Wednesday, January 7, 2009

MINGGU SUAIKENAL MURID TAHUN SATU


Setiap tahun semua sekolah di Malaysia akan menerima murid baru iaitu murid Tahun 1. Mereka ini, datang dari pelbagai kaum, agama, sosio-ekonomi, pencapaian minda, kedudukan dan bermacam lagi.
Mereka juga ada yang pernah belajar di Tadika, Prasekolah, Tabika. Pasti dan ada yang tidak pernah kenali erti Tadika, Prasekolah, Tabika, Pasti dan sebagainya. Oleh itu mereka ini datang-nya dari pelbagai tahap yang berlainan.
Program Suaikenal ini adalah salah satu program yang terdapat dalam Minggu Transisi yang di jalankan oleh sekolah. Program ini lama dijalan-kan dan banyak memberi kesan yang positif kepada sekolah.
OBJEKTIF:-
1. Memberikan pendedahan kepada murid Tahun 1 supaya lebih bersedia untuk memasuki alam persekolahan yang sebenarnya
2. Supaya murid tidak berasa takut dan rendah diri di awal persekolahan
3. Murid-murid dapat berkenalan dengan guru-guru serta kawan-kawan sedarjah
4. Murid-murid dapat mengetahui tempat-tempat penting yang terdapat di kawasan sekolah 5. Murid-murid dapat mengetahui dan memahami disiplin dan peraturan sekolah

1 comment:

Yati Yusof said...

minta izin, saya nak guna gambar ni untuk tulisan di dlm blog saya : Yati Yusof Wordpress. Harap tak mendtgkan masalah. Jemput singgah ke blog saya.