Saturday, February 28, 2009

ORANG YANG MUDAH PERCAYA ADALAH ORANG YANG BODOH

Kearifan adalah kesempurnaan penelitian dan merupakan pembimbing bagi kita dalam setiap tugas hidup. Kearifan diibaratkan sebagai persediaan waspada seperti "pandang kiri, pandang kanan dan pandang kiri sekali lagi" ketika hendak melintas jalan raya atau lalulintas. Secara ringkas, kearifan adalah sikap berhati-hati yang bijak.
Secara umum kita sering menilai orang lain berdasarkan prinsip, karakter dan pertimbangan kita sendiri. Serigala berbulu biri-biri boleh dengan bebas berjalan-jalan di ladang untuk mencuri atau menangkap biri-biri. Orang seperti ini adalah penipu yang berkeliaran dan kita akan dengan mudah menjadi korbannya kalau kita mengabaikan bimbingan dan kearifan kita.
Sungguh tidak mudah bagi kita untuk membicarakan tentang kekalahan dalam kehidupan, namun kita yakin bahawa sungguh penting untuk menceritakan pengalaman pahit kita sebagai teladan tentang pentingnya menerapkan kearifan dalam segala tingkat kehidupan. Seluruh urusan perniagaan harus dilakukan dengan cara perniagaan, Jika masalah bersangkutan dengan kewangan maka seharusnya diselasaikan atau dilakukan dengan prinsip kewangan yang baik. Kita senang kalau mendapat pelajaran dari kepahitan yang kita alami atau tempohi. Pengalaman orang yang berjaya atau terkemuka perlu dijadikan panduan dan teladan kita kerana mereka semua pasti ada kepahitan sebelum mendapat kemanisan.
Pengalaman boleh menjadi guru yang mahal dan tidak ternilai harganya. Kearifan adalah dasar jaminan untuk menanggung segala kegagalan. Mengetahu fakta-fakta sebelum melakukan tindakan adalah hukum yang baik. Inilah sikap berhati-hati yang bijak dan inilah dinamakan kearifan.

No comments: