Saturday, January 10, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (4)

Prinsip di atas sama seperti prinsip umum dalam undang-Undang Syarikat iaitu seseorang pengarah tidak boleh mengaut keuntungan secara sulit daripada kedudukan jawatannya. Kes yang mudah kita rujuk ialah kes Regal (Hastings) Ltd. lwn Gulliver, yang mana mahkamah telah memutuskan bahawa apa-apa keuntungan penjualan harta yang diperolehi oleh pengarah daripada perniagaan yang dijalankan oleh syarikat dan pengarah itu dengan syarikat lain hendaklah diserahkan kepada syarikat itu.
Berikut beberapa contoh yang dapat membantu untuk memahamkan apa yang dimaksudkan dengan pertelingkahan kepentingan seperti yang dibincangkan.
a) Penjawat Awam A telah menguruskan perniagaannya di Kuala Indah. Semasa A menjalankan kerja jabatannya di Kuala Indah yang juga membabitkan urusan hal ehwal perniagaan
b) Penjawat Awam B mengutamakan perlulusan lesen dan tender (iaitu salah satu kuasa yang ada padanya) kepada sahabatnya, ahlim keluarganya dan syarikatnya sahaja daripada permohonan yang ada
c) Penjawat Awam C telah tidak mengambil tindakan terhadap tuan-tuan punya kenderaan yang melakukan kesalahan kerana C rapat dengan mereka dan kadang kala menerima "habuan" daripada mereka
d) Menguruskan hal ehwal keluarga dan diri sendiri semasa menjalankan tugas pejabat dan sentiasa mengutamakan hal ehwal keluarga dan diri sendiri daripada hal ehwal dan tugas pejabat

No comments: