Sunday, February 1, 2009

TINDAKAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT AWAM (21)

2. Denda
Denda adalah sebarang hukuman dalam bentuk wang yang dikenakan kerana sesuatu kesalahan yang dilakukan - mengikut Mozley and White's Law Dictionary.
Bagi kesalahan tatatertib penjawat awam, denda ditakrifkan sebagai hukuman dalam bentuk wang. Ia dikenakan terhadap seseorang penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib. Oleh itu denda seperti contoh di bawah tidak boleh dikenakan:-
1. Menyuruh mengutip sampah di sekeliling kawasan pejabat
2, Menyuruh belanja makan malam atau tengah hari
3. Menyuruh membawa makanan setiap hari dalam tempoh tertentu
4. Menyuruh membersih tingkat pejabat
5. Menyuruh melakukan "tok tampi" sebanyak 50 kali
Dalam Buku Panduan Kawalan Tatatertib, seseorang penjawat awam boleh dikenakan denda kerana kesalahan berikut:-
1. Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau sebab yang munasabah
2. Kecuaian dalam menjalankan tugas
Denda yang dikenakan kepada seseorang penjawat awam yang melakukan kesalahan tatatertib boleh dikutip melaui:-
1. Wang tunai
2. Potongan gaji
3. Ganjaran pencen

No comments: