Thursday, February 5, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (27)

Asas Tindakan Tatatertib:-
1. sejauh mana kesalahan tatatertib tersebut mencacatkan reputasi perkhidmatan awam dan penjawat awam yang berkenaan
2. akibat kesalahan yang dilakukan itu kepada kewangan, moral penjawat awam lain dan kesan lain
3. kegunaan penjawat awam yang berkenaan kepada perkhidmatan awam
4. kesan sampingan akibat hukuman tatatertib yang akan dikenakan, misalnya keluarga, kerja yang dilaksanakan, kemudaratan lain atau kebaikan
5. kedudukan penjawat awam yang berkenaan dalam hierarki jabatannya, Biasanya pegawai kanan yang melakukan kesalahan tatatertib yang serupa dengan yang dilakukan oleh pegawai bawahan akan dianggap lebih berat kesalahannya
6. rekod kesalahan tatatertib penjawat awam yang berkenaan, misalnya apakah ini pertama atau telah pun beberapa kali dikenakan hukuman tatatertib
7. apakah kesalahan , kelalaian atau kealpaan atau merupakan sambungan kesalahan penjawat awam lain atau sama ada ia dirancang atau pun dilakukan secara spontan
8. apakah penjawat awam yang berkenaandiberi latihan dan pengetahuan yang sesuai atau mencukupi bagi memikul tugasnya dan menyedarkan tanggungjawabnya kepada jabatan, tugas serta jawatannya
9. keadaan sekeliling yang mempengaruhi terjadinya kesalahan tatatertib itu atau adanya faktor sumbangan pihak lain yang menyebabkan kesalahan tatatertib itu berlaku
10. latar belakang keseluruhan penjawat awam yang berkenaan
11. ulasan pegawai atasan yang bertanggungjawab terhadap penjawat awam yang berkenaan

No comments: