desiran bayu membelai dedaun
kicauan burung bersama melodinya
menyusup sayup jauh di sana
di lembah genting kepayahan
di puncak gunung kesusahan
akan terdampar kehijauan rumput
disirami embun dinihari
namun punah bersama matahari pagi
katakanlah matahari akan terbit di barat
pastinya dunia akan bergoncang hebat
katakanlah bulan dan bintang merehatkan diri
di malam hari
pastinya dunia akan terus kelam
katakanlah air akan mengalir ke hulu pastinya dunia akan terus tenggelam
manusia bukan manusia lagi
tiada erti cinta
tiada erti cita
dan
tiada erti airmata
malam yang kelam pastinya tiada bayang
berjalan bagaikan tiada hujungnya
jatuh dan bangun
jatuh dan bangun lagi
kerana perjalananan pasti diteruskan
No comments:
Post a Comment