Kemurahan hati adalah suatu perasaan manusiawi yang berbentuk simpati. Ia merupakan suatu sumbangan dari diri seseorang untuk memberi kebaikan atau bantuan kepada seseorang yang lain. Kemurahan hati seharusnya terpancar dari hati yang tulus ikhlas. Ia diberi dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk moral atau pun material.
Nilai kemurahan hati ini tidak terdapat pada semua orang. Mereka yang memiliki rasa nikmat kebaikan, menilai kebahagiaan dan rasa hormat menghormati tidak mengira darjat pasti ada sifat kemurahan hati ini. Sifat ego pastinya perlu dibuang kerana ianya akan menyuburkan lagi pemikiran yang sombong. Semua ini akan menghalang pertumbuhan sifat kemurahan hati.
Kebiasaannya seseorang yang mempunyai kemurahan hati ini akan mendapat sesuatu yang lebih baik dari apa yang diberikan.
Tugas utama orang yang ada kemurahan hati ini ialah membantu dengan pelbagai cara untuk berperanan dalam menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih layak untuk menabur benih. Mereka ini pastinya akan memetik hasilnya apabila berada di akhirat nanti. Oleh itu kemurahan hati dengan melaksanakan sesuatu yang penuh ikhlas pasti ganjaran yang lumayan akan sedia menanti.
No comments:
Post a Comment