Apabila kita menemui kegagalan maka kita manganggap telah menemui kekalahan. Namun, kegagalan itu bukanlah merupakan kegagalan selagi kita tidak menganggapnya demikian. Oleh itu, ia bukan suatu kegagalan yang sebenar tetapi ia adalah suatu kekalahan sementara. Kekalahan sementara boleh diperbaiki agar ianya akan menemui kejayaan dan ia akan tercapai apabila kita berjaya bangun dari kegagalan.
Tidak ada yang salah pada kekalahan sementara kerana ianya bukanlah suatu kegagalan besar.
Kita gagal untuk bangun dari kegagalan sesungguhnya merupakan suatu kegagalan bagi kita. Apakah kita akan menjadikan penghalang sebagai kekalahan sementara atau sebagai kegagalan, semuanya bergantung pada sikap mental kita dalam menghadapinya. Pilihan kita sendirilah yang menentukan apakah kita akan melakukan nya sebagai kekalahan sementara atau sebagai kegagalan.
Tidak ada seorang Guru Besar atau Pengetua pun yang tidak membuat rancangan alternatif yang boleh digunakan kalau rancangan utamanya tidak menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan. Oleh itu, kalau rancangan utama gagal, maka rancangan alternatif boleh digunakan. Begitulah caranya untuk kita menemui kejayaan.
Apabila kita telah gagal untuk menjayakan suatu rancangan, kita tidak seharusnya menyerah kalah dan jangan sekali-kali menganggap kita telah menemui kegagalan. Sebaliknya, kita jadikan rancangan yang tidak membawa hasil itu sebagai kekalahan sementara. Kita segera;ah membuat rancangan baru agar ia tetap terarah kepada sasaran.
Perbezaan antara kekalahan sementara dengan kegagalan bergantung pada sikap persepsi kita terhadapnya. Kekalahan sementara yang kita alami tidak perlu sama sekali menjadikan ianya suatu kegagalan kecuali kalau kita menganggapnya begitu.
No comments:
Post a Comment