Saturday, January 10, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (2)

Peraturan 4, Peraturan=Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, menyenarai kan beberapa tatakelakuan atau perbuatan atau kegagalan penjawat awam melakukan sesuatu, yang boleh dianggap melakukan kesalahan tatatertib yang membolehkan tindakan dan hukuman tatatertib dikenakan terhadapnya. Peraturan 4 menyenaraikan seperti yang berikut:-
1. Tidak Taat Setia Kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan:-
Perkataan "saya yang menurut perintah" seringkali terdapat di akhir surat agensi kerajaan. Ia merupakan satu manifestasi ringkas ketaatan penjawat awam kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Walau bagaimanapun penjawat awam yang melanggar arahan Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan tidak semestinya secara terus membawa maksud tidak taat kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan. Umpamanya sekiranya penjawat awam itu mencuri. Kesalahan ini merupakan kesalahan dalam undang-undang negara dan tidak boleh dianggap tidak taat kepada negara.
Di bawah ini adalah merupakan perbuatan yang dianggap bermotifkan menderhaka dan belot kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan:-
a. Berperang atau cuba berperang atau bersubahat untuk melawan Yang di-Pertuan Agong, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri (seksyen 121 Kanun Keseksaan)
b. Merancang, mengada-adakan atau berusaha memecat atau melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong daripada pertuanan Persekutuan (seksyen 121B Kanun Keseksaan)
c. Mengumpul orang, senjata atau pelurusebagai persiapan berperang melawan Yang di-Pertuan Agong (seksyen 122 Kanun Keseksaan)
d. Menyiarkan, menyampaikan atau merakam kod, isyarat timbal atau apa-apa surat rasmi bagi tujuan negara asing yang boleh memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia (seksyen 3(c)) Akta Rahsia Rasmi (Pindaan) 1986
e. Mengikut seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968, seseorang hendaklah berdiri hormat apabila lagu kebangsaan dimainkan atau dinyanyikan (kecuali dinyanyikan atau dimainkan dalam penyiaran filem berita)

No comments: