Tindakan mengutip balik wang atau nilai wang bagi harta kerajaan yang hilang atau yang tidak dapat dikutip yang dikenakan terhadap penjawat awam yang bertanggungjawab atas perkara itu kerana kecuaiannya, kelalaiannya, kealpaannya atau tindakannya yang kurang berkati-hati. Tindakan surcaj ini hendaklah dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai itu.
Tindakan surcaj itu bukanlah merupakan hukuman tatatertib tetapi ia lebih merupakan kuasa tambahan bagi pihak kerajaan atau ketua jabatan yang digunakan untuk mendapatkan balik wang atau nilai wang bagi harta kerajaan yang hilang atau yang tidak diperolehi balik itu.
Oleh itu tindakan surcaj adalah biasanya dikenakan sebagai tambahan kepada sesuatu hukuman tatatertib apabila kesalahan tatatertib itu melibatkan wang atau harta kerajaan. Alasan dan acara untuk tindakan surcaj diperuntukkan dalam Akta Acara Kewangan 1957 dalam Arahan Perbendaharaan.
a) kerana kegagalan memungut wang
b) berlakunya kehilangan wang
c) berlakunya kekurangan atau pemusnahan wang, setem, jaminan, penyimpan atau harta benda
d) gagal menyimpan akaun atau rekod kewangan dengan sempurna
e) tidak membuat pembayaran dengan sewajarnya di bawah kontrak atau peraturan
Surcaj dikutip dengan cara yang berikut:-
a) melalui tuntutan mahkamah
b) melalui pemotongan gaji bulanan penjawat awam yang berkenaan
c) melalui pemotongan pencen
No comments:
Post a Comment