Wednesday, February 18, 2009

ANTARA WANG DAN KEHORMATAN


Orang terhormat adalah orang yang memiliki kebaikan atau keunggulan yang patut dihargai. Dia adalah seorang manusia yang memiliki rasa kemanusiaan dan memiliki karekter yang tidak dapat dibeli serta tidak dapat dirasuahkan. Kehormatan lahir secara perlahan tetapi ianya pasti dan kukuh serta jitu. Orang bermaruah mempunyai kehormatan dan tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar prinsipnya. Orang yang bermaruah tidak akan melakukan perkosaan terhadap hak-hak mereka.
Untuk kita berada di wilayah kehormatan tiada jalan pintas atau jalan alternatif. Orang yang bersikap sederhana tidak semestinya bermaruah kerana kehormatan tidak kenal erti tolak ansur. Penilaian kendiri adalah perlu sebelum orang lain menilai diri kita. Apakah kita telah berada di jalan yang menuju kebaikan atau yang ke arah kehancuran? Ini dapat kita nilai kualiti manusia sekarang.
Aspek utama dalam menjaga kehormatan ialah mengelak diri dari rasuah, iaitu menerima atau memberi. Seseorang yang menganggap dirinya profesional tetapi tidak mempunyai kehormatan dengan melakukan rasuah dianggap tidak menghargai kemanusiaan mereka. Manusia, dalam mana-mana kategori pun sama ada profesional atau tidak perlu menjaga standard tinggi dalam keunggulan profesional mereka. Ini termasuklah kebajikan dan juga kehormatan.
Oleh itu, jadikanlah tutur kata dan tingkah laku kita sebagai batasan. Kita perlu menjadikan semua tindakan sebagai identiti diri, di mana identiti tersebut yang dihormati oleh semua orang dimana jua kita berada.

No comments: