hebat
katakanlah bulan dan bintang merehatkan diri
di malam hari
pastinya dunia akan terus kelam
katakanlah air akan mengalir ke hulu pastinya dunia akan terus tenggelam
manusia bukan manusia lagi
tiada erti cinta
tiada erti cita
dan
tiada erti airmata
malam yang kelam pastinya tiada bayang
berjalan bagaikan tiada hujungnya
jatuh dan bangun
jatuh dan bangun lagi
kerana perjalananan pasti diteruskan

UcinaTAHUNbaruCINAtahunBAR

Tahun Lembu, gitu le teman faham dari kekawan cina sempena Tahun Baru Cina tahun ini. Tentang nape jadi Tahun Lembu tu tak pulak teman tanya deme tu. Deme oghang cina tu kata pada tiap tahun bila sambut tahun baru mesti ade nama haiwan. Ini bermakna ade dua belas haiwan yang menjadi sempene tahun baru deme tu. Teman ucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru" kepada kekawan teman yang berbangsa Cina.
Kat Sungai Siput kekawan cina sambut tahun baru teman nengok tak le macam tahun-tahun lalu. Bila teman tanya deme kekawan tuh kata sebab ekonomi dah merudum tu sebab deme tak sambut besar-besaran pada tahun ini. Teman nengok memang semenjak dua menjak ni deme kekawan bangsa cina nih makin kurang nak sambut cara beso-beso. Limau dgan mercun pun teman nengok dah makin kurang.
Kalo kita pegi ke pekan Sungai Siput, dah tak sesak macam dulu-dulu. Kalo dulu tiap simpang dalam pekan tu dah siap kene sekat. Kalo kita nak ngonar pun kalo dari balai polis kene pusing kat semejid india muslim kat kemuning tu, gitu ler sebaliknye. Skrang nih kat mane-mane boleh ngonar, macam biasa ajer.
Kalo malam tahun baru cina ni dulu-dulu leh dengo bingit bunyi merocon dgan bunga api. Srang nih ade le sesikit bunyi merocon tuh. Bunga api pun ade tapi dah tak banyak macam dulu. Betul juge kata kekawan cina nih yer, sebab ekonomi merudum jadi sambutan tahun baru deme pun sambut cara sederhana ajer. Macam mane pun teman ucap tima kasih pade kekawan yang bagi limo pada teman. Sedap juge weh limo tuh, alahai, dapat prii.

SUATU PERJALANAN DI HUJUNG SENJA

suatu perjalanan di hujung senja
matahari masih lagi merah
namun
neon-neon kota bergermelapan sudah
burung terbang riang
untuk pulang ke sarang
di tepi jalan itu
masih ada insan yang berjalan
dengan hati yang berkata
teruskan?
atau berhenti saja?
suatu perjalanan di hujung senja
matahari memohon mengundur diri
kegelapan kini disuluh cahaya bulan
tiada lagi kicauan burung
namun deruan kereta masih berlalu
insan yang sedang berjalan
masih meneruskan perjalanan
suatu perjalanan du hujung senja
tiada lagi matahari
kini bulan sebagai pengganti
neon-neon yang bercahaya
menerangi kegelapan malam
bersama lentukan cahaya pelita
untuk menampakkan muka
apakah akan bersua?

Sunday, January 25, 2009

NAMAMUWAJAHMUMATAMUBIBIRMU

namamu
terukir di sudut hati
tanda aku menyayangi
tanda aku mengasihi
tanda aku menyintai
dengan keayuan wajahmu
bagai merayu
persis mencumbui
dalam jiwaku
wajahmu
terpahat di sudut hati
tanda aku kesepian
tanda aku kerinduan
tanda aku kehilangan
dengan manja suaramu
bagai mengusik jiwa
persis menyentuhi diri
bagaikan tak mahu berpisah lagi
matamu yang sayu
bibirmu bagai delima
santunmu bagai penggoda
manjamu bagai penawan
lambaian jemari bagai menari-nari
jari halusmu bagai membelai

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Ari ni teman pegi kenduri kahwin. Tempat ni dah lama teman tak sampa. Nak pegi pun susah sikit jalannye kecik nak selisih kete memang payah. Tuan kenduri ni ade sediakan kete untuk angkut tetamu. Ewah, macam kete angkut pengundi pulak rase teman bila kete tuh. Camne pun timakasih pada tuan kenduri kerana sediakan kete. Kalo idak jenuh teman dgan keluarga jalan kaki, jauh gak.
Sampa ghumah kenduri terus salam tuan kenduri dan ulur le sikit-sikit. Pastu gi makan cara layan diri. Hebat gak kat kampung ler nih dah takde idang-idang masa kenduri. Bagus gak, leh jimat tenaga. Nak cari "bentara" bukan senang yop skrang nih. Layan diri pun layan diri ler. Kat kedai makan skrang nih pun pesen layan diri tak merenghak pun.
Bila nak balik tuan kenduri bagi lauk dgan nasi lagi. Tu le hebatnya kenduri kat kampung ni. Kene pulak teman nih boleh dikatakan deme respek gak. Teman nih deme respek sebab teman tak sombong, alahai, angkut diri pulak tu. Pastu deme bagi "limau" sebiji soghang. bagus gak ganti bunga telur. Ade perubahan nampaknyer tambah pula bertentang dgan tahun baru Cina. Banyak le limau yang dijual, murah pulak tuh.
Bila dapat limau tuh teman teringat esok "Tahun Baru Cina". Jadi teman tak nak lepas peluang nak ucapkan "Selamat Tahun Baru Cina" kepada seme masyarakat cina di Malaysia. Orang Cina sambut tahun baru, oghang Melayu dgan India tumpang cuti. Gitu ler sebaliknyer. Bagus gak Malaysia ni ade pelbagai kaum.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (18)

Tidak Hadir Bertugas
Perintah Am 21, Bab D, ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab yang munasabah atau kebenaran boleh menyebabkan penjawat awam berkenaan dikenakan tindakan tatatertib.
"Ketidakhadiran" ditakrifkan dalam Perintah Am 21(2), Bab D sebagai ketidakhadiran bertugas termasuk tidak hadir selama berapa lama juga pun pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir begi melaksanakan tugasnya.
"Tanpa Cuti" dalam Perintah Am 1(i), Bab D, mentakrifkan cuti sebagai "Sebarang tempoh sese orang itu pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itutidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja".
"Tanpa Kebenaran" pula membawa maksud pegawai atasan yang bertanggungjawab dan yang berkuasa membenarkan penjawat awam tidak hadir bertugas atau ketua jabatannya telah tidak membenarkan atau tidak akan membenarkan atau memang melarang atau tidak bersetuju penjawat awam berkenaan tidak hadir bertugas bagi tempoh tersebut.
Perintah Am 21(I), kebenaran diberi hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum penjawat awam yang berkenaan boleh tidak hadir bertugas. Jika kebenaran tidak diperolehi terlebih dahulu dan penjawat awam berkenaan amat perlu tidak hadir bertugas atas sebab=sebab tertentu maka ini termasuk dalam tidak hadir bertugas "dengan sebab yang munasabah".

Saturday, January 24, 2009

ahanARAHANarahanARAHANar

Mengapakah kita perlu menyisihkan diri antara satu sama lain disebabkan ada rasa dendam kesumat dalam hati? Mengapakah kita tidak boleh bersatu walaupun kita berlainan ideologi? Dalam isu yang dibangkitkan oleh menteri yang menjaga hal ehwal agama ni, teman nengok ade yang tak kene. Nak kata macam bebudak idak juge sebab bebudak deme tuh lepas ajer kelahi deme bebaik balik. Walaupun lepas betampe, deme main balik macam tak ade ape-ape yang berlaku.
"Semua ketua jabatan agensi Kerajaan Persekutuan di negeri ini dilarang menghadiri mesyuarat rasmi anjuran kerajaan Perak." Alahai, sape nak kate? Mekeme cari ler sendiri, tapi kat atas tuh ade sikit klu untuk cari jawapannyer. Sampa gitu sekali yop. Pasni seme pegawai persekutuan tak boleh pergi mane-mane majlis yang kerajaan negeri pakatan buat. Jadi le keme seme macam kere sumbang. Kalo engko siap kene tindakan tatatertib pulak tuh.
Lagi satu yang teman rase paling haru tuh ialah bila deme kate tak iktiraf tandatangan dan cop rasmi pegawai dari kerajaan pakatan. Kalo gitu pasni jenuh ler keme nak cari pegawai kerajaan persekutuan untuk tandatangan dan cop ape aje borang untuk pengesahan. Pasni jenuh dan lenguh ler tangan pegawai kerajaan persekutuan nak tandatangan dan cop ape saje borang yang diperlukan. Apa idaknyer yop. Nak apa aje skrang nih kene isi borang. Pstu kene sah dan tanda tangan dan cop. Kalo seme pakat anto ke pegawai kerajaan persekutuan, alahai menimbun ler atas meje deme tuh.
Teman ambik contoh kat sekolah ajer brape borang nak kene isi? Sekolah kat Malaysia ni seme nyer bawah kerajaan persekutuan. Kalo nak tuko sekolah kene isi borang dan sahkan. Nak mintak RMT kene isi borang dan sahkan. Nak dapat KWAPM kene isi borang dan sahkan. Nak, nak, nak, nak, nak, macam-macam nak kene isi borang. Sampa dah mati pun kene isi borang. Tapi, idak le teman kate oghang dah mati tuh yang isi, yang idup ler yop oiii, waris deme yang dah mati tuh.
Teman nengok bila arahan nih dikuatkuasakan, yang teruk ialah oghang-oghang kampung. Deme tuh nak nak pegi ke mana lagi kalo selama ari ni deme dok selalu urusan dgan tok ketua kampung dgan tok penghulu? Mane yang dekat pekan sikit tuh ade ler jumpa dgan DO ker, ADO ker yang deme tuh ade oghang kerajaan negeri. Abis kemane lagi deme tuh nak ngadu he yop oiii, alahai.

Friday, January 23, 2009

TENGOK DAN FIKIRKANLAH























































Thursday, January 22, 2009

KEJAYAAN ADALAH DARI KEGAGALAN

Apabila kita menemui kegagalan maka kita manganggap telah menemui kekalahan. Namun, kegagalan itu bukanlah merupakan kegagalan selagi kita tidak menganggapnya demikian. Oleh itu, ia bukan suatu kegagalan yang sebenar tetapi ia adalah suatu kekalahan sementara. Kekalahan sementara boleh diperbaiki agar ianya akan menemui kejayaan dan ia akan tercapai apabila kita berjaya bangun dari kegagalan.
Tidak ada yang salah pada kekalahan sementara kerana ianya bukanlah suatu kegagalan besar.
Kita gagal untuk bangun dari kegagalan sesungguhnya merupakan suatu kegagalan bagi kita. Apakah kita akan menjadikan penghalang sebagai kekalahan sementara atau sebagai kegagalan, semuanya bergantung pada sikap mental kita dalam menghadapinya. Pilihan kita sendirilah yang menentukan apakah kita akan melakukan nya sebagai kekalahan sementara atau sebagai kegagalan.
Tidak ada seorang Guru Besar atau Pengetua pun yang tidak membuat rancangan alternatif yang boleh digunakan kalau rancangan utamanya tidak menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan. Oleh itu, kalau rancangan utama gagal, maka rancangan alternatif boleh digunakan. Begitulah caranya untuk kita menemui kejayaan.
Apabila kita telah gagal untuk menjayakan suatu rancangan, kita tidak seharusnya menyerah kalah dan jangan sekali-kali menganggap kita telah menemui kegagalan. Sebaliknya, kita jadikan rancangan yang tidak membawa hasil itu sebagai kekalahan sementara. Kita segera;ah membuat rancangan baru agar ia tetap terarah kepada sasaran.
Perbezaan antara kekalahan sementara dengan kegagalan bergantung pada sikap persepsi kita terhadapnya. Kekalahan sementara yang kita alami tidak perlu sama sekali menjadikan ianya suatu kegagalan kecuali kalau kita menganggapnya begitu.

Wednesday, January 21, 2009

AYUmelayuMELAYUmelayuMELAYUmel

Gagasan Melayu Perak
Gagasan Melayu Perak (GMP) ditubuhkankan dalam bulan Julai 2008. Untuk apa GMP itu di tubuhkan? Bila GMP itu ditubuhkan? Eh, dah teman tulih kat atas tuh, bulan Julai 2008, alahai. Sebenonye teman tanya bila GMP itu ditubuhkan bukan sebab tak tau bulan Julai tuh tapi GMP ditubuhkan selepas UMNO (BN) tertonggeng kat Perak. Betul le, pas pilihan raya aje MGP tu ditubuhkan.
GMP melalak-lalak bila oghang Cina diberi penganugerahan tanah, tapi nape pulak GMP sonyap bile orang Melayu diberi hak milik kekal? GMP terus jadi tuli dan bisu bila Umno/BN kasi lebih 10 ribu ekar tanah pade MCA. Dulu mase Tajol (bekas MB) kasi cina tanah kat Kampar buat Universiti Tunku Abdul Rahman nape Datuk Seri Dr Hilmi Ismail tak berteroyak kat Tajol? Nape tak melalak? Nape tak mengobak? Mane pegi Datuk Seri Dr Hilmi Ismail yang nak pejuang kan hak oghang Melayu?
Kementerian Pelajaran Malaysia buat PPSMI, sekolah Melayu ajo Sains dgan Kira-Kira dalam bahasa Gomen 100% nape oghang Melayu tak gempo? Nape oghang Melayu jadi nano tak ber ketak pun? Sekolah Cina dgan Tamil ajo Sains dgan Kira2 campo2 bahasa Ibunda dgan bahasa Gomen pun oghang Melayu senyap hingga tak terkata.
Heran bebeno, GMP ni wujud pas aje UMNO/BN kalah dalam pilihan raya kat Perak. Nape baru skrang nak citer pase oghang Melayu? Ape ke kalo UMNO/BN masih kekal perentah kat Perak deme akan wujud? GMP akan beranak juge? GMP akan berpresidenkan Datuk Seri Dr Hilmi Ismail? Mike tuh ade title Dr. Mike kene le jage jangan jadi macam deme yang terlibat dgan debat pase minyak tuh. Letak diri deme jauh menjunam ke bawah. Macam oghang tak ade pelajaran. alahai.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (17)


Sekatan Menerbitkan Buku dan Bertindak sebagai Penyunting atau Menerbitkan Sebarang Penerbitan
Perintah Am 16, Bab D - penjawat awam tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau kerja lain berdasarkan maklumat rasmi terperingkat.

Tuesday, January 20, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (16)


Sekatan Bergiat Dalam Politik
Perintah Am 19 (2), Bab D - penjawat awam daripada kumpulan pengurusan dan ikhtisas adalah dilarang.
a) ambil bahagian
b) memakai lambang parti politik
Ambil Bahagian:-
a) memegang jawatan
b) bertanding sebagai calon
c) membuat pernyataan awam mengenai politik
d) menerbit atau mencetak serta mengedarkan bahan bercetak politik
e) menjadi perayu undi dalam mana parti politik
f) menjadi agen pilihan raya
Perintah Am 19 (4), Bab D - penjawat awam daripada kumpulan pengurusan dan ikhtisas boleh aktif dalam politik dengan syarat mendapat kelulusan bertulis dari[ada kerajaan. Penglibatan itu tidak melanggar peruntukan dalam Akta Rahsia Rasmi 1972.

TINGTESTINGTESTINGTESTINGTES


ujianUJIANujianUJIANujianUJIAN
1. Ujian wireless capai 100%
2. Ujian pandu uji memang hebat
3. Ujian kecerdasan masih berdaya
4. Ujian memandu untuk mendapatkan P
5. Ujian kursus perkahwinan boleh punye
6. Ujian mata nak tentukan rabun jauh atau dekat
7. Ujian tenaga asas dah tak mandang
8. Ujian air kencing kut-kut sangkut

Monday, January 19, 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menekankan kepada beberapa aspek:-
1. Pendidikan suatu usaha berterusan
2. Memperkembangkan potensi individu
3. Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
4. Insan yang seimbang dan harmonis
5. Unsur intelek
6. Unsur rohani
7. Unsur emosi
8. Unsur jasmani
9. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
10. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
11. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
12. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
13. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
14. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
15. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan pada keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara

Sunday, January 18, 2009

KEPUTUSAN KEPUTUSAN KEPUTUSAN

Inilah jumlah undi yang diperolehi oleh Calon PAS Mohd. Abdul Wahid Endut dalam Pilihan Raya Kecil P.36 Kuala Terengganu.
Keputusan Penuh:-
Calon Pas : 32,883 undi
Calon BN : 30,252 undi
Calon Bebas : 193 undi
% Mengundi: 79.9%
Undi Rosak : 665 undi
Majoriti : 2,631 undi

PILIHAN RAYA KECIL P36 - KUALA TERENGGANU

Teman rase seme mekeme dah tau tang keputusan Pilihan Raya Kecil P36 - Kuale Tengganu. Teman kate seme mekeme dah tau sebab ari ni Mingguan Malaysia ade wajah baru. Tentu seme mekeme dah beli surat kabo muke baru tu dan bace seme berita termasukle keputusan pilihan raya tu.
Antare briter yang kuar dalam mingguan malaysia tang pilihan raya yang teman dapat nengok ialah:-
i. BN tidak lemah semangat
ii. Kuala Terengganu milik PAS
iii. Wan Ahmad Farid terus berkhidmat
iv. Terima kasih kepada pengundi Cina
Bagi Berita Harian pulak yang teman sempat jenguk ialah:-
i. Calon PAS berterima kasih kepada polis
ii. Pilihan raya kecil Kuala Terengganu berlangsung aman
iii. Wan Ahmad Farid hormati keputusan rakyat
iv. BN terima dan hormati pilihan rakyat : Najib
Jadi bile mekeme dah bace tuh baguis le jadi tak payah ler teman bagi tau keputusan pilihan raya kecil tu. Camne pun teman letakkan gambo bile keputusan diumumkan untuk tatapan mekeme seme.

Saturday, January 17, 2009

SEPI ITU ADALAH AKU

kiranya jelingan ini
menodai cintamu
akan aku lindungi dengan rambutmu
kerana airmata tiada harganya
tapi
cuma kau dapat hitung kembali
dapatkah jari-jari halus ini
memintal gelombang
jika tidak kerana kau
dan
adakah emgkau letakkan akau
dalam dakapan sebuah kemesraan
keindahan rasa sebuah kehidupan
lalu
aku lemas dalam kesepian
hingga aku tidak menyedari
bahawa sepi itu adalah aku sendiri

SUNGAI SIPUT sungai siput SUNGAI SIPUT sungai siput OOOOO SUNGAI SIPUT (2)

Masih lagi criter teman tang Sungai Siput. Memang le Sungai Siput nih ade Parlimennya yang dinamakan Parlimen Sungai Siput. Ada dua Dewan Undangan Negeri. Satu DUN Lintang, satu lagi DUN Jalong. DUN Lintang semenjak teman kecik lagi teman tak peronah dengo dapat ke parti lain semenyer UMNO yang menang. Lain pula dgan DUN Jalong ade ketika DAP menang ade ketika GERAKAN menang. Itu ler DUN Jalong gilio-gilio deme menang.
Parlimen Sungai Siput nih memang kubu kuat Sammy Vellu dari MIC dari BN. Teman kecik-kecik lagi dah peronah dengo nama Sammy Vellu nih. Sammy Vellu ni memang populer kat kampung-kampung Melayu. Boleh dikatakan dari anak dara, janda, balu, isteri oghang, mak oghang atau aper-aper ajer memang kenai bebeno dgan Sammy Vellu. Sampa deme tuh gelo Sammy Vellu tuh dengan panggilan manje "abang mie".
Teman bubuh gambo oghang pompuan kat sini sebab memang oghang pompuan Sungai Siput ni suke sesangat kat abang mie. Ade yang salam cium tangan dgan abng mie. Ade yang cium pipi abang mie. Leh dikatakan deme nih taksub dgan abng mie. Teman pun heran ape ilmu yang abang mie paka yang sebab rama oghang pompuan suke padanyer. Kekadang tuh jeles gak teman dgan abang mie nih.
Memang bebeno, seme oghang pompuan kat Sungai Siput nih suke dgan abang mie. Deme nih tergolong dalam kumpulan oghang Melayu dan oghang Asli. Orang Cina dgan oghang India ade juge, tapi oghang India leh kata 100%. Teman kata seme tuh bukan kata seme sebenonyer. Sebab bagi oghang pompuan bukan UMNO, MIC, GERAKAN dan MCA rase-rasenyer tak mandang pun soghang yang suke pade abng mie, alahai. Ade gak pompuan yang tak suke abang mie ni yerk? siannnnnnnnn.
Abang mie ni memang hensem macam hero filem tamil. Lebih hensem dari MGR tuh ye ke? Teman tak dapat nak nilai kehenseman abang mie. Kalo nak tahu juge teman kene buat survey dgan pompuan kat Sungai Siput. Tapi susah juge, sebab abang mie meracun nak datang ke Sungai Siput sejak menjak kalah dalam pilihan raya dulu. Teman pun tak sio nak buat servey kerane buang mase teman ajer. Tapi abang mie tetap hensem pade deme tu.
Yang teman heran ialah masa dacing yang merentah kat Perak dulu teman nengok HAK-HAK MELAYU tak juge deme jaga. Mekeme yang duduk kat Sungai Siput tentu tahu tang Kampung Bahagia Tambahan mane pegi ghoyupnyer? Kesian anak-anak penduduk Kampung Bahagia tanah yang bakal milek deme tuh dah tak mandang. Tuh sebab UMNO nyanyi lagu "anak kecil main api" sape yang jadi anak kecil?
Pastu kite pegi ke Kampung Tersusun Kledang Utama. Beriye-iye le deme rakyat Melayu kat Sungai Siput di interview konun-konun leh dapat ler sebidang tapak ghumah. Tup-tup tanah yang deme mintak tuh dah jadi taman perumahan. Taman perumahan tuh pulak buat macam buat mee segere "maggi" ker "cintan" ker ntah macam-macam lagi jenamenyer. Ade kluor TV pasal tganah mendap termasuk ghumah sekali kat taman tuh. Kampung tersusun ntah kemane, tapak ghumah tah kemane? Ghuyup entah ke mane. Ghuyup lagi. Ghuyup lagi. Ghuyup lagi. Letih ajer nunggu keputusan interview. alahai.
Lagi satu he YB dacing nih yang teman nampak kat Sungai Siput nih, tak boleh kene tego. Beso beno kuase deme tuh sampa tak boleh ditego. Teman riso nanti kene ketego pulak, susah. Dah le tak makan saman kata oghang kampung teman, repot kat atas pun tak ngombing, hebat, hebat, hebat. Jadi camane oghang dah ade kuase bile kalah meraban tebing jadinyer. Lebih teruk lagi dari gile merhoyan, alahai. Paling teman riso ialah YB DUN Lintang, bile dah kalah dalam UMNO (kalah ketua bagian Sungai Siput) mule ler meraban tebing. Yang teman riso dari YB Lintang leh jadi lintang pukang, alahai.

SUNGAI SIPUT sungai siput SUNGAI SIPUT sungai siput OOOOO SUNGAI SIPUT (1)


Semenjak dua menjak nih banyak bebeno criter-criter tang Sungai Siput nih kluor dalam surat kabor dan TV3. Macam-macam criter yang kluor tang Sungai Siput nih. Semenye bab HAK OGHANG MELAYU kat Sungai Siput ni. Balik-balik criter HAK MELAYU HAK MELAYU HAK MELAYU. Teman nih bukan getik nam bincang hal HAK MELAYU ni. Teman ini pun oghang Melayu gak. Tetapi naper baru skrang nak kait-kaitkan isu HAK MELAYU nih. Sebelum nih naper tak kluor-kluor pun, alahai.
Isu ini yang terbaru teman dengo dan bace. Ianye berlaku di Kampung Bahagia dgan Kampung Tersusun Kledang Utama, alahai, dekat bebeno dgan tempat teman nih. Isu gerai PLB milik Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Kangsar/Daerah Kecil Sungai Siput. Di sini teman amik jawapan yang kluor dalam Harakah dah tentu tak kluor dalam mane-mane surat kabor perdana dan TV-TV juge perdana.
ISU GERAI PLB MILIK PEJABAT TANAH DAN DAERAH KUALA KANGSAR/ DAERAH KECIL SUNGAI SIPUT.
Gerai tersebut terletak di Kampung Bahagia Sungai Siput, telah digambarkan oleh TV bahawa berlaku kezaliman kepada penyewa. Cerita SEBENARNYA penyewa gerai tersebut yang bernama Fauziah Ahmad telah banyak bulan tidak membayar sewa kepada JKKP yang merupakan penyewa asal gerai tersebut. Selain itu penyewa juga sudah tertunggak bil air dan letrik sebanyak RM 320.
Disamping itu tempoh penyewaan kepada JKKP telah pun tamat pada bulan 12 yang lepas.
Oleh itu satu tawaran baru kepada pelbagai pihak dikeluarkan bagi proses mendapatkan penyewa baru. Perlu diingatkan gerai itu hendaklah dikosongkan dan tidak ada jaminan penyewa lama dapat menyewa kembali kerana proses pemilihan dan kelayakan perlu di teliti kembali.
Isu yang diputar belit oleh media sangatlah tidak munasah dengan menggambarkan api dan air dipotong dan penyewa dihalau dari gerai sewaannya. Sedangkan apa yang sebenarnya berlaku adalah keingkaran penyewa mematuhi peraturan yang sedia ada, iaitu membayar sewa kepada pemilik gerai. Jika berlaku pemotongan letrik dan air itu adalah bukan dibawah bidang kuasa PBT dan Kerajaan Negeri. Kalau sudah banyak bulan tidak membayar bil semua sudah maklum proses pemotongan akan berlaku.
ISU GERAI MILIK MAJLIS DAERAH SUNGAI SIPUT ini sangat memalukan apa yang dilakonkan oleh media, ditayangkan ADUN Lintang, Fakeh Adam berdiri di hadapan gerai yang kononnya dirobohkan oleh PBT untuk membuktikan apa yang disebutkan oleh Fakeh porak peranda itu benar.
Saya sekeras-kerasnya menafikan berita tersebut dan merupakan pembohongan belaka. Sebenar yang porak peranda adalah pelakun-pelakun kepada berita rekaan itu. Gerai tersebut terletak di Kampung Tersusun Kledang Utama dengan penyewanya kebetulan ada lah Pengerusi Persatuan Penjaja Sungai Siput bernama Syed Muhamad Syed Aman Syah. Penyewa tidak membayar sewa dari Oktober 2008 hingga Disember 2008.
Dimaklumkan penyewa telah mengubah suai bangunan gerai tersebut tanpa mendapatkan kebenaran dari Majlis Daerah terlebih dahulu. Penduduk setempat menggunakan istilah "buat macam rumah sendiri" kepada penyewa dengan sikapnya itu. Penambahan dibuat untuk tempat tinggal anaknya sendiri.
Itulah yang keluar di TV, bukan nya gambar gerai kena roboh tetapi gambar bangunan yang ditambah oleh penyewa yang belum siap. PBT juga tidak pernah menganggu pemilik itu sehingga ke hari ini, cuma yang kita faham bahawa penyewa dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dengan pelanggaran undang-undang PBT yang dilakukannya.
Sepatutnya penyewa kena berterima kasih bukannya menjadi pelakun kepada klip berita bohong tersebut. Kepada ADUN Lintang nasihat saya buatlah kerja di penghujung usia yang ada pahala. Dato' pun sudah kalah dalam pemilihan Ketua Bahagian UMNO Sungai Siput dan secara logiknya sudah tidak ada tempat lagi dalam UMNO.
Walaupun lakonan dua malam kelmarin sudah kira berjaya tapi semuanya sudah terlambat. jawatan Dato' telah melayang sudah. Baiklah jadi wakil rakyat yang disayangi oleh semua sebelum Dato' bersara dari politik, makin tua makin menjadi dengan kerja amal bukan kerja bohong.
YB. Drs. Khalil Idham Lim,
ADUN Titi Serong /Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan,
Kerajaan Negeri Perak.
Bile teman dengo dan bace criter nih, teman pun pegi bertanya kekawan tang criter nih. Ramai teman tanya , yang UMNO teman tanya, yang PAS teman tanya, yang keADILan teman tanya. Teman tanya sebab takut-takut teman nih dengo criter bohong, fitnah atau apa-apa ajer criter kotor yang kluor dari mulut deme yang berpolitik kotor, alahai. Kalo dah koto jangan ler terus bagi kotor.
Teman kenai bebeno sape yang sewa tuh. Teman kenai bebeno suami die. Tapi teman tak nak criter tentang deme berdua tuh. Teman nak sembang tang briter TV tuh ajer. Selalu aje deme tuh buat fitnah. Sape nak tanggung dose tu? Pembaca berita? Pengarang? Menteri Penerangan?
Menteri Perdana? atau ???????? fikio le sendiri.
Teman tau ler sikit-sikit tang gerai-gerai ni. Nape YB Lintang tak amik tau semenjak UMNO perintah Perak lagi. Nape dibio bende-bende macam ini dari dulu lagi. puluhan tahun dulu. Masa UMNO perintah Perak, banyak gerai kat Sungai Siput ni dapat ke oghang UMNO. Bila dapat tak nak meniaga pulak. Pastu sewa kat oghang lain. Deme tuh dapat duit ngetek ajer.
Gitu juge, masa merentah dulu, semua nak peri. Buat majlis amik khemah majlis tak payah sewa bila Pakatan Rakyat merentah mintak sewa meloncat YB Lintang. Nape pulak nak sewa khemah ni hak rakyat kata dia. Tau pulak hak rakyat? Masa dulu deme merentah, oghang Pas ke oghang DAP ke oghang PPP ke oghang aper-aper jer ler yang bukan geng UMNO nape tak boleh. Dah le tak boleh pake reta majlis, nak sewa pun tak boleh.
Itu ler yang teman herannyer. Bila dah tak ade kuasa seme tu hak rakyat. Seme rakyat punye. Ini le mase nak bela rakyat jelata. Puluhan tahun dulu deme merentah nape deme langsung lupe hak rakyat, nape tak bagi seme rakyat rase rete majlis? alahai.

PILIHAN RAYA KECIL P36 - KUALA TERENGGANU

Esok oghang Kuale Tengganu mula ngundi. Deme tuh ngundi paka pangkah kerotas aje bukan ngundi paka sms. Deme juge ngundi bukan untuk pilih juara AF yang Astro buat tiap2 tahun. Deme tuh ngundi 4/5 tahun sekali, serupe seme rakyat Malaysia. Cume deme tuh ade lebih sikit dapat ngundi lagi lepas kematian wakil rakyat deme. Ini dinamakan pilihan raya kecil. Kite biasa dengan pilihan raya umum.
Ade tige oghang calon yang amik bagian. Yang mana satu, pilihan kalbu....... mekeme pilih ler yang betul2 memberi feedah kepada mekeme sendiri. Memang bebeno teman kate, bila nak ngundi ajer sebuk le memanjang calon2 nak sua muke. Kalo tak ngundi, hagham deme tu nak nampakkan batang idung. Sebuk aje semedang. Bila pegi pejabat deme, kite tanye ler ade ker wakil rakyat? Yang temen dapat dari kerani ker aper ker yang dok kat situ, jawabnyer meracunnnnnn atau pun tak mandangggggg.
Sebelum nih, kalo dah rindu kat wakil rakyat, teman nengok kat TV ajer, itu kalo ade kluo di TV. Kalo oghang TV tak sio nak kluarkan gambo teman tengok kat paper. Kalo wakil rakyat BN, pilih le paper utusan malaysia ker, berita harian ker atau yang mirip pade krajaan BN. Kalo mirip pade krajaan pakatan, boleh nengok kat harakah ker, keadilan ker dan entah2 macam2 lagi. Pilih ajer paper mane nak mekeme nengok. Yang teman nengok, kalo kat seme TV kat Malaysia nih tak mendang gambo oghang pakatan, alahai.
Oghang kuale tengganu untung bebeno, sebab ade pilihan raya kecik. Teman nengok banyak bebeno peruntukan yang turun. Dah macam ujan ajer turun masa musim tengkujuh. Melimpah ruah deme tuh dapat. Tengganu beru ajer lepas bah ayo. Kali ini deme kene bah macam2, ade bah tar, bah duit, bah kain, bah baju, bah bah bah bah entah macam2 lagi tak reti teman nak tulsi kat sini. Mekeme yang baca tentu faham yer.
Selain dari bah, ograng kuale tengganu juga ade pesta. Macam2 pesta yang deme dapat. Ada pesta duit, ade pesta karaoke, ade pesta tarakoke, ade pesta poster, ade pesta tari menari, ade pesta joget, ade pesta pesta pesta pesta macam2 lagi, alahai lenguh tangan teman nak nulisnyer sebab banyak bebeno.
Walau camne pun skrang nih oghang kuale tengganu memang dah menang. Menang dengan mencurah-curahnye peruntukan. Kalo ade yang belum dapat peruntukan tuh, teman rase agak deme tuh memang malang, macam pak kadok, ayamnyer memang tapi kampung die tergada. Oghang tengganu akan lebih menang lagi bile deme pilih wakil rakyat yang bebeno prihatin kepada rakyat.
SELAMAT MENGUNDI OGHANG KUALE TENGGANU.

RINDUNYA CAMAR

sepasang ombak mengejar camar
yang menebar sayap rindunya
mengintai buih-buih kenangan
di hujung gelombang
di Pulau Selasih

di pulau itu
temeteri cinta
hatimu hatiku bertakhta
dalam singgahsana waspada
bagai sebuah badai yang ternganga
menggigit tangkai cinta
memisahkan antara dua jiwa

di hujung gelombang itu
camar terus mengumpul buih
buih-buih kenangan
itulah aku
yang tiada noktah
penantian

Friday, January 16, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (15)

TEGAHAN DARIPADA MEMBUAT SPEKULASI
Perintah Am 14, Bab D - Penjawat Awam dilarang membuat spekulasi turun naik harga komoditi atau menjual beli sekuriti harta yang tinggi.

Thursday, January 15, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (14)

KESUSAHAN BERAT KERANA HUTANG
Perintah Am 11(1), Bab D mentakrifkan kesusahan berat kerana hutang sebagai keadaan berhutang seseorang penjawat awam berdasarkan banyaknya hutang yang ditanggungnya, telah sebenarnya menyebabkan dia mengalami kesulitan kewangan yang berat.
Secara mudah, penjawat awam dikatakan berada dalamkesusahan berat kerana hutang jika hutang yang ditanggungnya itu banyak dan boleh mendatangkan kesulitan kewangan pada dirinya.
Perintah Am 11(1), Bab D, seterusnya telah menyenaraikan tiga keadaan yang jika ujud, hendak lah disifatkan sebagai berada dalam kesusahan berat kerana hutang iaitu:-
a) Jika angregat hutang dan tanggungan tidak bercagar bagi penjawat awam yang berkenaan melebihi tiga kali ganda emolumennya sebulan.
b) Jika penjawat awam itu telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai si berhutang hukuman (tanpa mengira berapa jumlah hutang) dan hutang itu masih belum dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh perintah mahkamah. Berhutang hukuman ialah seseorang yang telah dikenakan hukuman mahkamah yang mengarahkannya membayar jumlah wang yang belum dilunaskan (dibayar) dan hutang orang yang berkenaan boleh disempurnakan melalui keputusan mengambil hartanya.
c) Jika penjawat awam itu adalah sama ada seorang yang bankrap atau pemakan gaji yang tidak berkemampuan selagi dia tidak membebaskan diri (iaitu selagi tanggungannya masih di bawah kuasa pegawai pemegang harta).

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (13)

MEMBERI ATAU MENERIMA KERAIAN
Penjawat Awam dilarang sama sekali menerima keraian daripada mana=mana pihak atau mem beri keraian kepada mana-mana tugas sekiranya keraian itu boleh mempengaruhi pelaksanaan tugas rasmi penjawat awam yang berkenaan (Perintah Am7, Bab D) dan dengan itu mungkin boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan awam atau akan ujud pertelingkahan kepentingan. Jika keraian itu tidak langsung memungkin kan ujud pengaruh atau kesan sedemikian maka penjawat awam itu boleh memberi atau menerima keraian.
Perintah Am 7, Bab D tidak memberi takrif keraian. Mengikut Reader's Dictionary, keraian ialah sesuatu yang berupa hiburan, kesenangan atau jamuan. Jika pegawai Jabatan Pelajaran menghadiri jamuan penubuhan Koperasi Nelayan atau jamuan tahunan Persatuan Penjaja-Penjaja Kecil maka sudah tentu dan memang nyata tiada kemungkinan ia akan mempengaruhi pelaksanaan tugas rasmi pegawai itu. Penerimaan keraian sedemikian tidak dilarang oleh Perintah Am 7, Bab D.
MEMINJAM ATAU MEMBERI PINJAMAN WANG
Perintah Am 10(1), Bab D melarang penjawat Awam meminjam wang daripada:-
a) Pihak yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang
b) Orang perseorangan atau kumpulan orang (sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan)
c) Menjadi penjamin atau penggerenti kepada seseorang peminjam
d) Menyebabkan dirinya terhutang wang pada mana-mana orang dan orang yang memberi hutang itu ialah:-
i. orang yang tertakluk kepada kuasa rasmi penjawat awam itu atau
ii. orang yang mungkin ada urusan rasmi dengan penjawat awam itu atau
iii. orang yang tinggal atau memiliki tanah atau harta atau menjalankan perniagaan dalam kuasa rasmi penjawat awam
Tujuan larangan ini ialah supaya penjawat awam itu tidak menggunakan pengaruh tidak patut atau tidak wajar terhadap pihak-pihak yang berkenaan atau pun ia akan menjatuhkan reputasi penjawat awam yang berkenaan (contohnya meminjam daripada ceti). Larangan ini juga bertujuan mengelakkan ujudnya transaksi meminjam wang yang pura-pura iaitu konon meminjam wang tetapi kedua-dua pihak (iaitu penjawat awam dan pemberi pinjam wang) sebenarnya telah bersetuju bahawa wang yang dipinjam oleh penjawat awam itu tidak akan atau tidak perlu dibayar balik kepada pemberi pinjam yang berkenaan. Ini ialah kerana transaksi sedemikian mempunyai unsur rasuah.
Walau bagaimanapun, mengikut Perintah Am11(3), Bab D, penjawat awam boleh meminjam wang atau menjadi penjamin pinjaman wang jika:-
a) Pinjaman itu dibuat dengan cara bercagar dengan harta tetap yang berupa tanah dengan syarat jumlah pinjaman tidak melebihi harga semasa tanah tersebut
b) Ia berupa overdraf bank
c) Jika wang yang dipinjam daripada syarikat insurans yang dicagarkan dengan menggunakan polisi insurans
d) Jika ia pinjaman wang daripada kerajaan atau syarikat kerjasama
e) Jika ia merupakan hutang bagi barang yang dibeli secara sewa beli seperti yang ditetapkan oleh undang-undang (misalnya di bawah Akta Sewa Beli).

Wednesday, January 14, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (12)

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA
Satu lagi peraturan baru yang diujudkan di dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatetrtib) 1993 ialah Peraturan 7 iaitu mengenai larangan menggunakan atau mengambil dadah berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan seperti preskripsi yang dibuat oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan kerajaan). Dan ini termasuklah juga larangan menyalahgunaan atau menagih dadah berbahaya. Dengan itu adalah menjadi kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 jika seseorang penjawat awam itu didapati:-
i. mengguna atau mengambil dadah berbahaya (kecuali bagi tujuan perubatan) atau
ii. menyalahgunaan atau menagih dadah berbahaya.
Menurut Peraturan 7(3), dadah berbahaya ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952. Jadual Pertama Akta tersebut menyenaraikan dadah dan bahan yang dikategori sebagai dadah berbahaya.
Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 membolehkan seseorang yang menagih dadah dikenakan tindakan tatatertib dan ia perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan10 Tahun 1984 iaitu mengenai Peraturan dan Tindakan ke atas Pegawai dan Kakitangan yang terlibat dengan Penagihan Dadah. Pekeliling ini menekankan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh Ketua Jabatan apabila didapati ada penjawat awam di bawahnya menagih dadah. Menurut Pekeliling ini, langkah-langkah pemulihan dan rawatan kepada penjawat awam terbabit perlulah diambil terlebih dahulu dengan seberapa segera yang boleh dan jika semua langkah rawatan dan pemulihan itu gagal maka barulah tindakan tatatertib boleh diambil terhadap penjawat awam tersebut termasuk dibuang kerja.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (11)

PAKAIAN TERTIB
Salah satu peraturan baru yang diperkenalkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ialah Peraturan 6, iaitu mengenai berpakaian semasa bertugas dan untuk urusan rasmi.
Peraturan 6, iaitu mengenai peraturan berpakaian terbahagi kepada dua:-
i. Peraturan mengenai pakaian harian semasa bertugas. Di bawah Peraturan 6(1), pakaian penjawat awam adalah sebagaimana mengikut arahanyang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.
ii. Peraturan mengenai pakaian semasa menghadiri upacara rasmi. Di bawah Peraturan 6(2), penjawat awam hendaklah berpakaian sebagaimana ditentukan bagi upacara tersebut dan jika tiada arahan sedemikian, maka dia hendaklah berpakaian yang sesuai dengan upaca tersebut.
Mengenai Peraturan 6(1), Pearturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, ianya sendiri bukanlah membuat apa-apa arahan mengenai pakaian apa yang boleh dan tidak boleh dipakai oleh penjawat awam semasa bertugas harian mereka.
Peraturan 6(1) juga mengesahkan "kehadiran" apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (berkaitan berpakaian harian) ke dalam peraturan-peraturan tatatertib. Namun jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengeluarkan arahan sedemikian (dalam bentuk pekeliling atau surat pekeliling) adakah penjawat awam dengan sendirinya tahu, atau diandaikan tahu dan dengan itu berkuatkuasa terhadap penjawat awam? Jawapannya "tidak", penjawat awam setiap daripada mereka perlu diberitahu secara khusus "kehadiran" arahan sedemikian dengan mengesarkanarahan itu untuk dibaca dan difahami oleh setiap penjawat awam (dan penjawat awam mengesahkan membaca dan memahaminya dengan menurunkan tandatangan pada edaran itu).
Bagi maksud Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatetrtib) 1993, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sememangnya sebelum peraturan itu berkuatkuasa telah pun mengeluarkan Pekeliling berkaitan berpakaian ini. Pekeliling yang dimaksudkan ialah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1985.
Pakaian-Pakaian Yang Ditetapkan Pada Masa Bekerja:-
Pakaian Lelaki:-
a) Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A dan B "lounge suit" atau "bush-jacket" dengan bahan kain yang sesuai atau seluar panjang dengan baju kemeja dan bertali leher dan jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan
b) Bagi pegawai-pegawai Kumpulan C dan D seluar panjang berserta baju kemeja dengan warna yang sesuai, baju hendaklah dimasukkan ke dalam, jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju hendaklah jangan dilipatkan
c) Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping atau pakaian baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar panjang, pakaian Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan
d) Jeans atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja
e) Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping
f) Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja
Pakaian Perempuan:-
a) Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja. Jeans, slack seluar pendek dan apa-apa pakaian yang menutup muka tidak boleh dipakai semasa bekerja
b) Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan, kasut sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja
Pakaian Seragam (Uniform) Lelaki dan Perempuan:-
a) Pakaian seragam atau uniform hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi mereka yang dibekalkan dengannya
Pakaian Batik Untuk Lelaki dan Perempuan:-
a) Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-Pegawai Awam adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing
b) Pegawai-Pegawai Awam yang menghadiri sesuatu upacara, perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik, hendaklah memakai batik buatan Malaysia
c) Pegawai-Pegawai Awam digalakkan memakai batik semasa bekerja pada setiap hari Khamis setiap minggu, batik buatan Malaysia
Pakaian Lain Untuk Lelaki dan Perempuan:-
a) Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.
Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Perempuan):-
a) Pegawai-Pegawai Awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang menjolok mata

Tuesday, January 13, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (10)


PERUNTUKAN KHUSUS PERATURAN-PERATURAN TATATERTIB TENTANG PERBUATAN YANG BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB
Beberapa peruntukan khusus dalam Peraturan_peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tata tertib) 1993 menyebut secara khusus sesuatu tegahan, had dan kaedah sesuatu tindakan penjawat awam, yang jika diingkari akan membolehkan penjawat awam itu dikenakan tindakan tatatertib.
Peruntukan khusus ini sebenarnya menghuraikan secara terperinci beberapa peruntukan umum yang dinyatakan dalam Peraturan 4, terutama tentang pertelingkahan kepentingan persendirian dengan kewajipan awam dan perbuatan atau perkara yang boleh menjejaskan reputasi perkhidmatan awam.
Antara peruntukan khusus itu ialah mengenai:-
a) Menjalankan pekerjaan luar
b) Memberi atau menerima hadiah
c) Memberi atau menerima keraian
d) Menyelenggara taraf hidup yang lebih tinggi daripada emolumen dan pendapatan yang sah
e) Keterhutangan kewangan yang serius
f) Meminjam atau memberi pinjam wang
g) Tegahan daripada terlibat dalam pasaran komoditi atau sekuriti hadapan
h) Larangan mengadakan refel dan loteri
i) Menerbitkan buku dan aktif dalam penerbitan
j) Aktif dalam aktiviti politik
k) Menerima hadiah
Peruntukan khusus yang lain dalam Perintah Am Bab D ialh tentang perkara yang berikut:-
a) Larangan pernyataan awam
b) Tidak hadir bertugas tanpa cuti
c) Pakaian pejabat dan upacara rasmi
d) Penyalahgunaan dadah

Monday, January 12, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (9)

MEMPENGARUHI ATAU MENGGUNAKAN PENGARUH UNTUK KEPENTINGAN DIRI
Penjawat awam tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu merupakan tuntutannya sendiri atau tuntutan anggota perkhidmatan awam yang lain.
Contohnya, penjawat awam A yang ditempatkan di satu tempat kerja di luar bandar telah menggunakan pengaruh dan tekanan seorang yang berpengaruh dalam politik untuk memboleh kan dia ditempatkandi satu tempat kerja di bandar yang berhampiran dengan rumahnyer. Oleh itu, A boleh dianggap telah menggunakan pengaruh dan tekanan luar untuk menyokong tuntutannnya.

BERSYUKUR PADAMU ILAHI

Ari ni merupekan ari jadi teman. Tok tek tok tek, tambah lanjut le lagi umo teman. Setiap tahun sambut ari lahir semakin tahun ler kita dekat dengan kematian, alahai. Ograng kate bile kita selalu ingat mati maka kite akan insaf dan banyak bertaubat kepada Allah. Teman selalu jugak tanya pada diri teman sendiri, apakah teman nih dah cukup persediaan bagi diri teman untuk hadapi mati? Atau dah cukup bebeno ker waris2 teman dibekalkan dengan ilmu agama sebelum teman meninggalkan deme?
Semalam teman tido awe sikit sebab petang tuh gi teping. Sampa ghumah teman tido awe kire2 pukul 10.30 malam. Dalam tido tuh teman terkejut ade ograng ucapkan selamat ari jadi pada teman, alahai. Ucapan hepi behday pertama teman terima dari ograng yang tersayang, sape lagi weh, isteri tercinte ler. Pastu anak bonsu teman. Trime kasih banyak2 kerana mekeme masih lagi ingatkan teman.
Pastu terima sms dari anak2 yang lain. Rame jugak anak teman nih yer. memang ler rame kalo lebih dari satu tentu ler rame. Bersyukur teman pada Ilahi kerana sudi memberi zuriat pada teman dan isteri. Ade ograng tuh tak dapat zuriat, sian juge. Apa nak buat dah tak ade rezki, mungkin ade hikmahnyer.
Ade gak kekawan teman yang anto sms ucap hepi behday. Pada mekeme2 tuh teman ucapkan trime kasih. Memang beno, selain dari anak isteri, kekawan jugak sebenonyer boleh gembirakan ati kite. Tapi kalo dengo lagu DJ Dave tuh memang iye, kawan gembire senang kite dapat tapi kalo kawan bersedeh tuh, alahai. Sempena ari jadi teman nih, teman bawe anak isteri teman gi makan kat luo. Bukan selalu kekadang ajer. Jarang-jarang, cam kata PRamlee tuh. Teman ikut kata aje teman tak ikut perbuatannyer dalam Madutige tuh, alahai.
Teman masih ingat masa teman gi Mekah dulu tahun 2005. Teman pegi ngan isteri tersayang. Mesti ler yang tersayang sebab sograng ajer. Kalo deme tuh yang ade duatigaempat payah juge nak tau mane yang tersayang, alahai. Teman pegi Mekah dulu betul pada ari lahir teman 12 Januari. Pastu mase nak balik tuh juge betul2 masa raiu lahir anak teman nombor dua pada 22 Februari. Tentu ade hikmahNyer yer?

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (8)

INGKAR PERINTAH
Penjawat awam juga tidak boleh ingkar akan perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
MAKSUD INGKAR PERINTAH
Mahkamah dalam kes Laws lwn London Chronicle (Indicator Newspaper) Ltd. dan kes Pepper lwn Webb menyebut bahawa seseorang dianggap ingkar perintah jika keingkaran itu dibuat secara sengaja atas sebarang arahan yang sah dan munasabah. Ingkar perintah boleh menjadi alasan untuk dibuang kerja kerana pekerja itu telah melanggar kontrak perkhidmatannya, jika dia secara sengaja telah ingkar (tidak turut perintah/arahan) yang dikeluarkan dengan sah dan munasabah oleh majikannya.
Dalam kes Adami lwn Maison Deluxe Ltd. mahkamah menyebut bahawa jika keingkaran itu ada lah secara penentangan atau penghinaan dengan sengaja yang berterusan oleh seorang pekerja maka pekerja itu juga boleh dibuang kerja.
Konsep umum dalam undang-undang pekerjaan ialah antaranya, pekerja hendaklah bersedia berkhidmat dan patuh kepada segala arahan yang sah dan munasabah. Seseorang penjawat awam hendaklah bersedia untuk bekerja. Dalam kes Stevenson lwn Teeside Bridge and Engineering, seorang pekerja, S yang bekerja dengan Teeside and Engineering telah enggan menjalankan tugas biasanya iaitu membuat kimpalan. mahkamah memutuskan bahawa S telah melakukan salah laku yang besar yang membolehkannya dibuang kerja.
Setiap pekerja (termasuk penjawat awam) perlulah sentiasa patuh kepada semua arahan yang sah dan munasabah daripada majikannya (seperti yang disebutkan sebelum ini). Apakah yang dimaksudkan dengan "arahan yang sah dan munasabah? Arahan dikatakan "sah" jika ia tidak melibatkan risiko yang berbahaya (yang pekerja itu tidak mengambil tugas sejak awal lagi) dan arahan itu tidak menyalahi undang-undang dan juga orang yang membuat arahan itu ada bidang kuasa mengenai arahannya itu. Jika seorang pegawai kanan telah mengarahkan seorang kerani menumbuk seorang pelayan pejabat, ini bukanlah arahan yang sah. Begitu juga jika seorang ketua jabatan yang beragama Islam menyuruh seorang setiausaha membelikannya nasi bungkus untuk makan tengah hari pada bulan puasa, maka arahan itu tidak sah. Jadi, dalam kes kerani dan setiausaha itu, jika mereka enggan melakukan arahan tersebut, mereka tidak boleh dikena kan tindakan tatatertib kerana ingkar perintah.
Apakah pula yang dikatakan "arahan yang munasabah?" Arahan dikatakan munasabah jika arahan itu ada kaitan atau ada hubungan antara pekerja (termasuklah penjawat awam) yang berkenaan dengan pekerjaannya. Contohnya jika seorang pegawai mengarahkan seorang pelayan pejabat membuang sampah dari biliknya, maka arahan itu munasabah. Bagitu juga jika seorang ketua jabatan mengarahkan pegawai bawahannya datang bertugas pada suatu waktu malam menyiapkan segera laporan tahunan yang perlu dibentangkan segera di Parlimen, maka arahan itu masih munasabah. Jika seorang pegawai kanan Kastam telah mengarahkan pegawai bawahannya mengejar dengan sebuah bot yang disyaki bot penyeludup, maka arahan itu munasabah, tetapi jika seorang ketua jabatan mengarahakan setiausaha peribadinya mencuci tandas pada setiap pagi sebagai sebahagian kerja harian, maka arahan itu tidak munasabah. Begitu juga seorang pegawai mengarahkan seorang kerani membelikan makanan anjing dan mengarahkan kerani itu menghantar ke rumahnya, maka arahan itu juga tidak munasabah.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (7)

BERTINDAK TIDAK JUJUR ATAU TIDAK AMANAH
Penjawat awam tidak boleh bertindak tidak jujur (Peraturan 4(2) (f) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993). Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan tidak jujur ditakrifkan sebagai tidak lurus atau tidak ikhlas dan merujuk kepada perbuatan atau sifat yang suka menipu.Oleh itu penjawat awam boleh dianggap tidak jujur jika apa yang dilakukannya adalah bagi mendapat faedah untuk dirinya, walaupun dia mengetahui yang perbuatan itu salah dari segi tatacara jabatan atau undang-undang. Penjawat awam yang membuat tuntutan palsu bagi perjalanan yang tidak dilakukannya atau menuntut sewa hotel palsu adalah contoh yang boleh di katakan bertindak secara tidak jujur.Pejawat awam R yang berjawatan pegawai kaji bumi telah mendapat tahu daripada hasil kajian rasmi jabatannya bahawa terdapat emas yang banyak di kawasan tanah milik A. R kemudiannya telah memujuk A menjualkan tanah itu kepadanya dengan harapan apabila kerajaan mengambil balik tanah itu maka R akan mendapat harga yang tinggi. Dalam kes ini R bolehlah dikatakan telah bertindak tidak jujur.
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Mengikut Peraturan 4(2)(g), Pearturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam tidak boleh berkelakuan tidak bertanggungjawab. kamus An English Readers Dictionary mentakrifkan perbuatan tidak bertanggungjawab sebagai perbuatan yang dilakukan tanpa berhati-hati yang sewajarnya.
Contoh ialah seorang penjawat awam berjawatan pemandu yang tidak mempedulikan jalan rosak. Dia memandu dengan cara yang boleh dengan mudah merosakkan kenderaan jabatan. Oleh itu, dia telah melakukan perbuatan yang tergolong dalam tidak bertanggungjawab.
Kelakuan tidak bertanggungjawab juga termasuklah malas dalam tugas. kecuaian dalam tugas juga boleh dikatakan termasuk dalam kelakuan yang tidak bertanggungjawab. Dalam kes V.C Jacob lwn Peguam Negara Singapura seorang inspektor kesihatan kanan telah dibuang kerja atas kesalahan cuai dalam tugas iaitu dia telah gagal menyelia kerja kakitangan bawahannya dan tidak memberitahu ketuanya bahawa ada beberapa kakitangan bawahannya telah tidak datang bertugas.

Sunday, January 11, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (6)

KURANG KECEKAPAN DAN USAHA
Mengikut Peraturan 2(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam tidak boleh murang kecekapan dan kurang berusaha. Buku Panduan Bagi Kawalan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam, mentakrif ketidakcekapan dan tidak berusaha (tidak rajin) sebagai berikut:-
Ketidakcekapan bermakna ketidakupayaan seseorang pegawai itu menjalankan tugasnya, sungguhpun dia boleh menjadi rajin dan jujur dalam kerja dan kelakuannya. Oleh itu ketidak cekapan adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi yang mengurangkan perjalanan kerja dari segi mutu dan kuanttiti.
Contoh kelemahan peribadi ini termasuklah lalai, melengah-lengahkan, lemah berfikir dan cenderung mengikut nafsu yang berlebihan. seorang pegawai dianggap kurang rajin (atau kurang daya usaha) apabila dia tidak membuat apa yang dikehendaki dibuatnya dan tidak tahu bagaimana membuatnya. Hasil kedua-dua jenis kesalahan ini, iaitu ketidakcekapan dan tidak rajin adalah sama: kerja yang dibuat kurang bermutu daqn kurang dari segi kuantiti.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (5)

MENJATUHKAN NAMA BAIK PERKHIDMATAN AWAM
Mengikut Peraturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang penjawat awam tidak boleh berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik (reputasi) atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
Peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi" ada hubungannya dalam hal ini. Contohnya, penjawat awam yang menjawat jawatan pegawai keselamatan telah ponteng tugas atau pegawai polis yang berjudi atau pegawai JPJ yang menjalankan perniagaan"teksi sapu" atau guru lelaki yang suka berkelakuan tidak sopan dengan murid perempuannya atau pegawai kastam yang menjalankan operasi penyeludupan haram dan pelbagai atau lagi merupakan perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik atau merosakkan reputasi perkhidmatan awamnya.
Dalam kes Heng Kai Kok lwn Peguam Negara Singapura, seorang pegawai polis telah dianggap menjatuhkan reputasi pasukan polis apabila bersetuju bersetubuh dengan seorang pelacur dan eminta rasuah bagi membebaskan seorang tahanan. Dalam kes augustine lwn Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu, seorang pegawai polis yang didapati memiliki candu (bagi tujuan diedarkan) dianggap berkelakuan menjatuhkan nama baik pasukan polis.
Sebagai panduan, jika sesuatu perbuatan penjawat awam itu melibatkan unsur jenayah atau tidak bermoral daripada pandangan negara dan masyarakat (yang sepatutnya dielakkan oleh penjawat awam itu), maka perbuatan itu dianggap boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan nya dan boleh menghilangkan kepercayaan kepada perkhidmatan awam.

Saturday, January 10, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (4)

Prinsip di atas sama seperti prinsip umum dalam undang-Undang Syarikat iaitu seseorang pengarah tidak boleh mengaut keuntungan secara sulit daripada kedudukan jawatannya. Kes yang mudah kita rujuk ialah kes Regal (Hastings) Ltd. lwn Gulliver, yang mana mahkamah telah memutuskan bahawa apa-apa keuntungan penjualan harta yang diperolehi oleh pengarah daripada perniagaan yang dijalankan oleh syarikat dan pengarah itu dengan syarikat lain hendaklah diserahkan kepada syarikat itu.
Berikut beberapa contoh yang dapat membantu untuk memahamkan apa yang dimaksudkan dengan pertelingkahan kepentingan seperti yang dibincangkan.
a) Penjawat Awam A telah menguruskan perniagaannya di Kuala Indah. Semasa A menjalankan kerja jabatannya di Kuala Indah yang juga membabitkan urusan hal ehwal perniagaan
b) Penjawat Awam B mengutamakan perlulusan lesen dan tender (iaitu salah satu kuasa yang ada padanya) kepada sahabatnya, ahlim keluarganya dan syarikatnya sahaja daripada permohonan yang ada
c) Penjawat Awam C telah tidak mengambil tindakan terhadap tuan-tuan punya kenderaan yang melakukan kesalahan kerana C rapat dengan mereka dan kadang kala menerima "habuan" daripada mereka
d) Menguruskan hal ehwal keluarga dan diri sendiri semasa menjalankan tugas pejabat dan sentiasa mengutamakan hal ehwal keluarga dan diri sendiri daripada hal ehwal dan tugas pejabat

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (3)

YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PENJAWAT AWAM
Seseorang penjawat awam tidak boleh:-
a. Membelakangkan tugas awam kerana kepentingan persendirian
b. Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan bercanggahnya kepentingan persendirian dengan tugas awamnya
c. Berkelakuan dengan cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:-
i. Penjawat awam itu telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awam (jabatan/kerajaan), yang boleh pula menjejaskan khidmatnya sebagai penjawat awam
ii. Penjawat awam itu telah menggunakan kedudukan rasmi jawatannya untuk faedah persendirian.
Dalam Laporan Suruhanjaya untuk Menyiasat Perkara-Perkara yang Melibatkan Kewibawaan Perkhidmatan Awam 1955, disebutkan bahawa prinsip asas pekerjaan dalam perkhidmatan awam ialah setiap penjawat awam hendaklah menyerahkan seluruh hidup kerjanya kepada perkhidmatan awam.
Oleh itu, dalam apa cara sekalipun dan dalam apa situasi sekalipun, seseorang penjawat awam tidak boleh mengambil kesempatan daripada kerjanya dan tugasnya untuk kepentingan dirinya (sama ada kepentingan kewangan atau bukan kewangan). Jika wujud pertelingkahan kepentingan antara kepentingan sendiri dengan kepentingan jabatannya atau kepentingan awam, maka kepentingan jabatan dan kepentingan awam hendaklah diutamakan sepenuhnya. Membiarkan atau menyebabkan atau menjadikan sesuatu kepentingan awam menjadi kepentingan penjawat awam atau mengambil apa-apa peluang daripadanya, merupakan suatu kesalahan di bawah peruntukan Peraturan 4(2), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (2)

Peraturan 4, Peraturan=Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menyenarai kan beberapa tatakelakuan atau perbuatan atau kegagalan penjawat awam melakukan sesuatu, yang boleh dianggap melakukan kesalahan tatatertib yang membolehkan tindakan dan hukuman tatatertib dikenakan terhadapnya. Peraturan 4 menyenaraikan seperti yang berikut:-
1. Tidak Taat Setia Kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan:-
Perkataan "saya yang menurut perintah" seringkali terdapat di akhir surat agensi kerajaan. Ia merupakan satu manifestasi ringkas ketaatan penjawat awam kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Walau bagaimanapun penjawat awam yang melanggar arahan Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan tidak semestinya secara terus membawa maksud tidak taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Umpamanya sekiranya penjawat awam itu mencuri. Kesalahan ini merupakan kesalahan dalam undang-undang negara dan tidak boleh dianggap tidak taat kepada negara.
Di bawah ini adalah merupakan perbuatan yang dianggap bermotifkan menderhaka dan belot kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan:-
a. Berperang atau cuba berperang atau bersubahat untuk melawan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri (seksyen 121 Kanun Keseksaan)
b. Merancang, mengada-adakan atau berusaha memecat atau melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong daripada pertuanan Persekutuan (seksyen 121B Kanun Keseksaan)
c. Mengumpul orang, senjata atau pelurusebagai persiapan berperang melawan Yang di-Pertuan Agong (seksyen 122 Kanun Keseksaan)
d. Menyiarkan, menyampaikan atau merakam kod, isyarat timbal atau apa-apa surat rasmi bagi tujuan negara asing yang boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia (seksyen 3(c)) Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986
e. Mengikut seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968, seseorang hendaklah berdiri hormat apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan (kecuali dinyanyikan atau dimainkan dalam penyiaran filem berita)

Thursday, January 8, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (1)

PENGENALAN
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 memperuntukan tentang jenis kesalahan dan tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadappenjawat awam yang telah melakukan kesalahan-kesalahan yang berkaitan.
Kuatkuasa undang-undang yang ada dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang dahulunya dikenali sebagai Perintah Am Bab D wujud dengan mengguna kan kuatkuasa Perkara 132(2) Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan juga turut mengesahkan bahawa Perintah Am Bab D mempunyai kuatkuasa undang-undang dan dikira sebagai mandotori.
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 menumpukan kepada lima bahagian yang berikut:-
1. Jenis kesalahan yang boleh diambil tindakan tatatertib
2. Jenis tindakan tatatertib yang boleh dikenakan terhadap penjawat awam yang telah melaku kan kesalahan-kesalahan yang berkaitan
3. Asas tindakan tatatertib
4. Tindakan surcaj
5. Acara tindakan tatatertib

MASIH ADAKAH YANG SAYANG

Mengikut Undang-Undang Pendidikan, kecuaian guru dan sekolah boleh mengundang mereka untuk diheret ke mahkamah. Kecuaian guru biasanya dikaitkan dengan kemalangan dan kecederaan yang menimpa pelajar. Apabila mahkamah memutuskan bahawa wujud liabiliti guru dalam sesuatu kejadian, guru terpaksa membayar denda dalam bentuk ganti rugi, khususnya kepada ibu bapa murid tersebut.
Oleh itu, kaum pendidik seharusnya celik undang-undang pendidikan. Undang-Undang Pendidikan ini sepatutnya dipelajari atau didedahkan kepada bakal guru semasa mereka masih menuntut di institut perguruan atau pun di institut pengajian tinggi lagi sebelum mereka mula berkhidmat di sekolah-sekolah. Undang-Undang Pendidikan ialah suatu sistem peraturan yang mengawal tingkah laku mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan.
Semua guru dianggap mempunyai kewajipan berjaga-jaga. Guru mengambil alih peranan dan tanggungjawab ibu bapa semasa di sekolah. Istilah “in loco parentis” digunakan untuk menghurai kan peranan dan tanggungjawab tersebut. Istilah Latin lama "in loco parentis" bermakna ibu bapa menyerah sebahagian daripada autoriti mereka kepada pihak sekolah iaitu guru dan Guru Besar dalam proses menghantar anak mereka ke sekolah.
Tiga kategori kecuaian guru ialah:-
1. Guru mendedahkan pelajar terhadap situasi yang berbahaya
2. Guru tidak melakukan tindakan untuk mencegah atau mengelakkan kecederaan
3. Guru cuai atau gagal memberi arahan dengan jelas.
Jenis dan kualiti arahan guru penting dalam mencegah sesuatu kemalangan daripada berlaku. Keraguan sering timbul apabila arahan yang kabur diberikan kepada pelajar. Tahap kewajipan berjaga-jaga adalah tinggi apabila pelajar keluar dari persekitaran sekolah untuk menjalankan sebarang aktiviti.
Penyeliaan pelajar secara 100% pada setiap saat adalah mustahil. Untuk meninggalkan kelas, arahan yang jelas dan tugasan yang sesuai perlu diberikan kepada pelajar. Secara am, penyeliaan kemudahan sekolah seperti padang permainan terletak di bawah tanggungjawab pentadbir sekolah.
Prinsip kewajipan berjaga-jaga juga perlu diamalkan dalam aktiviti sukan. Segala perlanggaran kewajipan tersebut akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar dan akibatnya, guru mungkin akan didakwa kerana bertindak cuai.
Kewajipan berjaga-jaga dari segi perundangan bermula dan tamat di pintu sekolah ketika waktu persekolahan. Konsep "liabiliti vikarius" merujuk kepada keadaan di mana pihak majikan dianggap turut bertanggungjawab terhadap kesalahan pekerjanya dalam suatu tuntutan kes kecuaian.
Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh warga pendidik terutama guru? Guru perlu atau mesti melengkapkan diri dengan pengetahuan yang munasabah tentang hak dan tanggungjawab mereka. Pengetahuan yang munasabah ialah adalah memadai faham dan tahu langkah-langkah kewajipan berjaga-jaga. Hak dan tanggungjawab pula ialah tahu tentang perkara atau perbuatan yang boleh dilakukan dan perkara atau perbuatan yang patut dielakkan.