Saturday, January 3, 2009

ZIONIS KEJAM UMAT ISLAM TENGGELAM

Dalam isu membantah kekejaman Rejim Zionis Israel ini nampak teman umat Islam di Malaysia macam tak sekata. Umat Islam awai-awai lagi teman tengok dah cacamarba, pecahbelah tak bersatu. Teman lihat tiap parti politik dan anggota bukan kerajaan (NGO) masing-masing nak tunjuk belang kekuatan masing-masing dalam isu ini.
Tindakan kejam yang dilakukan oleh Regim Zionis Israel yang membedil serta membunuh rakyat Palestin di Gaza terus memanjang. Tindakan dari pemimpin-peminpin negara Islam leboh tah ke mana. Serangan yang dibuat secara membabi buta telah bermula semenjak Sabtu 27 Disember lalu telah mengorbankan banyak nyawa, kecederaan dan kerosakan harta benda. Ini jelas menunjukkan kepada semua bahawa regim Zionis Israel adalah pengganas yang sebenar.
Tindakan Pemuda PAS bersama beberapa anggota badan bukan kerajaan (NGO) Islam telah ada menunjukkan kesungguhan sebagai membantah kekejaman Rejim Zionis Israel ini. Deme telah menyertai perarakan dan berhimpun di hadapan kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mengutuk serangan Regim Zionis Israel terhadap penduduk di Genting Gaza yang mengakibatkan lebih 300 nyawa terkorban.
Teman ada baca berita yang menyatakan bahawa lebih kurang 200 aktivis turut mengecam tindakan ganas Rejim Zionis Israel ini. Deme ini yang terdiri daripada ahli parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga mengadakan perhimpunan secara aman. Tapi teman heran ngape deme berhimpun di hadapan Kedutaan Palestin? Ngape deme buat bantahan kekejaman Rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin itu di kedutaan Palestin ke Malaysia? Ngape deme tak buat bantahan di keduataan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia?
Perhimpunan ini diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) atau bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin (KJ) turut menyerahkan memorandum sokongan kepada Duta Palestin ke Malaysia, Abdel Aziz Abu Ghoush. Isk..isk..isk.. ape yang boleh duta tuh buat KJ oiiii. Camner le mike nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia, kalo teman tengok tindakan mike tuh nak cari publisiti ajer. Fikir-fikirlah sendiri wahai ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia dgan tindakan bakal ketua mekeme nih. Gunakan fikiran mekeme yang waras dalam pemilihan nanti.

No comments: