Suatu hari seorang jiran Juha meninggal dunia, maka Juha bertanggungjawab ke atas pengkebumiannya. Dia lalu pergi kepada tukang gali kubur untuk memesan sebuah kuburan. Akan tetapi terjadi pertengkaran antara Juha dan tukang gali kubur berkenaan dengan upah menggalinya. Tukang gali kubur meminta upah sekurang-kurangnya seratus ringgit dan kalau tidak dia tidak mahu menggali kubur. Juha tidak setuju akan bayaran sebanyak itu.
Tiba-tiba dia pergi ke pasar membeli beberapa keping papan dengan harga dua puluh ringgit dan dibawanya ke perkuburan.
"Buat apa papan itu?" Tanya orang ramai.
"Tukang gali kubur tidak mahu menggali kubur kalau tidak dibayar sekurang-kurangnya seratus ringgit. Aku beli papan ini dengan harga dua puluh ringgit sahaja. Aku akan tutup saja mayat jiran aku itu dengan papan ini dan akan diletakkan di atas tanah perkuburan. Aku masih untung lapan puluh ringgit. Di samping itu, si mayat tidak terkena himpitan kubur dan terhindar dari pertanyaan Malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur." Jawab Juha.
No comments:
Post a Comment