Tangguh maksud tunda. Oleh itu tangguh pergerakan gaji atau tangguh kenaikan gaji bermakna menunda atau memindahkan tarikh kenaikan gaji penjawat awam yang berkenaan ke tarikh yna lain pada masa hadapan.
Mengikut Perintah Am 40(1), Bab D, tempoh tangguh tersebut minima tiga bulan dan maksima tidak ada had yang ditentukan. Di sini budi bicara telash diberi kepada pihak berkuasa tatatertib dalam mengenakan hukuman tangguh kenaikan gaji. Budi bicara yang sewenang-wenang akan berlaku.
Pihak berkuasa tatatertib sewajarnya mempunyai pertimbangan bahawa hukuman tatatertib adalah demi kepentingan perkhidmatan awam. Disamping itu ianya adalah sebagai hukuman yang wajar dan setimpal.
Perintah Am 40 (1), Bab D juga menetapkan setiap tindakan tatatertib tangguh kenaikan gaji penjawat awam yang berkenaan tidak berhak mendapat apa-apa kenaikan gai:-
1. bagi tempoh hukuman itu dijalankan
2. sepanjang tempoh hukuman itu berkuatkuasa
3. hilang kekananan sepanjang tempoh hukuman
Selain dari tindakan tatatertib, penjawat awam juga ditangguh kenaikan gaji. Ia adalah sebagai memenuhi syarat perkhidmatan:-
1. tidak dapat disahkan dalam jawatan
2. tidak lulus peperiksaan yang disyaratkan
No comments:
Post a Comment