Sunday, January 11, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (5)

MENJATUHKAN NAMA BAIK PERKHIDMATAN AWAM
Mengikut Peraturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, seseorang penjawat awam tidak boleh berkelakuan yang boleh menjejaskan nama baik (reputasi) atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.
Peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi" ada hubungannya dalam hal ini. Contohnya, penjawat awam yang menjawat jawatan pegawai keselamatan telah ponteng tugas atau pegawai polis yang berjudi atau pegawai JPJ yang menjalankan perniagaan"teksi sapu" atau guru lelaki yang suka berkelakuan tidak sopan dengan murid perempuannya atau pegawai kastam yang menjalankan operasi penyeludupan haram dan pelbagai atau lagi merupakan perbuatan yang boleh mencemarkan nama baik atau merosakkan reputasi perkhidmatan awamnya.
Dalam kes Heng Kai Kok lwn Peguam Negara Singapura, seorang pegawai polis telah dianggap menjatuhkan reputasi pasukan polis apabila bersetuju bersetubuh dengan seorang pelacur dan eminta rasuah bagi membebaskan seorang tahanan. Dalam kes augustine lwn Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu, seorang pegawai polis yang didapati memiliki candu (bagi tujuan diedarkan) dianggap berkelakuan menjatuhkan nama baik pasukan polis.
Sebagai panduan, jika sesuatu perbuatan penjawat awam itu melibatkan unsur jenayah atau tidak bermoral daripada pandangan negara dan masyarakat (yang sepatutnya dielakkan oleh penjawat awam itu), maka perbuatan itu dianggap boleh menjatuhkan reputasi perkhidmatan nya dan boleh menghilangkan kepercayaan kepada perkhidmatan awam.

No comments: