Suatu hari Juha menghadiri majlis perkahwinan. Salah seorang daripada tetamu di majlis itu bukan sahaja makan makanan yang disediakan dengan banyaknya, malahan ia memasukkan pula makanan tersebut ke dalam poket bajunya yang cukup besar untuk dibawa pulang. Ketika itu, Juha melihat betapa rakusnya orang itu, ia dengan segera mengambil cerek berisi air teh. Dalam diam-diam dari celah samping orang itu, Juha menuangkan air teh ke dalam poket yang penuh dengan makanan itu.
Orang itu sedar apa yang dikerjakan oleh Juha. Ia berdiri dan dengan marah ia berkata:
"Hoi! Apa yang sedang kamu lakukan? Mengapa pula poket baju aku kamu tuang dengan air teh?".
"Maaf saudara. Aku tidak bermaksud buruk. Sebentar tadi aku lihat terlalu banyak makanan ditelan oleh poket saudara, maka aku khuatir poket saudara akan kehausan. oleh itu aku berikan minuman secukupnya."
2 comments:
Salam. Kelakar sinis. Jangan sampai poket tercekik disumbat makanan. Orang yang makan kelahap pun sepatutnya kita tuangkan air ke mulut mereka. Boleh buat modal ceramah. Minta halal jika gunakan cerita ini...
Mybabah:
perkongsian ilmu di mana-mana dan digalakkan.
Post a Comment