Wednesday, February 18, 2009

TATACARA KES TATATERTIB (1)

Tindakan tatatertib yang hendak diambil ke atas pegawai yang terbukti melanggar tatakelakuan pegawai-pegawai awam, perlulah mengikut tatacara yang betul dan teratur. Sekiranya tatacara dalam mengambil tindakan tatatertib ini salah, maka tindakan tatatertib itu boleh dipertikaikan kesahihannya
Prosedur Tindakan Tatatertib
1. Di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Taattertib) 1993, terdapat enam jenis tatacara mengendalikan kes tatatertib:-
i. Kes tatatertib biasa (Am) - Peraturan 35, 36 dan 37
ii. Kes di mana perbicaraan jenayah dibawa terhadap seseorang pegawai dan disabitkan - Peraturan 28, 29 dan 30
iii. Kes di mana terdapat perintah tahanan, buang kerja dan sebagainya - Peraturan 32 dan 33
iv. Kes surcaj - Peraturan 51
v. Kes Tidak hadir bertugas tanpa cuti dan tidak dapat dikesan - Peraturan 26
vi. Kes penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam - Peraturan 49
2. Di bawah Perkara 135, Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan dinyatakan seseorang pegawai jika hendak dibuang kerja atau diturunkan pangkat adalah diberi hak/peluang membela diri. Walau bagaimanapun pada 27.8.1976, Parlimen telah membuat pindaan kepada Perkara 135 Fasal (2) dan pindaan itu membolehkan seseorang pegawai kerajaan dibuang kerja atau diturunkan pangkat tanpa diberi peluang membela diri dalam kes seperti:-
a) suatu pertuduhan jenayah telah terbukti terhadapnya
b) pihak berkuasa tatatertib berpuashati atas sesuatu sebab yang direkodkan secara bertulis olehnya
c) Yang di-Pertuan Agong berpuashati demi kepentingan keselamatan persekutuan
d) suatu perintah tahanan, buang negeri dan sebagainya telah dibuat ke atas seseorang pegawai.

No comments: