Tuesday, February 3, 2009

JUBLI PERAK PEMERINTAHAN DYMM SULTAN AZLAN SHAH

Raja Azlan Shah dilahirkan di Batu Gajah, Perak pada 19 April 1928. Putera kepada DYMM Sultan Perak yang ke-32, Sultan Yussuff Izzuddin Shah Marhum Ghafarullah yang bersemayam di takhta kerajaan negeri Perak pada 31 Mac 1948 hingga 4 Januari 1963. Bonda Baginda, Yang Teramat Mulia Toh Puan Besar Hatijah binti Dato' Setia Wangsa Ahmad. Panggilan mesra Baginda oleh ayah dan bonda ialah "Lan". Manakala saudara terdekat memanggil dengan nama "Raja Lan" atau "Ku Cik".
Raja Azlan Shah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Gajah yang kini dikenali sebagai Sekolah Dato' Seri Wangsa. Baginda menyambung pelajaran di peringkat menengah di-Sekolah Inggeris Kerajaan Batu Gajah hingga tamat School Certificate. Sekolah ini kini dikenali dengan nama Sekolah Sultan Yussuff. Baginda merupakan School Captains di sekolah ini pada tahun 1948. Baginda melanjutkan pelajaran pra-universiti di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Minat Baginda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang mendorong Baginda mengikuti kursus khas dalam dua mata pelajaran iaitu sastera Inggeris dan bahasa Latin sewaktu belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
Pada 31 Disember 1950, Baginda meneruskan pengajian di England. Baginda diterima masuk ke tahun satu jurusan undang-undang di Universiti of Nottingham, England. Baginda dianugerah ijazah Sarjana Muda Undang-Undang setelah tiga tahun di Nottingham. Baginda diterima masuk ke Badan Peguam Inggeris oleh The Honourable Society of Lincoln's Inn, London.
Kerjaya:-
1. Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak - 1954
2. Majistret Kelas Pertama di Kuala Lumpur - 1955 hingga 1956
3. Presiden Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur - 1957 hingga 1958
4. Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa Raya di Perak - 1959
5. Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang - 1960 hingga 1961
6. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor - 1961 hingga 1962
7. Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur - 1962 hingga 1963
8. Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan - 1963 hingga 1965
9. Hakim Mahkamah Tinggi Tanah Melayu - 1965 hingga 1978
10. Hakim Mahkamah Persekutuan Tanah Melayu - 1979 hingga 1981
11. Ketua Hakim Negara - 1982
12. Raja Muda Perak - 1983
13. Sultan Perak ke 34 - 1984 hingga sekarang
14. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke 9 - 1989 hingga 1993
Pada tahun 2009 ini, Sambutan Jubli Perak Pemerentahan Baginda telah diadakan pada 3 Februari 2009. Sambutan ini diadakan sempena genapnya 25 tahun Baginda menjadi Sultan Perak. DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

No comments: