Thursday, February 12, 2009

PENAMATAN PERKHIDMATAN (3)

c) Penamatan Perkhidmatan kerana Tidak Memenuhi Syarat Perkhidmatan
Dalam aspek ini penjawat awam akan menerima syarat yang ditentukan oleh kerajaan tanpa mengenakan apa-apa syarat balas. Antara lain syarat yang dikenakan ialah:-
i) kelelayakan akademik yang yang tertentu
ii) tidak mengidap penyakit yang berat (tibi, kusta, AIDS) atau penagih dadah dan tidak pernah disabitkan dalam kes jenayah
iii) lulus peperiksaan yang ditetapkan bagi perkhidmatan berkenaan
Dalam soal ini, penjawat awam yang menyembunyikan fakta atau butiran tentang keperluan penting kontrak perkhidmatan akan menyebabkan kontraknya dibatalkan.
Perintah Am 57, Bab a Tahun 1973 memperuntukan bahawa calon ke perkhidmatan ketajaan mestilah cukup sihat dan diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan, mereka juga tiada rekod jenayah dengan perakuan bersumpah di hadapan majistret atau pesuruhjaya sumpah.
Penjawat awam dalam percubaan tidak berjaya disahkan dalam jawatan kerana:-
i) tiada sokongan Ketua Jabatan
ii) tidak lulus dalam peperiksaan yang disyaratkan

No comments: