Wednesday, February 25, 2009

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ORGANISASI (2)

PENINGKATAN PRODUKTIVITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 6/1991, bertujuan sebagai panduan peningkatan produktiviti dalam perkhidmatan awam. Tumpuan adalah untuk mewujudkan jabatan/pejabat yang produktif dengan penggunaan sumber yang optima disamping menjimatkan kos operasi.
Untuk meningkatkan produktiviti setiap jabatan/pejabat perlu tahu konsep produktiviti, cara-cara untuk meningkatkan produktiviti dan pengukuran produktiviti.
1. Konsep Produktiviti:-
Produktiviti adalah nilai atau kuantiti out yang dapat dihasilkan oleh satu unit input. Output ialah keluaran atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Konsep produktiviti selalu dikaitkan dengan kecekapan, keberkesanan dan kualiti.
2. Cara-Cara Peningkatan Produktiviti:-
Aktiviti penggunaan input untuk menghasilkan output dinamakan proses tranformasi dan keberkesanannya memberi kesan kepada produktiviti. Terdapat bebarapa faktor yang mempengaruhi produktiviti:-
a. tenaga manusia
b. sistem dan prosedur
c. struktur organisasi
d. gaya pengurusan
e. persekitaran kerja
f. teknologi
g. bahan-bahan
h. kelengkapan modal
3. Pengukuran Produktiviti:-
Pengukuran produktiviti ini penting untuk mengetahui sejauh mana sumber-sumber yang telah diperuntukan digunakan. Ia juga adalah untuk meningkatkan fleksibiliti operasi dari segi penggunaan tenaga manusia dan peralatan. Untuk mengenalpasti bidang-bidang meningkatkan produktiviti dan kos operasi dapat ditentukan. Terdapat dua peringkat pengukuran produktiviti iaitu peringkat organisasi dan peringkat individu.
a. Mengukur Produktiviti Organisasi:-
Terdapat empat langkah untuk mengukur produktiviti organisasi:-
i. kenalpasti output-output utama berdasarkan objektif-objektif yang telah ditentukan
ii. tentukan petunjuk-petunjuk produktiviti bagi setiap output utama
iii. kumpulkan data petunjuk-petunjuk produktiviti
iv. nilai tahap produktiviti semasa
b. Pengukuran Produktiviti Individu:-
Juga terdapat empat langkah untuk mengukur produktiviti individu:-
i. tentukan output yang dihasilkan
ii. tentukan standard prestasi/norma kerja setiap output utama
iii. kumpul data berdasarkan standard prsetasi/norma kerja
iv. menilai tahap produktiviti semasa
Peningkatan produktiviti perlu dijadikan satu usaha yang berterusan dan menajdi amalan atau budaya pengurusan seharian. Tahap produktiviti yang bersifat relatif harus diseimbangkan dengan kualiti hasil atau kualiti kerja.

No comments: