Suatu ketika Juha pergi keluar untuk membeli gandum. Setelah gandum dapat, lalu dinaikkan ke atas untanya untuk dibawa pulang. Tiba-tiba unta yang dikenderainya lari dengan membawa gandum yang baru di giling itu. Setelah beberapa hari kemudian, Juha menjumpai untanya. tetapi Juha mengelak daripada dilihat oleh untanya.
"Mengapa engkau menyembunyikan diri dari untamu? Tanya seseorang kepadanya.
"Aku khuatir yang unta itu meminta wang tambang kepadaku. Oleh kerana itulah aku bersembunyi daripadanya." Jawab Juha.
No comments:
Post a Comment