Tidak Hadir Bertugas
Perintah Am 21, Bab D, ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa sebab yang munasabah atau kebenaran boleh menyebabkan penjawat awam berkenaan dikenakan tindakan tatatertib.
"Ketidakhadiran" ditakrifkan dalam Perintah Am 21(2), Bab D sebagai ketidakhadiran bertugas termasuk tidak hadir selama berapa lama juga pun pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir begi melaksanakan tugasnya.
"Tanpa Cuti" dalam Perintah Am 1(i), Bab D, mentakrifkan cuti sebagai "Sebarang tempoh sese orang itu pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya dan peninggalan tugas itutidak dikira sebagai putus perkhidmatan atau sebagai berhenti kerja".
"Tanpa Kebenaran" pula membawa maksud pegawai atasan yang bertanggungjawab dan yang berkuasa membenarkan penjawat awam tidak hadir bertugas atau ketua jabatannya telah tidak membenarkan atau tidak akan membenarkan atau memang melarang atau tidak bersetuju penjawat awam berkenaan tidak hadir bertugas bagi tempoh tersebut.
Perintah Am 21(I), kebenaran diberi hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum penjawat awam yang berkenaan boleh tidak hadir bertugas. Jika kebenaran tidak diperolehi terlebih dahulu dan penjawat awam berkenaan amat perlu tidak hadir bertugas atas sebab=sebab tertentu maka ini termasuk dalam tidak hadir bertugas "dengan sebab yang munasabah".
No comments:
Post a Comment