Monday, February 16, 2009

PENAMATAN PERKHIDMATAN (4)

Penamatan Perkhidmatan demi Kepentingan perkhidmatan Awam;-
Sensyen 11(b), Akta Pencen 1980, kerajaan boleh menamatkan perkhidmatan penjawat awam yang dianggap sebagai "penumpang" atas alasan demi untuk kepentingan perkhidmatan awam. Penumpang adalah bermaksud penjawat awam yang dianggap "kayu mati" yang tidak memberi faedah serta tidak berguna kepada perkhidmatannya.
Seksyen 9, Akta Pencen 1980, penjawat awam yang ditamatkan perkhidmatannya atas alasan demi kepentingan awam di bawah Seksyen 11, Akta Pencen 1980 boleh diberi pencen, ganjaran dan faedah persaraan. Walau bagaimana pun pencen yang diterima adalah bergantung kepada tempoh lama perkhidmatannya.
Kuasa-kuasa Penamatan Perkhidmatan:-
1. Kuasa Perkara 132 (2), Perlembagaan Persekutuan - Seksyen 10(5)(d), Akta Pencen 1980.
2. Kuasa Perkara 132 (2), Perlembagaan Persekutuan - Perintah Am (Kelakuan dan Tatatertib) Bab D dan Perintah Am 44, Bab D Tahun 1980 (penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam).
Apakah "Kepentingan Awam"?
Kepentingan awam boleh digambarkan sebagai muslihat awam, kepentingan dan keistimewaan kerajaan. Sesuatu perkara yang akan melibatkan kepentingan awam apabila ia boleh memberi kesan kepada perkara berikut seperti;-
1. perkhidmatan kerajaan
2. hubungan antara kerajaan
3. kestabilan negara
4. keselamatan negara
5. kestabilan ekonomi
6. kestabilan masyarakat
7. sistem pentadbiran negara

2 comments:

skylark said...

hai, wa sekarang di IAB Jitra mengikuti kursus ICT dan dapat membaca taukeh punya blog setiap hari. wahai taukeh rajin menulis, gambar pun banyak. syabas.... ada masa sila masuk blog wa baca si katak lompat... hehehe....

amalhaj said...

hello taukeh!
Wa sudah kasi pantun sama taukeh.
Si katak lompat wa baca banyak lambat. Alahai, kasihan sama wa.
Hehehehehe, malam ini tengok bola Perak lawan Terengganu maaaaaaaaa