Sunday, January 11, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (6)

KURANG KECEKAPAN DAN USAHA
Mengikut Peraturan 2(e), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, penjawat awam tidak boleh murang kecekapan dan kurang berusaha. Buku Panduan Bagi Kawalan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam, mentakrif ketidakcekapan dan tidak berusaha (tidak rajin) sebagai berikut:-
Ketidakcekapan bermakna ketidakupayaan seseorang pegawai itu menjalankan tugasnya, sungguhpun dia boleh menjadi rajin dan jujur dalam kerja dan kelakuannya. Oleh itu ketidak cekapan adalah disebabkan oleh kelemahan peribadi yang mengurangkan perjalanan kerja dari segi mutu dan kuanttiti.
Contoh kelemahan peribadi ini termasuklah lalai, melengah-lengahkan, lemah berfikir dan cenderung mengikut nafsu yang berlebihan. seorang pegawai dianggap kurang rajin (atau kurang daya usaha) apabila dia tidak membuat apa yang dikehendaki dibuatnya dan tidak tahu bagaimana membuatnya. Hasil kedua-dua jenis kesalahan ini, iaitu ketidakcekapan dan tidak rajin adalah sama: kerja yang dibuat kurang bermutu daqn kurang dari segi kuantiti.

No comments: