Kegembiraan adalah merupakan harta kejayaan yang berharga. Ia merupakan pil peransang kepada akal dan tubuh badan kita yang paling berkesan dan paling hebat di dunia. Kegembiraan itu tidak dapat dibayar dengan apa nilai pun. Melalui kegembiraan, nikmat hidup boleh kita hayati.
Namun begitu, mengapa begitu ramai manusia yang berwajah sedih di dunia ini? Wajah sedih itu akan merisaukan orang lain. Orang yang murung ini sebenarnya belum tahu siapa mereka, dari mana asal mereka dan ke arah mana mereka hendak tuju. Ringkasnya, mereka ini masih belum lagi mengenali diri mereka sendiri.
Apabila manusia tahu bahawa dirinya ciptaan Allah SWT, tahu dirinya adalah sebahagian dari gabungan hukum, peraturan dan rancangan, maka ia akan mulaim tahu tentang dirinya sendiri. Penampilan, suara, pergerakan dan seluruh tindakan fizikalnya akan memperlihatkan kepada umum tentang pengenalan dirinya.
Orang yang memiliki kegembiraan tidak dapat dibandingkan dengan jumlah kekayaan material. Juga tidak dapat dibanding dengan jawatan tinggi mahupun kedudukannya sebagai seorang yang berkuasa di dunia seperti raja, perdana menteri atau pun presiden.
No comments:
Post a Comment