Friday, February 27, 2009

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (4)

PENGURUSAN MESYUARAT PAGI
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 1993 yang mengandungi garis panduan pelaksanaan mesyuarat pagi organisasi di bawah Kementerian Persekutuan Malaysia.
Matlamat Mesyuarat Pagi
Mesyuarat Pagi diadakan adalah untuk memupuk semangat kepentingan nasional daripada kepentingan jabatan. Ia bertujuan untuk menyelesaikan secara terus masalah-masalah yang timbul tentang:-
a. pelaksanaan program
b. projek pembangunan
c. pengeluaran lesen dan permit
Sehubungan itu, mesyuarat pagi bolehlah diangap sebagai satu forum setempat dalam sesebuah organisasi yang dapat membuat keputusan. Mesyuarat pagi ini digalakkan diadakan pada setiap hari Isnin atau Khamis dalam jangka masa tidak melebihi satu jam.
Agenda Mesyuarat Pagi
a. ucapan pengerusi
b. pelaksanaan program
c. hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran dasar atau program yang menyentuh kepada aktiviti organisasi
Pencatat atau setiausaha mesyuarat pagi perlu mencatat perjalanan mesyuarat secara ringkas kedudukan semasa pelaksanaan program atau projek pembangunan dan pengeluaran. Keputusan mesyuarat juga perlu dicatat untuk diedarkan kepada semua anggota dalam atau pegawai sesebuah organisasi. setiap keputusan yang dibuat mestilah dipatuhi oleh semua.

No comments: