Thursday, January 15, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (14)

KESUSAHAN BERAT KERANA HUTANG
Perintah Am 11(1), Bab D mentakrifkan kesusahan berat kerana hutang sebagai keadaan berhutang seseorang penjawat awam berdasarkan banyaknya hutang yang ditanggungnya, telah sebenarnya menyebabkan dia mengalami kesulitan kewangan yang berat.
Secara mudah, penjawat awam dikatakan berada dalamkesusahan berat kerana hutang jika hutang yang ditanggungnya itu banyak dan boleh mendatangkan kesulitan kewangan pada dirinya.
Perintah Am 11(1), Bab D, seterusnya telah menyenaraikan tiga keadaan yang jika ujud, hendak lah disifatkan sebagai berada dalam kesusahan berat kerana hutang iaitu:-
a) Jika angregat hutang dan tanggungan tidak bercagar bagi penjawat awam yang berkenaan melebihi tiga kali ganda emolumennya sebulan.
b) Jika penjawat awam itu telah diisytiharkan oleh mahkamah sebagai si berhutang hukuman (tanpa mengira berapa jumlah hutang) dan hutang itu masih belum dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh perintah mahkamah. Berhutang hukuman ialah seseorang yang telah dikenakan hukuman mahkamah yang mengarahkannya membayar jumlah wang yang belum dilunaskan (dibayar) dan hutang orang yang berkenaan boleh disempurnakan melalui keputusan mengambil hartanya.
c) Jika penjawat awam itu adalah sama ada seorang yang bankrap atau pemakan gaji yang tidak berkemampuan selagi dia tidak membebaskan diri (iaitu selagi tanggungannya masih di bawah kuasa pegawai pemegang harta).

No comments: