Saturday, February 28, 2009

TIMUR DAN BARAT

dengan kejernihan di fajar sidiq itu
dirimu akan bertakhta di sana
membawa bersama kesayuan hatiku
dengan keredupan di lembayung merah ini
diriku menapak di situ
membawa bersama kesyahduan hatimu
fajar sidiq itu akan bisa bersatu
bersama kelahiran di lembayung merah
dengan sejuta ukiran di langit yang membiru
tapi
tika bila ianya akan bisa bersatu?
(hanya engkau dan aku yang bisa mencari jawapannya)
aninoor.a.m
teluk intan

ADEKE DIPANGGE CINE BENGGALI?

Lokasi criter ni ialah di pasar kecik di sebuah kampung. Pasar ni bukannye beso beno cume se buah bangsal pisang sesikat. Atapnya zing, tiang kayu empat batang. Ade meja simen tempat letak barang yang nak di jual macam sayur-sayuran, ikan-ikan, ketam, udang, ayam yang dah di proses dan macam-macam ada.
Teman paling heran semenjak dua menjak teman kecik-kecik lagi yang jual sayur ngan ikan ni seoghang cina. Eh! Ape pulak yang nak diheran yer? Cina jual sayur masuk kampung biase le. Tang tu teman tak sikit pun heran, cina ker, india ker, 786 ker, bangla ker, indon ker, vietnam ker, kemboja ker, rama bebeno jenis rakyat Melesia ni yer? Aper-aper ker tuh seme teman tak heran. Yang teman heran bebeno, cina apek nih yang dah jual sayur puluhan tahun kat kampung tuh (boleh bagi jubli emas kot). Apa die? Sory ler teman dah banyak beno merewang nih.
Cina apek nih dah tentu bangsa cine, oghang cine, tapi yang mengkome seme pangge dia tuh "benggali" wat aper? Yang teman tau bile pangge benggali tuh deme pakai serban. Teman masih ingat mase teman skolah dulu. Rama kekawan teman berbangsa sikh yang deme benggali tuh. Tambah pulak teman main hoki wakil sekolah maka rama ler benggali kekawan teman yang main hoki. Lepas latihan ker, ape ker, keme nyanyi rama-rama. Lirik lagu tuh pun kekawan benggalai yang buat, heheheheh. Liriknye macam nih, "kicik-kicik bola hoki, bila busa bola ragbi". Maaf ye kekawan seme teman teringat nostagia lame. Mane pegi benggali nih seme ye, rindu jugak kat kekawan.
Balik pade criter cine benggali nih. Macam maner boleh lekat namenye benggali, alahai. Cine banggali nih hebat wo. Dulu, mase die mude-mude die kayuh basikal bawak sayur dgan ikan dalam rage beso. Raga beso tuh dibuboh atas lanting basikal dia. Lantingnyer tu pulak beso wo. Kalo buang rage, boleh duduk pat lime oghang bebudak. Itu mase die mude dan teman dengo criter cine benggali nih peronah kene rompak kat estet kemuning tuh mase die nak balik. Maklumle hasil dah masuk. Kat situ pulak tuh sunyi bebeno. Sepital sungai siput yang cantik tuh pun tak mandang lagi wo.
Le nih cine benggali tuh dah tak larat nak kayuh basikal, jadi die naik kete. Kete nih derebarnye oghang Melayu, kawan baik dia sejak teman kecik lagi. Itu yang teman ingat. Mungkin sejak teman belum diberanakkan oleh emak teman. Hebat wo persahabatan deme berdua nih. Macam isi dgan kuku wo. Kalo nak ikut setiakawan yang intim, tiru le macam cine banggali nih dgan derebar kete tuh. Muhibbah antara deme berdua dah lame terjalin. Iniler yang sebenonye patut mengkome nengok dan dijadikan contoh. Deme berdua tuh pade pandangan teman boleh dianugerahkan pingat setiakawan atau pingat muhibbah. Itu pun kalo ade. kalo tak ade boleh wat due kasi deme tuh.
Teman peronah juge sembang-sembang dgan cine benggali tu. Pade mulenyer dia tak ingat dgan teman sebab mase tuh teman kecik bebeno. Mase tuh, teman kalo tak bolen mesti paka seluar capeng ajer, heheheheehe. Nasib baik mase tuh tak ade kemera tangkap gambo teman. Kalo idak tentu deme gunakan untuk suruh teman letak jawatan, hehehehe.
Bile teman bersoreh dgan cine benggali tuh, baru le die ingat kat teman nih. Mule le dia sembang pot pet pot pet macam beroteh, tahu aje he teman nih. Last seklai cine benggali tuh kate, "wo, sekarang dah beso mike nih yer. (Yer ler, tak kan tak beso-beso pulak) Mike dah koje beso, paka kete beso, ghumah pun dah beso. Semenye cine benggali ni kate teman nih beso. Phuhhhh, nasib baik die tak kata "ade bik mama beso".
Skarang nih mane nak kerobek semangat perpaduan macam cine banggali dgan oghang Melayu tuh. Kesetiaan deme tuh memang patut diberi pujian. Tak peronah pun teman nengok deme berdua tuh berkelahi. Tak tau le pulak mase teman belajo kat luor dulu. Kalo teman kluor pun tentu teman dengo criter deme tuh. Bile teman balik cuti, teman nengok kamcing ajer, macam belangkas wo.......

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (5)

PIAGAM PELANGGAN
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 1993 yang bertujuan untuk memberi panduan Penyediaan Piagam Pelanggan untuk memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan menepati kemahuan pelanggan. disamping itu, ia juga dapat melahirkan anggota perkhidmatan awam yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.
Piagam Pelanggan membawa maksud satu penyataan yang mempunyai komitmen bertulis bagi sesebuah organisasi terhadap perkhidmatannya kepada pelanggan. Piagam Pelanggan ini akan dapat memberi manfaat kepada orang ramai dan orang ramai akan dapat:-
a. mengetahui secara spesifik mutu perkhidmatan yang boleh diharapkan daripada organisasi
b. menilai tahap perkhidmatan organisasi
c. mengurangkan keraguan terhadap perkhidmatan organisasi
d. membuat perbandingan antara organisasi yang memberi perkhidmatan yang serupa
e. mengetahui standard kualiti perkhidmatan sesebuah organisasi
f. mendapat pulangan kualiti perkhidmatan
Piagam Pelanggan juga ada manfaatnya kepada organisasi tersebut. Manfaat yang terdapat ialah:-
a. memudahkan penilaian prestasi dibuat
b. dapat mempertingkatkan lagi disiplin, tanggungjawab dan akauntabiliti dalam Perkhidmatan Awam
c. Perkhidmatan Awam akan menjadi lebih telus
Piagam Pelanggan dibuat melalui beberapa peringkat dimana setiap perbincangan sewajarnya menjurus kepada kepentingan dua pihak iaitu pihak organisasi dan pelanggan. Proses pelaksanaannya ialah:-
a. pengubalan
b. promosi
c. pemulihan perkhidmatan
d. pengesanan
e. penilaian
f. penambahbaikan

ORANG YANG MUDAH PERCAYA ADALAH ORANG YANG BODOH

Kearifan adalah kesempurnaan penelitian dan merupakan pembimbing bagi kita dalam setiap tugas hidup. Kearifan diibaratkan sebagai persediaan waspada seperti "pandang kiri, pandang kanan dan pandang kiri sekali lagi" ketika hendak melintas jalan raya atau lalulintas. Secara ringkas, kearifan adalah sikap berhati-hati yang bijak.
Secara umum kita sering menilai orang lain berdasarkan prinsip, karakter dan pertimbangan kita sendiri. Serigala berbulu biri-biri boleh dengan bebas berjalan-jalan di ladang untuk mencuri atau menangkap biri-biri. Orang seperti ini adalah penipu yang berkeliaran dan kita akan dengan mudah menjadi korbannya kalau kita mengabaikan bimbingan dan kearifan kita.
Sungguh tidak mudah bagi kita untuk membicarakan tentang kekalahan dalam kehidupan, namun kita yakin bahawa sungguh penting untuk menceritakan pengalaman pahit kita sebagai teladan tentang pentingnya menerapkan kearifan dalam segala tingkat kehidupan. Seluruh urusan perniagaan harus dilakukan dengan cara perniagaan, Jika masalah bersangkutan dengan kewangan maka seharusnya diselasaikan atau dilakukan dengan prinsip kewangan yang baik. Kita senang kalau mendapat pelajaran dari kepahitan yang kita alami atau tempohi. Pengalaman orang yang berjaya atau terkemuka perlu dijadikan panduan dan teladan kita kerana mereka semua pasti ada kepahitan sebelum mendapat kemanisan.
Pengalaman boleh menjadi guru yang mahal dan tidak ternilai harganya. Kearifan adalah dasar jaminan untuk menanggung segala kegagalan. Mengetahu fakta-fakta sebelum melakukan tindakan adalah hukum yang baik. Inilah sikap berhati-hati yang bijak dan inilah dinamakan kearifan.

Friday, February 27, 2009

KHUTBAH JUMAAT HARI INI

Ari nih teman pegi semayang jemaat juge dekat ofis tempat teman keroje. Kali ini teman pegi pule ke sebuah surau yang dijadikan semejid untuk semayang jemaat. Gitu le teman nih gilo-gilo gi semayang tak kire ler semayang jemaat ke semayang zohor ke, semayang asar ke. Semayang maghrib dgan isyak teman ke semejid di kariah teman tingge.
Oghang kampung nih semayang jemaat kat surau sebab semejid yang deme selalu semayang jemaat tuh dah kene roboh. Bukan kene roboh sebab nak bangunkan bangunan lain tapi kene roboh sebab nak dirikan semejid yang lebih beso, lebih selese, lebih indah, lebih cantik, lebih kemudahan (mungkin ade aircorn) dan yang dah tentu lebih mahal dan lebih segalanye dari semejid yang lame tuh.
Walaupun semayang kat surau (ada kalanye oghang kampung pangge melesah), tapi selesa bebeno, nyaman dan tenang. Maklumle keliling penuh pokok kayu yang tinggi. Redup le surau tuh, jadi sejuk semedang kat dalam surau tuh. Tak payah pakai aircorn pun tak pe.
Ari nih tajuk khutbah yang dibaca oleh Tok Khatib (ingat bukan Ustaz Khatib) ialah "Mauludir Rasul Menjelang Tiba". Oooooooo baru teman ingat ari nih 27.3.2009, maulidurRasul akan disambut pade 9.3.2009 bersamaan 12 RabiulAwal 1430H.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala larangan dengan ikhlas dan cinta kepada Allah, mudah-mudahan kita mendapat kesejahteraan dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
Bulan RabiulAwal merupakan suatu bulan yang amat bersejarah bagi seluruh umat Islam. Kedatangan bulan yang mulia ini juga sentiasa dinanti dan diingati selalu oleh seluruh masyarakat Islam di Malaysia khasnya dan di seluruh dunia amnya. Ini kerana dalam bulan inilah junjungan kita rasul Allah diputerakan.
Hari peringatan ini disambut oleh umat Islam adalah untuk mensyukuri rahmat Allah yang telah menurunkan seorang pemimpin yang unggul lagi terpuji untuk mengubah suasana dan keadaan hidup manusia dari kegelapan akidah, syariah dan akhlak kearah lebih cemerlang, bahagia dan berjaya.
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Marilah sama-sama kita menghayati peristiwa besar dan bersejarah disamping memperingat kan diri kita semua bahawa pesuruh Allah yang kita sambut hari ulang tahun kelahiran adalah bertujuan untuk memperkuatkan lagi keyakinan kita terhadap kerasulan baginda. Ini kerana baginda rasul Allah adalah satu-satunya rasul Allah yang ulung dan mempunyai darjat kelebihan daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain. Ini adalah bersesuaian dengan firman Allah dalam surah Albaqarah ayat 253 yang bermaksud;
"rasul-rasul itu kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu). Diantara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikan (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan...."
Rasul Allah telah ditinggikan pangkatnya oleh Allah dan dikurniakan dengan berbagai mukjizat. Mukjizat paling utama yang telah dianugerahkan oleh Allah kepada baginda ialah kitab suci Al-Quran yang menjadi rahmat dan petunjuk bagi umat Islam seluruhnya jika diikuti segala ajaran pimpinannya.
Sidang Jumaat yang berbahagia sekelian,
Rasulullah merupakan seorang yang paling kita cintai. Kita mencintainya kerana baginda merupakan seorang rasul yang mempunyai sifat peribadi yang tidak ada tolok bandingnya. Rasa cinta kita kepadanya tidak cukup jika kita lahirkan dengan kata-kata dan majlis sambutan yang berbagai cara, tetapi mesti juga dilahirkan dengan mencontohi jejak langkah terutama sifat-sifat keperibadian baginda yang mulia lagi terpuji. Daripada sifat-sifat yang mulia inilah Rasulullah disanjung tinggi bukan sahaja oleh umatnya tetapi juga dipuji dan dimuliakan oleh penciptanya yang maha kuasa. Dengan sifat-sifat dan peribadi mulia inilah Rasulullah dapat memandu manusia dan mengubah suasana kehidupan manusia ke arah yang lebih cemerlang dan lebih bahagia bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat iaitu tempat yang paling kekal. Diantara sifat-sifat Rasulullah yang patut kita hayati dan mencontohinya ialah;
1. Bersifat Siddiq iaitu Rasulullah sentiasa bersifat benar dalam semua keadaan. Baginda tidak pernah berdusta dalam percakapan dan tidak pula menyeleweng dalam tingkah lakunya. Dalam kehidupan bermasyarakat, orang ramai akan tetap mempercayai golongan yang bersikap benar, mudah berurusan diantara satu sama lain dan dengan demikian akan wujud lah suasana aman dan tenteram.
2. Bersifat amanah iaitu Rasulullah adalah seorang yang bersifat amanah sejak kecil lagi hingga baginda telah diberikan gelaran "Al-Ain" dan diberi kepercayaan membawa dagangan Siti Khadijah seterusnya hinggalah Allah meletakkannya menjadi seorang rasul akhir zaman untuk seluruh makhluk hingga ke hari kiamat.
3. Bersifat Tabliq iaitu Rasulullah adalah seorang yang mempunyai sifat kesabaran dan kesungguhan yang tinggi dalam usaha menyampaikan dan menyebarkan agama Islam dengan menyatu padukan umat serta melakukan ibadat kepada Allah. Baginda tidak mudah putus asa terutama dalam usaha menegakkan agama Allah walaupun menghadapi tekanan paling hebat dari kaum-kaum Quraish dan penyokongnya.
4. Bersifat Fathonah iaitu Rasulullah adalah seorang yang mempunyai sifat kebijaksanaan terutama dalam penyebaran agama Islam. Rasulullah sentiasa berusaha dengan rajinnya dan tekun. Ini dapat dilihat dari apa yang telah dilakukan oleh baginda sejak dari kecil lagi dengan bekerja mengembala kambing. Ketika remaja pula berniaga dan akhirnya baginda berdakwah menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah disamping memperbaiki kepincangan masyarakat sehingga berjaya melahirkan satu masyarakat yang mampu menjadi contoh buat masyarakat dunia seluruhnya.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekelian,
Sempena memperingati ulang tahun keputeraan junjungan Rsulullah pada hari Isnin, 9 Mac ini marilah kita semua mencontohi sifat-sifat Rasulullah dengan sepenuhnya sebagai asas kejayaan hidup kita di dunia dan juga di akhirat. Tidak ada contoh yang lebih baik daripada apa yang kita ambil selain daripada Rasulullah. Sambutan mauludilRasul yang diadakan ini juga bertujuan memperingatkan diri kita tentang Rasulullah dan sejarah perjuangannya. Bukan untuk sementara sahaja tetapi hendaklah berterusan dan berkekalan dalam kehidupan dan melalui perjuangan Rasulullah dan para sahabat, tidak dapat dinafikan bahawa Islam berkembang dan maju. Oleh itu adalah tidak mustahil bagi umat Islam pada hari ini mengulangi dan mencapai kegemilangan tersebut kiranya kita hayati dengan sebenar-benar nya.
Segala sifat-sifat Rasulullah untuk dijadikan ikutan dan panduan kita hendaklah berusaha gigih dalam meningkatkan ilmu pengetahuan, sabar dan berusaha dalam melakukan yang sia-sia. Apa lagi perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam yang suci. Firman Allah yang bermaksud;
"demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyambut dan mengingati Allah banyak-banyak.

SEMALAM

semalam
suatu keindahan teroancar
di lembayung senja
bayu malam melambai kemesraan
segeraku hampiri (bagai dijanji)
namun bayu malam terus berlalu
tanpa meninggalkan senyuman di bibir malam
juga tanpa bisikan suara untuk berkata-kata
kerana bayangan itu berlalu bersama sang bayu
di sisi merangkul erat suatu kesepian
bersama cumbuan manja oleh kekecewaan
menunggu bayangan yang tak mungkin datang.
aninoor.a.m
teluk intan




PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (4)

PENGURUSAN MESYUARAT PAGI
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1993 yang mengandungi garis panduan pelaksanaan mesyuarat pagi organisasi di bawah Kementerian Persekutuan Malaysia.
Matlamat Mesyuarat Pagi
Mesyuarat Pagi diadakan adalah untuk memupuk semangat kepentingan nasional daripada kepentingan jabatan. Ia bertujuan untuk menyelesaikan secara terus masalah-masalah yang timbul tentang:-
a. pelaksanaan program
b. projek pembangunan
c. pengeluaran lesen dan permit
Sehubungan itu, mesyuarat pagi bolehlah diangap sebagai satu forum setempat dalam sesebuah organisasi yang dapat membuat keputusan. Mesyuarat pagi ini digalakkan diadakan pada setiap hari Isnin atau Khamis dalam jangka masa tidak melebihi satu jam.
Agenda Mesyuarat Pagi
a. ucapan pengerusi
b. pelaksanaan program
c. hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dasar atau program yang menyentuh kepada aktiviti organisasi
Pencatat atau setiausaha mesyuarat pagi perlu mencatat perjalanan mesyuarat secara ringkas kedudukan semasa pelaksanaan program atau projek pembangunan dan pengeluaran. Keputusan mesyuarat juga perlu dicatat untuk diedarkan kepada semua anggota dalam atau pegawai sesebuah organisasi. setiap keputusan yang dibuat mestilah dipatuhi oleh semua.

BAYANGAN WAJAHMU

detik-detik itu terus berlalu
mengikut putarannya
dan yang pasti jua melalui aliran
namun apa yang perlu
ia tetap dikecapi
berlalunya ia (detik-detik itu)
akan membawa bersama
dirmu ke tabir senja yang berkaca-kaca
dan akan merangkuli bersama
dirimu ke fajar sidiq yang memutih
berlalunya ia (detik-detik itu)
bersama mamahan usia
masa yang berlalu dan akan berlalu
tidak mungkin akan menunggu bila-bila
cuma ianya akan meminta bicara
setiap rangkaian dosa dan pahala
yang meregut angka 22 mu

aninoor.am
teluk intan.

Thursday, February 26, 2009

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (3)

PENGGUNAAN BORANG TINDAKAN KERJA
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 11/1991 adalah bertujuan memberi panduan penggunaan Borang Tindakan Kerja untuk meningkatkan keberkesanan aktiiti/kerja. Ia juga bertujuan untuk mewujudkan sistem pengesanan kerja supaya teratus atau sistematik. Masalah kelewatan dan mengetahui punca kes-kes kelewatan juga dapat diatasi.
Borang ini digunakan untuk menguruskan sesuatu aktiviti/kerja yang mana penggunaannya akan menyumbang atau memudahkan matlamat jabatan atau pejabat. Penggunaan Borang Tindakan Kerja ini memberi panduan kepada pegawai dalam menguruskan sesuatu aktiviti iaitu:-
a. tindakan yang perlu dilakukan
b. tempoh masa yang diambil
tindakan susulan untuk mengatsi masalah
Ciri-Ciri Borang Tindakan Kerja:-
ruang A - bilangan proses kerja untuk aktiviti
ruang B - Proses kerja/tindakan menguruskan aktiviti
ruang C - pegawai yang bertanggungjawab
ruang D - tarikh fail/arahan terima
ruang E - tarikh tugas disiapkan dan tandatangan
ruang F - catatan arahan kepada pegawai seterusnya
ruang G - tarikh tindakan selanjutnya perlu disiapkan
ruang H - catatan
Cara Penggunaan Borang Tindakan Kerja:-
- Borang ini perlu dikepilkan pada sebelah dalam kulit fail di atas kertas minit
- Bagi aktiviti lebih daripada satu kes, borang kerja berlaman perlu digunakan
- Jika ada masalah, rujuklah kepada pegawai atasan.

Wednesday, February 25, 2009

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (2)

PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 6/1991, bertujuan sebagai panduan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam. Tumpuan adalah untuk mewujudkan jabatan/pejabat yang produktif dengan penggunaan sumber yang optima disamping menjimatkan kos operasi.
Untuk meningkatkan produktiviti setiap jabatan/pejabat perlu tahu konsep produktiviti, cara-cara untuk meningkatkan produktiviti dan pengukuran produktiviti.
1. Konsep Produktiviti:-
Produktiviti adalah nilai atau kuantiti out yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Output ialah keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Konsep produktiviti selalu dikaitkan dengan kecekapan, keberkesanan dan kualiti.
2. Cara-Cara Peningkatan Produktiviti:-
Aktiviti penggunaan input untuk menghasilkan output dinamakan proses tranformasi dan keberkesanannya memberi kesan kepada produktiviti. Terdapat bebarapa faktor yang mempengaruhi produktiviti:-
a. tenaga manusia
b. sistem dan prosedur
c. struktur organisasi
d. gaya pengurusan
e. persekitaran kerja
f. teknologi
g. bahan-bahan
h. kelengkapan modal
3. Pengukuran Produktiviti:-
Pengukuran produktiviti ini penting untuk mengetahui sejauh mana sumber-sumber yang telah diperuntukan digunakan. Ia juga adalah untuk meningkatkan fleksibiliti operasi dari segi penggunaan tenaga manusia dan peralatan. Untuk mengenalpasti bidang-bidang meningkatkan produktiviti dan kos operasi dapat ditentukan. Terdapat dua peringkat pengukuran produktiviti iaitu peringkat organisasi dan peringkat individu.
a. Mengukur Produktiviti Organisasi:-
Terdapat empat langkah untuk mengukur produktiviti organisasi:-
i. kenalpasti output-output utama berdasarkan objektif-objektif yang telah ditentukan
ii. tentukan petunjuk-petunjuk produktiviti bagi setiap output utama
iii. kumpulkan data petunjuk-petunjuk produktiviti
iv. nilai tahap produktiviti semasa
b. Pengukuran Produktiviti Individu:-
Juga terdapat empat langkah untuk mengukur produktiviti individu:-
i. tentukan output yang dihasilkan
ii. tentukan standard prestasi/norma kerja setiap output utama
iii. kumpul data berdasarkan standard prsetasi/norma kerja
iv. menilai tahap produktiviti semasa
Peningkatan produktiviti perlu dijadikan satu usaha yang berterusan dan menajdi amalan atau budaya pengurusan seharian. Tahap produktiviti yang bersifat relatif harus diseimbangkan dengan kualiti hasil atau kualiti kerja.

PERJALANANMU

sayang
langkah menuju jalan itu
jalan yang penuh gelombang yang durja
jalan yang penuh gelora yang menggila
ianya akan beralun dan berayun
andainya tekad sucimu telah dibaji
harungilah liku-liku itu
agar gelombang akan menyisih
agar gelora akan menyepi diri
sayang
kiranya gelora telah engkau tepisi
kiranya gelombang telah engkau renangi
pasti
syurga yang indah lagi suci
dapat engkau temui
dan dapat engkau kecapi

HIDUP ADALAH BUNGA DAN CINTA ADALAH MADUNYA

Cinta dari pelbagai segi adalah unsur penentu dalam kehidupan. Ini adalah peralatan dunia yang hebat, pengikat dan menyatukan jiwa masyarakat dunia. Kata cinta adalah istilah umum dan luas yang digunakan untuk melukiskan berbagai tingkat perasaan dimulai dengan menyukai berbagai perkara sehingga kepada perasaan kepada yang satu.
Dalam tingkat duniawi, bentuk cinta yang tertinggi boleh ditemui dalam penyatuan lelaki dan perempuan dalam perkahwinan. Cinta adalah keanggunan unggul manusia, hak paling mulia dari jiwa, rantai emas yang mengikat kita dengan tugas dan kebenaran, prinsip yang paling menentu kan kedamaian hidup dan merupakan suatu kebaikan abadi.
Segala bentuk cinta seharusnya merupakan satu landasan kita mengenal tuhan. Penyatuan cinta dalam perkahwinan wujud melalui kemurnian moral dan keikhlasan yang berdasarkan pada penghargaan dan hormat antara satu sama lain. Hubungan ini akan meningkatkan aspirasi, memperluaskan batin dan meransangkan kekuatan mental. Hubungan imitatif yang dilakukan di luar perkahwinan merupakan perlepasan nafsu semata-mata yang boleh merosakkan kualiti hati dan pertumbuhan mental.
Di antara sekian banyak bentuk pelbagai dari istilah ini, maka terdapat kehangatan personal yang terjadi dengan kawan dan jiran. Tentunya juga harus diingat tentang perasaan mendalam yang terjadi dalam lingkungan keluarga seperti hubungan antara orang tua dengan anak atau kakak-adik dan hubungan dengan anggota keluarga lain. Cinta adalah sebagai satu suatu rasa suka yang kuat terhadap sesuatu, misalnya kecintaan kita kepada hobi, olahraga, bacaaqn atau pekerjaan. Yang tidak mempunyai rasa cinta juga tidak mengenal tuhan, kerana tuhan adalah cinta.

Tuesday, February 24, 2009

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (1)
















INNOVASI PERKHIDMATAN AWAM
(Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 3/1991)
Pekeliling ini adalah untuk memaklumkan mengenai Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam. Ia berkaitan dengan inovasi iaitu idea baru yang boleh menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Pekeliling ini berkuatkuasa pada tahun 1991).
Idea-idea tersebut adalah berkaitan dengan:-
a. penemuan daripada teknologi baru
b. penghasilan peralatan yang boleh menjimatkan tenaga, masa dan kos
c. penghasilan peralatan yang boleh meningkatkan hasil kerja
Kategori dan Anugerah:-
a. sebuah agensi/organisasi - RM5,000.00
b. unit kepada sesebuah agensi/organisasi - RM5,000.00
c. individu dalam sesebuah agensi/organisasi - RM1,000.00
Kriteria Penilaian:-
a. pengurangan kos operasi
b. penjimatan masa
c. peningkatan hasil kerja
d. peningkatan dalam tahap kepuasan pelanggan
Cara Pelaksanaan:-
a. Urusetia - Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU)
b. Laporan Inovasi - Setiap KementerianJabatan
c. Penilaian - Pasukan Pelawat yang dibentuk

APAKAH ADA SINAR KASIH DARI HATIMU?

tika matahari terbit pagi
tiada peduli
bagaikan tiada yang simpati
tika matahari di tengah hari
terus leka
bagaikan tiada punyai suara
kini
matahari merajuk hati
dan diri terus tersentak
bagai dilamun mimpi
tika matahari kian menyepi
matahari telah merajuk dan pergi
meninggalkan lembayung merah
di ufuk senja
dengan hati penuh kesayuan
dan diri terus berkata-kata
apakah matahari akan menghampiri lagi?

aninoor.a.m.
teluk intan.

GADIS BERMATA AYU

bersama bayu senja yang menerpa
dengan dedaun yang melentikkan jemari
dan mata yang menyelami mata
kaget dan tercalit senyuman
di bibir gadis bernata ayu
gadis bermata ayu
keindahanmu sungguh abadi
kecantikanmu penuh kesyahduan
keayuanmu mekar berseri
bagai sinaran suci
sang suria pagi
gadis bermata ayu
indah berseri
harum mewangi
sewangi bunga dari syurga Ilahi
gadis bermata ayu
bagiku tiada yang palsu
sinar matamu yang sayu
bersama jelingan yang menikam kalbu
dengan renungan yang mengodaku
kini
melahirkan rasa rindu
di hatiku

aninoor.a.m.
teluk intan.

KESABARAN

"orang yang memiliki kesabaran juga akan memiliki apa yang dikehendakinya."

Ketidaksabaran itu adalah salah satu penghancur terbesar dalam mendapatkan kejayaan. Alam tidak pernah tergesa-gesa, begitulah juga seharusnya yang kita lakukan. Petani yang baik tahu bahawa dia tidak boleh menanam benih selama sehari dan pada keesokannya harinya memetik hasilnya. Apakah kita bersikap seperti si petani? Apa pun benih yang kita taburkan hari ini, kita tidak boleh berharap untuk dapat menggali keesokan harinya dan menikmati hasilnya.
Kesabaran adalah sifat yang sulit dimiliki dan merupakan prinsip kejayaan yang harus dikuasai. Saya pernah kenal dengan seorang profesor yang sudah lima puluh tahun mengajar tentang kesabaran dan yang lucunya dia sendiri adalah orang yang paling tidak sabar.
Hanya ada satu jalan untuk mendapatkan kesabaran. Kita harus terlebih dahulu memahami apa sebenarnya kesabaran itu. Kedua, kita harus mempunyai semangat membara untuk menguasai nya. Ketiga, kita harus mempraktikkan sehingga menjadikannya sebagai suatu kebiasaan. Setiap kali kita merasakan serangan ketidaksabaran, kita harus melawannya dengan dengan fikiran untuk bersabar. Lakukanlah hal ini sehingga kesabaran menjadi suatu kebiasaan.

BEBENO KE BEGITU

Ari ni teman dapat satu criter tentang pasangan dalam krete. Criter macam ni dah lame teman dengo dan teman bace. Memang rama deme perkatakan criter macam ni. Bila mengkome seme dah baca mengkome boleh fikio beno tak idak ape yang diceriterkan.
Kate oghang nak tau apa kaitan pasangan dalam sebuah krete boleh dilihat care deme berdua duduk. kalo yang lelaki tuh bawak krete pandang depan aje tak pandang pasangannye di sebelah atau tak berlabun ape-ape dengan pasangannye dan pasangannye yang tentu oghang pompuan pandang kluar aje juge tak berlabun, maka sahle pasangan itu suami isteri.
Kate oghang pulak, kalo yang lelaki bawak krete tun kejap-kejap pandang pasangannye dengan pot pet berlabun kemedian senyum atau gelak tawa sementara pasangan sebelahnye yang dah tentu pompuan asyik jeling-jeling manja layan belabun pulak dengan kik kik kik ketawa maka sah le deme tuh pasangan sedang bercinta. Tak kire le deme tuh pasangan remaja ke? Pasangan tua ke? Pasangan ape ke?
Tang sini teman nak kabo sikit. Tak seme pandangan macam di atas tuh betui. Teman ade jumpe jugak pasangan suami isteri berdua-duaan dalam krete lebih intim dari pasangan yang tengah bercinte. Teman ade jumpe jugak pasangan yang tengah bercinta tuh pong pang peng kelahi dalam krete. Yang lelaki tuh pun bawak krete huyu hayang. Jadi, mane betuinye criter di atas. Mengkome fikio ler sendiri.

Monday, February 23, 2009

PERINTAH AM BAB F - PERUBATAN

Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan yang mempunyai 5 bahagian dan 33 ceraian berkuat kuasa pada 1.3.1974. Dalam Perintah Am Bab F ini menekankan doktor swasta yang membawa maksud doktor perubatan/pergigian yang berdaftar tetapi tidak berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia. Lembaga Perubatan pula bermaksud sebarang Lembaga yang ditubuhkan mengikut Perintah Am 18 dan Pegawai Perubatan pula bermaksud seorang doktor perubatan/pergigian berdaftar yang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia.
1. Rawatan Perubatan Untuk Pegawai-Pegawai:-
a. rawatan percuma di hospital/klinik pesakit luar
b. rawatan di hospital berhampiran
c. rawatan swasta yang dibayar sendiri
d. bayaran bersalin bukan di hospital
e. pegawai perlu mendapat sijil sakit
f. rawatan di luar negara
g. kemudahan rawatan perubatan untuk ibu bapa yang sah/pesara
h. kemudahan rawatan untuk keluarga pegawai selepas kematiannya
2. Tanggungjawab Pegawai Perubatan:-
a. juasa pegawai perubatan dan Ketua Jabatan Perubatan Negeri
b. pemeriksaan mayat
c. melaporkan kematian do hospital / kematian seorang gila
d. kematian yang memerlukan siasatan mahkamah
e. kuasa mengurangkan/menghapuskan bayaran hospital/ambulan
f. membantu dalam kes swasta
g. memberi pendapat/rawatan dalam perundingan
h. bayaran perundingan yang boleh diterima/bayaran sebagai saksi biasa
3. Lembaga Perubatan:-
a. Ahli-ahli Lembaga Perubatan
b. bila Lembaga boleh dipanggil
c. Laporan Lembaga
4. Bayaran dan Peraturan Wad:-
a. bayaran wad
b. pengiraan bayaran wad
c. pegawai masuk wad kelas tinggi/kelas rendah
d. murid-murid sekolah percuma
e. surat pengesahan diri dan pengajuan pegawai
f. pembayaran bil melalui pemotongan gaji oleh Ketua Jabatan
5. Pelbagai:-
a. perlantikan sebagai pegawai pakar
b. rawatan untuk kakitangan Jabatan Perubatan
c. pemeriksaan untuk bekerja dengan Kerajaan/berkursus/belajar
d. rawatan percuma untuk pelatih
e. surat ubat
f. penggunaan ambulan

Sunday, February 22, 2009

BILA MELAYU NAK BERUBAH?

"Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang untuk membasmi kemiskinan iaitu dengan menyediakan peruntukan yang besar. Persoalan penting yang harus ditanya oleh semua orang sekarang ialah apakah masyarakat di desa atau di luar bandar itu akan merebut setiap peluang yang disediakan ini? Ini akan banyak bergantung kepada kesungguhan diri. Kita harus menukar sikap orang tentang kesungguhan".
Mengapa orang Melayu masih lagi miskin? Adakah kerana orang Melayu masih lagi ketinggalan dari segi ekonomi maka orang Melayu dianggap miskin? Adakah orang Melayu itu miskin kerana orang Melayu masih berada dalam kepompong? Kalau betul, bilakah orang Melayu mahu keluar dari kepompong itu? Bilakah orang Melayu mahu berubah? Apakah orang Melayu yang berubah akan hilang status miskinnya dan menjadi orang kaya?
Miskinnya orang Melayu adalah berpunca daripada tiga sebab utama iaitu produktiviti yang rendah, penindasan dan keadaan yang terabai. Dalam program pembangunan umpamanya banyaknya melimpah-ruah di sekitar bandar. Semua kemudahan disediakan di bandar-bandar tetapi di kampung dan desa bukan hanya dapat tempiasnya malahan kadang-kadang hanya mendapat habuk yang ditiup angin sahaja.
Dalam usaha untuk membangunkan luar bandar, membasmi kemiskinan dan merapatkan jurang ekonomi, sektor pertanian merupakan yang terbaik. Hampir keseluruhan bumi Malaysia ini adalah subur untuk pertanian. Namun sektor pertanian yang dijalankan hanyalah tertumpu di beberapa tempat sahaja. Sepatutnya sektor pertanian ini dikembangkan keseluruh tempat terutama di kawasan penempatan orang Melayu. Orang Melayu adalah masyarakat pertanian semenjak beribu-ribu tahun lagi.
"Kita mesti hadapi sesuatu situasi itu dengan sikap yang jujur dan berani. Kita tidak boleh lagi berasa segan dan silu. Ketegasan perlu ada dalam diri kita dengan berani menyatakan bahawa kita orang Melayu. Mengapakah kita seharusnya berasa malu dan segan untuk mengakui kita ini orang Melayu? Kita perlu sedar, orang Melayu tetap orang Melayu.
Perkara yang utama yang perlu diubah ialah "mindset". Kalau kita menanam ubi keledek, kita perlu mengubah pemikiran kita ke arah peluang yang ada. Ubi keledek bukan hanya boleh direbus dan dicecah dengan sambal belacan, malahan ia boleh dijadikan kerepek dan sebagainya. Apakah ini terfikir dalam pemikiran kita? Begitu juga dengan tanaman-tanaman yang lain.
Orang Melayu sewajarnya ada perasaan mahu berjaya. Orang Melayu mesti mula berfikir mementingkan diri sendiri. Kita mesti paksa orang Melayu untuk membetulkan perspektif orang Melayu. Apa yang perlu dilakukan mestilah jelas dan dapat difahami serta dihayati oleh orang Melayu itu sendiri.

PERINTAH AM BAB E - RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN


Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan yang dikuatkuasakann pada 1.2.1974 mempunyai 6 bahagian dan 35 ceraian. Rumah biasa kerajaan ialah rumah selain daripada rumah khas Jabatan atau rumah khas jawatan. Rumah khas Jabatan merupakan rumah yang didirikan oleh Jabatan untuk menjadi kediaman seseorang pegawainya. Rumah khas jawatan pula ialah rumah yang dikhaskan untuk seseorang pemegang jawatan tertentu.
1. Rumah-rumah Kediaman:-
Terdapat beberapa kategori rumah kediaman dan pegawai yang ada disediakan kemudahan kediaman oleh kerajaan:-
a. rumah kediaman yang disewa bukan yang disediakan oleh kerajaan
b. pegawai tertentu yang dusediakan rumah kediaman
c. pegawai tertentu yang boleh menyewa rumah kerajaan
d. peruntukan rumah yang berhak disediakan oleh kerajaan
e. kemudahan sewa rumah oleh pegawai tertentu
2. Tanggungjawab Pegawai yang Mendiami Rumah Kerajaan:-
a. pegawai mesti mematuhi setiap peraturan yang dikenakan
b. pegawai tidak dibenarkan meminda rumah
c. pegawai tidak dibenarkan menyewakan rumah tersebut kepada orang lain
d. pegawai tidak dibenarkan menternak binatang di kawasan rumah berkenaan
e. pegawai bertanggungjawab menjaga keceriaan dan kebersihan kawasan rumah
f. pegawai bertanggungjawab melaporkan setiap kerosakan rumah
g. pegawai mesti melaporkan untuk memasuki atau mengosongkan rumah
3. Kadar Sewa, Pembayarannya dan Lain-Lain Bayaran:-
a. sewa mengikut gandaan sewa namaan
b. sewa dikira dari hari masuk dan keluar rumah
c. sewa dipotong dari gaji
d. semua bayaran utiliti adalah tanggungan pegawai
e. sewa rumah adalah mengikut kelas daripada pegawai berhak
f. sewa digandakan apabila pegawai ingkar pindah
g. sewa bagi pegawai yang mendapat pinjaman perumahan
h. sewa pegawai yang berkongsi rumah
4. Bangunan Pejabat:-
a. semua bangunan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri
b. penjagaan bangunan adalah tanggungjawab Ketua Jabatan
5. Tanggungjawab JKR:-
a. memeriksa dan membaiki bangunan
b. kebenaran hak masuk rumah'
c. peraturan ambil alih rumah
d. peraturan kosongkan rumah
e. rumah khas Jabatan
f. mempunyai tanggungjawab am
6. Pelbagai:-
a. mengosongkan rumah bila bersara
b. Ketua Jabatan akan melaporkan pegawai yang akan bersara kepada Pegawai Perumahan
c. sewa mes dan asrama

Saturday, February 21, 2009

MUTIARA KATA HIKMAT (3)

"life is like riding a bicycle, you do not fall off unless you stop pedalling."

"i know of no one who has drowned in his own sweat."

"trust is the emotional glue that binds followers and leaders together."

"what is defeat? nothing but education; nothing but the first step to do something better."

"a wise man thinks what is easy is difficult."

"he who has imagination without learning has wings but no feet."

"whoever perseveres will crowned."

INTAI DAN TANGKAP

Skarang nih teman dok peratikan mengkome ni seme suke buat criter yang pelek-pelek. Bukan aje criter tuh pelek tapi gambo pun pelek juge. Mule-mule criter mengkome jumpe antu, bila nak bukti mengkome boleh tunjuk gambo antu, fuyo, hebatnye mengkome, antu pun nak ambik gambo die, alahai.
Ini musim pengedaran gambo boleng pule. Sesape dari mengkome tuh kene le jage-jage, tak kire mase bile. Mengkome tengah tido ke? Tengah mandi ke? Tengah jongging ke? Tengah makan ke? Tengah ape-ape saje ler. Apatah lagi kalo mengkome tuh rama musuh. Tak kire le musuh politik ke? Musuh jawatan ke? Musuh bisnis ke? Musuh dalam selimut ke? Ape-ape musuh le. Silap gaye, kluor gambo mengkome dalam surat habo ke? TV ke? Ape-ape ajer ker? Boleh jadi mengkome tumpo.
Zaman ICT nih macam boleh dijadikan. Muke oghang lain bodi oghang lain. Macam-macam ade. Kan ke kes naya ajer tuh. Dulu yang jadi mangsa para artis. Tak kire le artis tu pompuan ke? Betine ke? Lelaki ke? Jantan ke? Bile deme dengki atau memang betul maka kluor le gambo artis tuh macam-macam posisi. Posisi penjaga gol ke? Posisi pertahanan ke? Posisi penyerang ke? Ape-ape posisi ke?
Bile criter intai dan tangkap gambo ni teman teringat satu criter mase teman kecik dulu. Masa itu memang teman ni kecik bebeno. Ingat-ingat belum baligh lagi. Teman hanye boleh criter aje le sebab mase tuh tak mandang bahan bukti. Tape rekorder tak mandang. Kemera digital ke bukan digital pun meracun. Apatah lagi kemera handphone, mane nak kerobek? Kalo nak juge bahan bukti, otak aje untuk buat imbas kembali.
Criternye begini.........

MUTIARA KATA HIKMAT (2)

"our wisdom comes from our experience and our experience comes from our foolishness."

"the will to wis is not nearly as important as the will to prepare to win."

"after climbing a great hill, one only finds that there are many more hills to climb."

"a gem cannot be polished without friction nor a man perfected without trials."

"be humble, if thou wouldn't attain to wisdom. be humble still, when wisdom thou hast mastered".

PERINTAH AM BAB C - CUTI

Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan yang berkuatkuasa pada 1.1. 1974, mempunyai 8 bahagian dan 68 ceraian. Cuti yang membawa maksud dibenarkan meninggalkan tugas tetapi tidak dikira putus perkhidmatan atau pun berhenti. Cuti rehat adalah cuti bergaji penuh yang diberi kerana perkhidmatan. Cuti sakit juga bergaji penuh kerana sebab-sebab perubatan dengan sokongan sijil sakit dari pegawai perubatan yang diktiraf oleh kerajaan.
Cuti Yang Diberi Perkhidmatan:-
1. Cuti kerana perkhidmatan
2. Cuti rehat
3. Kadar cuti rehat
4. Cuti rehat tiada genap setahun perkhidmatan
5. Cuti pegawai yang akan bersara
6. Membawa ke hadapan cuti yang tidak dapat diambil
7. Pengumpulan luar biasa cuti rehat
Cuti Separuh Gaji:-
Cuti separuh gaji diberikan atas sebab kesihatan sahaja.
Cuti Tanpa Gaji:-
Bagi cuti tanpa gaji, kuasa meluluskan nya ialah Ketua Jabatan.
Cuti-Cuti Atas Sebab Perubatan:-
Sijil sakit adalah perlu untuk mendapatkan cuti sakit dan jenis cuti atas sebab-sebab perubatan ialah:-
a) Cuti Sakit
b) Cuti Sakit Lanjutan
c) Vuti Pemulihan dan Kuarantin
d) Cuti Bersalin
e) Cuti Kecederaan
f) Cuti Tibi, Kusta dan Barah
g) Cuti Haji
h) Cuti Kerana Berkursus
i) Cuti Tanpa Rekod

Friday, February 20, 2009

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Ari ni teman semayang jemaat kat semejid dekat opis teman keroje cari rezeki. Jauhnyer opis teman tuh dengan semejid sepelaung ajer. kalo oghang isap rokok tak sampa abis sebatang rokok segerit. Nama semejid tuh teman dah luper, maaf yer. Apa yang teman tertarik bebeno ari ni yela tentang khutbah jemaat yang tajuk nyer "kepimpinan melalui teladan". Jadi mekome seme kalo sudi boleh ler kongsi same. Jadi, di bawah ni teman persembahkan khutbah jemaat tersebut untuk mekome seme same-same nengok.

Tuan-tuan Sidang Jumaat Yang Dimuliakan.
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini perlu memikul amanah daripada Allah, antara amanah itu ialah tanggungjawab memimpin orang lain ke arah kesejahteraan hidup. Oleh itu, pemimpin bukan hanya terdiri daripada orang-orang tertentu sahaja, tetapi setiap orang mempunyai tugas sebagi seorang pemimpin. Sama ada memimpin diri sendiri, keluarganya, masyarakat atau negaranya. Sama ada besar atau kecilnya peranan seorang pemimpin itu terletak di atas kemampuan masing-masing. Hal ini pernah dijelaskan oleh Rasullulah saw di dalam hadisnya yang bermaksud:-
"Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pengembala (pemimpin) dan setiap seorang kamu akan ditanya tentang pimpinan. Maka seorang imam (penguasa dalam satu kelompok) adalah pemimpin. Pasti dia ditanya tentang pimpinannya. Ketua keluarga adalah pemimpin terhadap keluarganya, dia akan disoal tentang pimpinannya. seorang isteri adalah pemimpin (bertanggungjawab) di rumah suaminya. Dia pasti disoal tentang pimpinannya. Seorang khadam juga seorang pemimpin terhadap harta benda tuannya, dia akan disoal tentang pimpinannya. seorang anak itu pemimpin (bertanggungjawab) terhadap harta benda bapanya, dia akan disoal tentang jagaannya. Maka tiap-tiap seorang kamu akan disoal tentang pimpinannya.
Tuan-tuan,
Di dalam Al-Quran telah dijelaskan tentang tugas kepimpinan dan matlamatnya seperti firman Allah yang bermaksud:-
"Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru pada kebajikan, menyuruh pada kemakrufan dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah orang-orang yang berjaya".
Dalam ayat di atas ini, dapat difahamkan bahawa setiap pemimpin yang mengaku dirinya sebagai seorang pemimpin Islam, maka mereka berkewajipan menyeru dan memimpin orang yang di bawah jagaannya ke arah kebajikan berdasarkan hukuman Allah. Segala tindakan janganlah menyimpang dari tujuan dan matlamat yang sebenar, tidak terburu-buru bertindak nafsu atau menurut akal fikiran semata-mata. Atau bertindak hanya untuk memenuhi kehendak masyarakat sahaja.
Setiap pemimpin Islam bertanggungjawab memimpin orang yang di bawah pimpinannya dalam melaksanakan segala tuntutan Allah. Begitu juga dalam mencegah kemungkaran melalui kekuasaannya yang ada terutama yang berhubung dengan pokok utama kemungkaran iaitu syirik kepada Allah.
Sabda Rasullulah saw yang bermaksud:-
"Sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran berlaku, wajiblah mengubah dengan tangannya (kekuasaan), jika tidak berupaya, maka ubahlah dengan perkataannya (nasihat). Jika tidak berupaya juga, maka ubahlah dengan hatinya (hatinya tidak menyetujui perbuatan itu). Yang demikian (mengingkari) itu adalah menunjukkan selemah-lemah iman".
Apabila tugas-tugas yang disebutkan itu dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, maka tidak syak lagi akan tercapai matlamat kepimpinan seperti yang dijelaskan Allah di dalam ayat yang dibacakan tadi.
Tuan-tuan,
Kejayaan seorang pemimpin dalam pimpinannya terletak pada sikap dan kepimpinannya. Oleh itu sifat kepimpinan yang perlu menjadi ikutan dan contoh teladan kepada setiap pemimpin ialah daripada peribadi Rasullulah saw kerana Bagindalah pemimpin yang unggul, yang telah diutus kan Allah.
Firman Allah yang bermaksud:-
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasullulah saw itu teladan yang baik bagimu (iaitu) orang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah."
Di antara sifat-sifat kepimpinan Rsullulah saw ialah benar, amanah, kebijaksanaan, keberanian, dan lain-lain. Disamping itu, sebagai pemimpin Islam perlu pula memiliki ciri-ciri yang lain seperti bertaqwa kepada Allah, mempunyai akhlak Islam yang sempurna, adil dan mencintai keadilan, mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup, mempunyai kesabaran, ketabahan dan ketenangan, mengutamakan kepentingan masyarakat dari kepentingan diri sendiri.
Tuan-tuan,
Kita patut sedar bahawa sesetengah pemimpin kita dewasa ini tidak menpunyai sifat-sifat kepimpinan yang disebutkan tadi. Mereka tidak suka sembahyang berjemaah kecuali jika terpaksa, anak dan isteri masih mendedahkan aurat, mereka masih terlibat dengan dosa-dosa besar, minum arak, menghisap dadah, judi, perzinaan dan sebagainya. Mereka tidak pernah menghadiri majlis-majlis pengajian agama, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Meraka bersikap angkuh dan sombong, tidak suka melayani orang bawahannya, mengambil kesempatandi atas kekuasaan mereka untuk kepentingan diri dan keluarga mereka sahaja. Mereka haloba, tamak. ada yang sanggup menajdi penipu dan pembelot atau menerima rasuah, mencuri harta benda kerajaan, tidak ikhlas dalam bekerja, mencuri masa, selalu ponteng kerja, mencuri tulang dan perbuatan-perbuatan haram yang lain.
Pemimpin seperti ini tidak boleh dijadikan contoh kepada orang yang dipimpinnya dan lebih jauh dari itu mereka tidak boleh membangunkan masyarakat Islam. Keadaan ini disebabkan dalam diri mereka belum tertegaknya Islam dan ini merupakan gejala paling buruk. Jika ia menjadi pemimpin rumahtangga, maka kucar kacirlah rumahtangganya. Jika ia pemimpin masyarakat, porak perandalah masyarakatnya, jika ia pegawai kerajaan, lemahlah jentera pentadbirannya. Jika ia pemimpin tentera, pecah belahlah pasukannya, jika ia ketua negara, saat kehancuran akan tiba.
Percayalah bahawa kemenangan tidak mungkin dikurniakan Allah kepada hambaNya kecuali mereka bersungguh-sungguh beriman dan bertaqwa kepadaNya serta menepati janjinya sebagaimana di dalam Al-Quran yang bermaksud:-
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong Allah, Allah akan menolong kamu, dia akan menetapkan pendirian kamu."
Oleh itu tibalah masanya, kita meneliti diri kita, segera memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dengan penuh kesedaran. Kita hendaklah kembali melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh keikhlasan, sesuai dengan konsep kepimpinan menurut Islam. Semoga segala usaha ke arah pencapaian matlamat kerajaan kita dalam membangunkan umat Islam dan negara ini akan tercapai.

Camane? Ok ker? Arap mekome boleh faham bebeno ape yang tersurat dan tersirat dalam khutbah jemaat ari ni di semejid dekat opis teman. Trima kasih tak terhingga dari teman pade Tok Imam kerana benokan teman pinjam teks khutbah jemaat ari nih. Pas ini teman pulangkan balik yer tok imam. Kongsi-kongsi ilmu tuh memang digalakkan.

PERINTAH AM BAB B - ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN

Fasal (2) Perkara 132 dalam Perlembagaan. Berkuatkuasa pada 1.1.1974. Ada 8 bahagian dan 48 ceraian.
1. Ibu Pejabat:-
satu lingkungan kawasan pejabat bertugas
a. 25 km dihubungi jalan raya
b. 16 km dihubungi jalan tanah
c. 8 km dihubungi basikal/sungai
2. Elaun-Elaun Bertugas:-
a. bermalam di luar ibu pejabat
b. sewa hotel/loging
c. elaun makan
d. elaun hidup pemandu
e. elaun perjalanan
f. kebenaran khas tuntutan hitungan batu
g. elaun harian
h. elaun basikal
i. elaun perjalanan motobot/motor sangkut
3. Elaun Bertukar/Pindah Rumah Dalam Negeri:-
a. bertukar/pindah rumah
b. pengangkutan
c. elaun makan/sewa hotel
d. pemberian pindah
e. elaun makan dan sewa hotel (5 hari)
f. sewa hotel (lebih 5 hari)
g. perbatuan
4. Kemudahan Perjalanan:-
a. kapal terbang
b. tambang pengangkutan awam
c. elaun ganti tambang
d. penempatan selepas lantikan pertama
e. pegawai penjara
f. tambang berkursus
g. tambang keluarga pegawai berkursus
5. Elaun Seberang Laut:-
a. pakaian panas
b. makan dan sewa hotel
c. elaun runcit
6. Elaun Berkursus:-
a. kursus latihan
b. perkhidmatan kerjaan
c. bukan kerajaan
7. Elaun Pelbagai:-
a. pemangkuan
b. penginapan luar ibu pejabat lebih 3 bulan
c. gantian tetap
d. jatuh sakit semasa bertugas di luar
e. pemberian pindahan bagi pegawai yang bersara
f. hadir peperiksaan/temuduga naik pangkat
g. elaun bantuan gaji pemandu
h. pendahuluan diri/selepas berkursus
i. rawatan di luar stesen
8. Elaun Malaysia Timur:-
a. makan/hotel dan lojing
b. elaun gantian jika lebih 3 bulan
c. elaun makan dan sewa hotel sebelum dan selepas bertukar
d. elaun bertukar ke Semenanjung Malaysia
Lain-lain Kemudahan:-
a. bayaran saguhati persidangan
b. hadir ke mahkamah
c. hadir istiadat pengurniaan
d. membeli komputer
e. ahli kelab rekreasi
f. pengurusan jenazah
g. rawatan keluarga
h. letak kereta
i. insentif perkhidmatan kritikal

Thursday, February 19, 2009

PERINTAH AM BAB A - LANTIKAN DAN KENAIKAN PANGKAT

Kuatkuasa ikut Fasal (2) Perkara 132 dalam perlembagaan yang dikeluarkan pada 1.5.1973. Ia mempunyai 4 bahagian dan 68 ceraian. Bahagian ini diguna pakai untuk semua perlantikan dan kenaikan pangkat dalam perjawatan persekutuan.
Lantikan - Syarat Am Lantikan dan Perkhidmatan:-
1. Warganegara
2. Bukan warganegara
3. Bekas pegawai yang berhenti
4. Pegawai yang dibuang kerja atau ditamatkan kerja
5. Perlantikan pegawai yang sedang berkhidmat
6. Perlantikan ikut skim yang diluluskan
7. Harijadi
8. Kelulusan
9. Jawatan yang kosong
10. Kembali ke jawatan asal
11. Sambung kontrak
12. Kembali ke jawatan asal
13. Patuhi pekeliling
14. Boleh dipinjamkan
Pengambilan dan Perlantikan:-
1. Iklan
2. Tanggungjawab Ketua Jabatan
3. Permohonan dari Pegawai Kerajaan
4. Tawaran Jawatan
5. Surat Akuan Doktor dan Surat Sumpah
6. Surat Akaun Terima
Tempoh Percubaan dan Perlanjutan:-
1. Pegawai baru dilantik
2. Pegawai dalam percubaan
3. Jawatan luar biasa
4. Perlanjutan tempoh percubaan
Penetapan Gaji Masuk:-
1. Lantikan Pertama dan Lantikan Tetap
2. Jawatan baru
3. Kadar biasa
Pengesahan dan Berpencen:-
1. Pengesahan dalam jawatan
2. Tanggungjawab Ketua Jabatan
3. Lanjut tempoh percubaan
Tarikh-Tarikh:-
1. Perlantikan baru
2. Perlantikan pegawai sementara
3. Kekananan
4. Pergerakan Gaji
Kenaikan Pangkat:-
1. Dasar Kenaikan Pangkat
2. Pengisian dengan iklan
3. Pengisian tanpa iklan
4. Tarikh kenaikan Pangkat
5. Tangga Gaji
Penamatan:-
1. Pernyataan kesihatan dan sumpah palsu
2. Gagal disahkan
3. Notis penamatan
4, Notis berhenti
Umur Bersara:-
1. Umur
2. Persaraan

TATACARA KES TATATERTIB (2)

Pelanggaran yang dilakukan sebelum 15.12.1993
Tatacara penyelenggaraan tatatertib yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (yang berkuatkuasa pada 15.12.1993) hendaklah dipakai bagi apa-apa pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1956 atau Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Oerintah Am Bab D) 1968 atau Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Perintah Am Bab D) 1980. Walau bagaimanapun pertuduhan hendaklah mengguna kan peruntukan Perintah Am yang berkuatkuasa masa pelanggaran itu dilakukan.
Bagi kes-kes yang berlaku sebelum 15.12.1993 dan prosiding telah dimulakan iaitu kes prima facie telah diputuskan tetapi keputusan belum dibuat maka kes tersebut hendaklah diteruskan dan diputuskan di bawah Perintah Am yang berkuatkuasa pada masa itu.
Tanggungjawab Ketua Jabatan
Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993:-
1. Pegawai atasan buat kawalan dan penyeliaan tatatertib orang bawahannya
2. Ambil tindakan yang sesuai kepada pelanggaran peraturan
3. Jika pegawai atasan gagal ia dianggap tidak cekap, cuai dan boleh dikenakan tindakan
4. Kaji dan siasat segera setiap laporan
5. Hasil siasatan kemukakan kepada ketua jabatan

Wednesday, February 18, 2009

REHAT SEBENTAR - MALAYSIAKINI

Tersebutlah kisah. Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujud nya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal.
Guru tadika:- Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid:- Nampak cikgu.
Guru tadika:- Pen ada kan?
Murid-murid:- Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket bajunya. Kemudian bertanya lagi kepada murid-muridnya.
Guru tadika:- Anak-anak, nampak tak pen?
Murid-murid:- Tak nampak cikgu.
Guru tadika:- Pen ada tak?
Murid-murid:- Tak ada cikgu.
Guru tadika:- Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid:- Tak nampak cikgu.
Guru tadika:- Tuhan ada tak?
Murid-murid:- Tak ada cikgu.
Guru tadika tersebut tersangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu telah berjaya. Namun begitu, dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang cerdik serta pintar. Budak itu bernama Aiman. Aiman pun mengangkat tangan.
Aiman:- Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika:- Boleh! Mari datang ke hadapan.
Aiman:- Kawan-kawan, nampak cikgu tak?
Murid-murid:- Nampak.
Aiman:- Cikgu ada tak?
Murid-murid:- Ada.
Aiman:- Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid:- Tak nampak.
Aiman:- Cikgu ada otak tak?
Murid-murid:- Tak ada.
Baru padan muka cikgu tu. Itulah jadinya apabila ingin mengajar perkara yang tidak betul kepada murid-murid.

TATACARA KES TATATERTIB (1)

Tindakan tatatertib yang hendak diambil ke atas pegawai yang terbukti melanggar tatakelakuan pegawai-pegawai awam, perlulah mengikut tatacara yang betul dan teratur. Sekiranya tatacara dalam mengambil tindakan tatatertib ini salah, maka tindakan tatatertib itu boleh dipertikaikan kesahihannya
Prosedur Tindakan Tatatertib
1. Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Taattertib) 1993, terdapat enam jenis tatacara mengendalikan kes tatatertib:-
i. Kes tatatertib biasa (Am) - Peraturan 35, 36 dan 37
ii. Kes di mana perbicaraan jenayah dibawa terhadap seseorang pegawai dan disabitkan - Peraturan 28, 29 dan 30
iii. Kes di mana terdapat perintah tahanan, buang kerja dan sebagainya - Peraturan 32 dan 33
iv. Kes surcaj - Peraturan 51
v. Kes Tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak dapat dikesan - Peraturan 26
vi. Kes penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam - Peraturan 49
2. Di bawah Perkara 135, Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan dinyatakan seseorang pegawai jika hendak dibuang kerja atau diturunkan pangkat adalah diberi hak/peluang membela diri. Walau bagaimanapun pada 27.8.1976, Parlimen telah membuat pindaan kepada Perkara 135 Fasal (2) dan pindaan itu membolehkan seseorang pegawai kerajaan dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberi peluang membela diri dalam kes seperti:-
a) suatu pertuduhan jenayah telah terbukti terhadapnya
b) pihak berkuasa tatatertib berpuashati atas sesuatu sebab yang direkodkan secara bertulis olehnya
c) Yang di-Pertuan Agong berpuashati demi kepentingan keselamatan persekutuan
d) suatu perintah tahanan, buang negeri dan sebagainya telah dibuat ke atas seseorang pegawai.

ANTARA WANG DAN KEHORMATAN


Orang terhormat adalah orang yang memiliki kebaikan atau keunggulan yang patut dihargai. Dia adalah seorang manusia yang memiliki rasa kemanusiaan dan memiliki karekter yang tidak dapat dibeli serta tidak dapat dirasuahkan. Kehormatan lahir secara perlahan tetapi ianya pasti dan kukuh serta jitu. Orang bermaruah mempunyai kehormatan dan tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar prinsipnya. Orang yang bermaruah tidak akan melakukan perkosaan terhadap hak-hak mereka.
Untuk kita berada di wilayah kehormatan tiada jalan pintas atau jalan alternatif. Orang yang bersikap sederhana tidak semestinya bermaruah kerana kehormatan tidak kenal erti tolak ansur. Penilaian kendiri adalah perlu sebelum orang lain menilai diri kita. Apakah kita telah berada di jalan yang menuju kebaikan atau yang ke arah kehancuran? Ini dapat kita nilai kualiti manusia sekarang.
Aspek utama dalam menjaga kehormatan ialah mengelak diri dari rasuah, iaitu menerima atau memberi. Seseorang yang menganggap dirinya profesional tetapi tidak mempunyai kehormatan dengan melakukan rasuah dianggap tidak menghargai kemanusiaan mereka. Manusia, dalam mana-mana kategori pun sama ada profesional atau tidak perlu menjaga standard tinggi dalam keunggulan profesional mereka. Ini termasuklah kebajikan dan juga kehormatan.
Oleh itu, jadikanlah tutur kata dan tingkah laku kita sebagai batasan. Kita perlu menjadikan semua tindakan sebagai identiti diri, di mana identiti tersebut yang dihormati oleh semua orang dimana jua kita berada.

MUTIARA KATA HIKMAT (1)

"The future belongs to those who beliaeve in the beauty of their dreams."

"The habit of expecting great things of ourselves calls out the best that is in us".

"Failure is only the opporttunity to begin again more intelligent".

"A winner never quits and a quitter never wins."

"The man who removes a mountain begins carrying away small stones".

"There are no secrets to success, it is the result of preparation, hard work and learning from failure."

Tuesday, February 17, 2009

ALAT KEBESARAN NEGERI PERAK

TANJAK DIRAJA
AIGRETTE ULU DIRAJA

TIARA

PEDANG CURA SI MANJA KINI
KERIS TAMING SARI

KERIS SERI GADING


PONTOH

Monday, February 16, 2009

PENAMATAN PERKHIDMATAN (4)

Penamatan Perkhidmatan demi Kepentingan perkhidmatan Awam;-
Sensyen 11(b), Akta Pencen 1980, kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang dianggap sebagai "penumpang" atas alasan demi untuk kepentingan perkhidmatan awam. Penumpang adalah bermaksud penjawat awam yang dianggap "kayu mati" yang tidak memberi faedah serta tidak berguna kepada perkhidmatannya.
Seksyen 9, Akta Pencen 1980, penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas alasan demi kepentingan awam di bawah Seksyen 11, Akta Pencen 1980 boleh diberi pencen, ganjaran dan faedah persaraan. Walau bagaimana pun pencen yang diterima adalah bergantung kepada tempoh lama perkhidmatannya.
Kuasa-kuasa Penamatan Perkhidmatan:-
1. Kuasa Perkara 132 (2), Perlembagaan Persekutuan - Seksyen 10(5)(d), Akta Pencen 1980.
2. Kuasa Perkara 132 (2), Perlembagaan Persekutuan - Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) Bab D dan Perintah Am 44, Bab D Tahun 1980 (penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam).
Apakah "Kepentingan Awam"?
Kepentingan awam boleh digambarkan sebagai muslihat awam, kepentingan dan keistimewaan kerajaan. Sesuatu perkara yang akan melibatkan kepentingan awam apabila ia boleh memberi kesan kepada perkara berikut seperti;-
1. perkhidmatan kerajaan
2. hubungan antara kerajaan
3. kestabilan negara
4. keselamatan negara
5. kestabilan ekonomi
6. kestabilan masyarakat
7. sistem pentadbiran negara

WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan Wasawan 2020 di Kuala Lumpur dalam Sidang Majlis Perdagangan Malaysia. Wawasan 2020 merangkumi 9 cabaran:-
1. Pembentukan masyarakat yang bersatu padu
2. Pembentukan masyarakat yang bebas, merdeka dan cemerlang
3. Pembentukan masyarakat demokratik yang matang
4. Pembinaan masyarakat yang berakhlak mulia dan utuh
5. Pembentukan masyarakat yang toleran
6. Pembangunan masyarakat saintifik dan maju
7. Pembinaan masyarakat penyayang
8. Pembentukan masyarakat keadilan ekonomi dan sosial
9. Pembentukan masyarakat daya saing dan makmur.
Wawasan 2020 meletakkan matlamatnya:-
"Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi oleh dengan nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah masyarakat yang demokratis, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan

Sunday, February 15, 2009

APA BEZA TANAK NASI DENGAN MASAK NASI

Perkataan "tanak" maih sego dalam ingatan teman ni. Mekome seme kene sedo yang teman nak bincangkan ialah "tanak" bukan "tak nak". Kalau "tak nak" itu adalah iklan yang dipasang oleh kerajaan untuk penagih-penagih. Opsss, maksud teman ialah penagih rokok. Mohon maaf yer. Teman arap mekome yang isap rokok tuh jangan marah ke teman.
Pada dulu, tika dapor gas ker, dapor leterik ker memang takde. Yang ade seme tuh hanye dapor kayu (guna kayu api) untuk memasak. Emak teman selalu kata "cer tanak nasi tuh Han oiii". Kakak teman yang name Han tuh pulak kate kat teman, "ate, pegi ler ambik kayu kat bawah ghumah tu!". Teman dgan pantas turun kut tangga pegi ambik kayu api. Maka kakak teman tuh pun pegi "tanak" nasi.
Mase le nih mekome seme dah tak "tanak" nasi. Mekome seme tu hanya tau masak nasi. Itu pun paka peroyok karan (rice cooker). Skrang nih kalo mekome "tanak" nasi, teman percaye dah tentu abis hangit nasi-nasi tuh. Sebab bile mekome pakai peroyok karan tuh, bila dah basuh beras, masuk ayo secukupnye pastu tekan suis, alahai senangnyer.
Bila "tanak" nasi, beras yang dah dibasuh campur dgan ayo secukupnyer. Pastu tenggek peroyok tu atas dapor kayu. Beras dalam peroyok tuh kene kuca selalu kalo tak nanti hangit. Bila ayo dah nak abis kene kareh nasi tu dan api kat atas dapo kene sorehkan keliling peroyok supaya tak ade api yang menyala. Pastu tutup peroyok supaya wap dalamnye tak kluar dan tak lama nasi pun masak, fuyo sedapnyer bau nasi tuh.
Mak panggil keme, "hah bile lagi nak makan, nasi dah masak, ikan puyu dah digoreng, daun kadokndah dibasuh, samba nyor dah ditumbuk, pucuk paku dah dimasak lemak?" Maka keme seme pun duduk bersila ngadap hidangan yang tadinyer ditutup dengan sanga. Ayah pun baca doa makan. Erkkkkkkk, kenyangnyer, teman nampak ayah teman menjeling ke arah teman. Cepat-cepat teman sebut, "Alhamdulillah".

MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA

MPK dan FM disediakan adalah untuk membantu Ketua Jabatan dalam menjalani tugas-tugas rutin dan perancangan masa depan. MPK dan FM juga dapat membantu untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti sesebuah organisasi. MPK dan FM dapat memberi faedah kepada semua organisasi iaitu dalam sektor awam dan juga swasta.
Manual Prosedur Kerja (MPK):-
MPK merupakan bahan rujukan yang mengandungi senarai fungsi dan bidang tugas jabatan yang merupakan maklumat dan dijadikan panduan semua aktiviti dalam organisasi. Terdapat 8 tajuk (perkara) utama dalam kandungan MPK:-
1. Latar Belakang Organisasi
2. Objektif Organisasi
3. Carta Organisasi
4. Fungsi Utama
5. Aktiviti Fungsi
6. Panduan Kerja
7. Carta Aliran Kerja
8. Contoh dan Panduan
Fail Meja (FM):-
FM juga merupakan bahan rujukan yang digunakan oleh individu di semua jawatan dalam sesenuah organisasi. FM dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab individu yang terdapat di dalamnya panduan dan maklumat mengenai tugas bagi setiap jawatan. FM mengandungi 14 perkara utama:-
1. Objektif Jabatan
2. Objektif Unit
3. Carta Organisasi Jabatan
4. Carta Organisasi Unit
5. Senarai Tugas
6. Peraturan Pentadbiran
7. Proses Kerja
8. Carta Aliran Kerja
9. Senarai Semak
10. Borang Panduan
11. Senarai Undang-Undang dan Peraturan Kerja
12. Senarai Jawatankuasa
13. Norma Kerja
14. Senarai Tugas Harian

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

1. Panduan Pengurusan Mesyuarat:-
1.1 Tujuan Pengurusan
* Menentu dan memastikan pengurusan masa yang berkesan
* Mengatasi kelemahan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan
* Menentukan tindakan susulan yang berkesan
1.2 Pelaksanaan dan tindakan:-
1.2.1 Pra Mesyuarat
* Tentukan agenda, tarikh, masa dan tempat
* Sediakan bilik mesyuarat yang kondusif
* Sediakan bahan perbincangan dan serah kepada ahli mesyuarat 2 minggu sebelum
* Surat jemputan yang lengkap
* Pastikan persediaan kemudahan bilik mesyurat
* Pastikan kehadiran ahli ikut senarai 2 hari sebelum
1.2.2 Tindakan Semasa Mesyuarat
* Catatan minit mesyuarat
* Kehadiran
* Perkara yang dibincangkan
* Keputusan mesyuarat
* Tindakan susulan
1.2.3 Tindakan Selepas Mesyuarat
* Kemaskini dan sediakan minit mesyuarat
* Hantar Minit Mesyuarat ke Urusetia
* Terima Laporan Maklum Balas
* Sedia dan hantar Laporan Maklumbalas

Saturday, February 14, 2009

ANTARA KIJEN DENGAN RHEMEH

Dulu, kini dan selamanye ade ke mekome kenai Kijen dengan rhemeh? Teman caye ade antara mekome yang masih ingat kijen dengan rhemeh. Sesape yang ghumah die dekat dgan sunga tentu tau. Tapi kalo dekat dengan sunga pun tak panda berendam tentu masih tak kenai. Deme due jenis ni iaitu kijen dan rhemeh tingge dalam sunga.
Bebudak le nih hanye tau lala ajer. Deme tau makan lala, tau lala tingge kat mane. Lala sedap masak aper? Bile dah criter tang lala, skrang mekome dah dapat sedikit klu tang kijen dgan rhemeh. Deme tuh hamper same je spesisnyer. Yang beza deme tuh tengge di tempat yang berbeza. Deme seme tuh kalo dimasak lebih kurang ajer rasenyer. Buat sup ker, masak rendang ker, tumis ker dan aper-aper ker.
Berbalik pade soalan apa beza antara kijen dgan rhemeh tuh, teman nak kabo kat mekome beza nyer saiz ajer. sekor saiz kecik dan seko lagi saiz beso. Yang lain deme tuh hampir same. Bile sebut pasa kijen dan rhemeh nih teman teringat mase bebudak dulu. Ghumah teman dekat dgan sunga. Mandi kat sunga, ambik ayo untuk basuh ayo sunga, ambik ayo untuk siram pokok pun ayo sunga. Cume minum ajer teman ambik ayo telaga sebab kat sunga juge le tempat "melepas" beso dan kecik, alahai.
Dalam sunga tuh selain kijen dgan rhemeh, ade juge siput. Kat kampung teman deme gelo siput sunga. Fuyo sedap woi bile siput sunga masak dengan gulai kemahang. Campur pulak dengan buah "kulim". Itu siput sunga yang tingge dalam sunga. Jangan mekome tangkap siput lain pulak nak masak dengan kemahang.

PETIKAN DARI HARAKAH

Siapa sebenarnya penderhaka?
Wan Nordin Wan Yaacob Fri Feb 13, 09 9:32:02 am MYT
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Hrkh) - Sebelum Umno mahu mengambil tindakan melucutkan gelaran Dato' Seri ke atas Ir Mohammad Nizar Jamaluddin atas dakwaan kononnya menderhaka dan menangkap Karpal Singh di bawah ISA atas dakwaan kononnya menghina Sultan Perak, penguasa dan rakyat perlu melihat sejarah ebenar siapa penderhaka sebenarnya.
Mengulas kemelut tersebut Ahli Parlimen Telok Kemang, Dato' Kamarul Baharin Abbas, penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu telah menjadi modus operandi Umno.
"Tetapi sekarang juak-juak Umno mahu menghukum pemimpin Pakatan Rakyat kerana kononnya tidak akur kepada Titah DiRaja. Sebelum itu cuba kita membuka helaian sejarah yang lalu siapa sebenarnya yang mula-mula menghina dan memalukan Raja-Raja Melayu," katanya.
Pertama, pemimpin Umno yang pertama melondeh Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan ialah bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang jelas menghina Raja-Raja Melayu ketika mengurangkan kuasa dan keistimewaan raja-raja Melayu, ujarnya.
Lebih trajis lagi kisah pertabalan Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan dan kes ini berlaku di Ketereh yang dipimpin oleh Dato' Seri Annuar Musa namun bekas Adun Kok Lanas itu tidak didakwa, katanya
Masih segar dalam ingatan, perkatan 'natang' (binatang) ketika Umno Terengganu khususnya Dato' Seri Idris Jusoh mempertikai perkenan Sultan melantik Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu.
Namun sehingga kini Idris dan konco-konconya yang melakukan demonstrasi haram selepas piliahan raya umum 8 mac lalu tidak didakwa, tegas Kamarul yang juga Pengerusi Perhubungan KeADILan Negeri Sembilan.
"Kes-kes yang disebut itu tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh pihak yang berwajib khasnya pihak polis pimpinan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Jawapannya mudah kerana mereka pemimpin Umno. Sungguh kebal pemimpin Umno sehingga PDRM pun tak berani mengambil tindakan ke atas mereka," katanya.
Mengulas kes Pakatan Rakyat di Perak, Kamarul berkata, kepimpinan di sana bukan tidak akur kepada Sultan Perak, cuma cara yang dipertontonkan kepada rakyat seolah-olah berat sebelah.
"Mengapa Sultan Perak tidak menyokong untuk membubarkan Dun? dan mengapa pula Sultan Azlan cukup patuh dengan kehendak dan nasihat Ketua Perhubungan Umno Perak, Dato' Seri Najib Tun Razak merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia?," soalnya.
Majoriti rakyat mahukan satu proses keadilan yang jelas kerana apa yang sedang berlaku ini bercanggah dari segi Perlembagaan, katanya.
Cara yang dibuat oleh Umno dan keputusan Sultan Perak menjadi pertikaian sedangkan Pakatan Rakyat tidak pernah mempelekehkan Raja atau tidak patuh kepada Raja, katanya.
"Kenapa Umno tidak sanggup menunggu Dewan Undangan Negeri Perak bersidang untuk membuat dan usul undi tidak percaya?" soalnya lagi.
Sejarah terbukti pemimpin Umno lah yang telah melondehkan maruah Raja Melayu, menjahanamkan maruah bahasa Melayu dan memecahbelahkan bangsa Melayu, tegas Kamarul.
"Sekarang mereka gegak gumpita mahu menghukum Nizar dan Karpal Singh pula," katanya.
"Sayang pada Sultan Perak yang ditunjukkan oleh Umno dalam kes 'Rampasan Kuasa' di Perak hari ini sebenarnya bagaikan tanam tebu dibibir mulut sahaja.
"Pendirian Pakatan Rakyat sememangnya cukup jelas iaitu mahu mengembalikan kemuliaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu sebagai sebuah institusi Raja Berperlembagaan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. _

Friday, February 13, 2009

PAMERAN ORKID KAT KAMPUNG KOBOI

Di Malaysia ni memang kerap ade pameran tang bunga orkid. Setahun sekali ade kat Kampung Koboi dekat Sungai Siput. Eh!!!!!! Mekeme tak tau di mane Kampung Koboi?
Pastu kat Ipoh kat Dataran MBI pun ade deme buat pameran orkid nih. Fuyooooo memang cantik! Ape cantik? Bunga orkid le yang teman maksudkan. Itu le mekeme asyik fikio bukan-bukan bile teman sebut cantik. Mekeme ingat yang cantik tuh pompuan ajer ker? Alahai....

Selain, pameran kedai jual bunga pun banyak kat Ipoh terutama Jalan Kuala Kangsar. Penuh dengan pelbagai bunga termasuk bunga orkid. Ade satu kedai tuh memang menjual bunga orkid semata-mata. Ade anak orkid, ade mak orkid dan ade bapak orkid. Isk... Isk... Isk... Isk...

Lagi satu tempat kat Perak nih semedang ajer ade pameran ialah kat Taman Tasek. Tau ke kat mane Taman Tasek? Kat Tepeng ler. Taman Tasek nih satu mase dulu terkenal tempat Sharifah Aini dengan Broery Marantika shooting filem "Hapuskan Air Matamu"

Nak bela orkid nih deme kate susah, tapi pade teman tak le susah sesangat. kalo kite ikut peraturan atau penerangan yang penjual orkid tuh kabo, insya-Allah kite boleh buat ladang orkid, fuyooooo, nak buat ladang orkid? Nape? Tak boleh ker?

Bagi pengusaha orkid nih boleh kire lumayan jugak, sebab rama isteri pembeso yang minat sesangat kat orkid nih. Sampa kan Raja Pemaisuri Agong ade nama name orkidnya. Gitu juge isteri PM pun deme bubuh name kat orkid. Glamer yerk?

Bile ade pertandingan, pemenang tuh boleh dapat hadiah. Lumayan juge hadiah yang deme berikan tuh. Tapi, tak ler sampa dapat sebuah kete. Mungkin akan datang ade hadiah lumayan macam hadiah yang Petronas kluarkan tuh. BMW ker, Mercedes ker, ewah, ewah, nak berangan pulak die. Tak per berangan kat situ, jangan berangan kat bende-bende lagrho.

MELAYU MUDAH LUPA?

Krisis Perlembagaan kat Perak ini betui-betui membingungkan teman. Mane satu betui teman pun tak tahu. Gerombolan BN kate deme yang betui, gerombolan PR pule kate deme yang betui. Jadi sape yang tak betui? Sape yang tak betui?Pemimpin aje yang betui, rakyat Perak aje yang tak betui? Alahai.
Teman nengok banyak bebeno mende yang kene perbetui. Skrang nih sejarah dah berulang-ulang. Kalo nengok criter P.Ramlee ulang-ulang best juje tapi yang yang dok berulang-ulang kat surat habo tuh. Muke depan ajer penuh dgan gambo deme yang ngaku taat setia pada sultan.
Bile teman nengok briter dalam surat habo le ni semuanyer puji Sultan dan puji Raja. Sape-sape yang "derhaka" perintah Sultan atau Raja deme suruh kluar dari bumi Malaysia (Perak) ni. Fuyo, memang hebat manusia nih nak halo oghang senang bebeno. Teman heran juge ngape yang terang-terang derhaka pada Allah deme tak suruh kluar ajer dari bumi Allah ini? Barule betui.
Kalo teman tak silap, kite penah berlaku krisis Perlembagaan pada tahun 1983. Sape yang buat krisis Perlembagaan tersebut, kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Mase tuh penuh briter-briter dalam surat habo dgan criter tentang Sultan dan Raja. Maruah Sultan dan Raja ditelanjang semahu-mahu oleh gerombolan UMNO. Seme keburukan Sultan dan Raja deme selongkor. Sedih teman nengok briter tang Sultan dan Raja yang dibawak oleh puak UMNO nih. UMNO nih oghang Melayu naper londeh semua buruk Sultan dan Raja tuh. Mane pegi pejuang-pejuang yang ngaku Melayu untuk mempertahankan Sultan dan Raja? Skrang nih sebok bebeno deme buat demo ler untuk pertahankan kedaulatan Sultan dan Raja kunun. UMNO nih memang hipokrit.
Grupe-grupenyer bukan sekarang MB yang sembah derhaka pada Sultan kat Perak nih. Dah peronah jadi MB sembah derhaka kat Perak. Masa tu mane pegi pemuda UMNO Perak ker pemuda UMNO Malaysia ker? Baca petikan dibawah dan fahamkan betui-betui. Nanti silap faham macam-macam criter kluar.
Pemuda Umno ketika berlaku krisis antara Tan Sri Ghazali Jawi dengan Sultan Idris pada tahun 1974 telah memberi pandangan, “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden UMNO.”
Tahun 1974 - Sultan Perak dengan Tan Sri Ghazali Jawi:-
Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 (Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan).
Tahun 1979 - Sultan Pahang dengan Datuk Rahim Abu Bakar
Pindaan Perlembagaan 1983:-
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.
Tahun 1991 Sultan Kelantan dengan Dato' Anuar Musa:-
Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.
Beno ke Melayu mudah luper? Alahai..................