Monday, December 14, 2009

CUTI AKHIR TAHUN DAN PENGISIANNYA

Cuti sekolah akhir tahun 2009 telah hampir ke penghujungnya. Cuti yang telah pun bermula pada 20 November 2009 atau 21 November 2009 yang lalu akan berakhir pada 2 Januari atau 3 Januari 2010. Sekolah akan dibuka semula untuk sesi persekolahan tahun 2010 pada 3 Januari 2010 atau 4 Januari 2010. Tempoh cuti yang agak panjang ini iaitu selama 43 hari sewajarnya diisi dengan pelbagai aktiviti yang memberi kesan manfaat.

Ibu bapa terutama yang mempunyai anak lebih daripada seorang di sekolah rendah dan belajar dalam kelas yang berlainan perlulah prihatin dengan memahami suasana persekolahan anak-anak mereka pada tahun 2010 akan datang. Tambahan pula sekiranya ada di antara anak-anak mereka yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun 2010 nanti.

Bagi anak-anak ibu bapa yang berada di sekolah menengah, di samping peralihan kelas akan berlaku, mereka juga akan menghadapi pertukaran atau perpindahan ke sekolah baru bagi anak-anak yang mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau pun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pemilihan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang sesuai perlu dilakukan oleh ibu bapa di mana anak-anak mereka mendapat keputusan PMR dan SPM nanti.

Terdapat juga di kalangan anak-anak akan terus berhenti belajar dan mengharungi alam pekerjaan. Mereka ini terdiri dari yang mendapat keputusan yang tidak membolehkan mereka menyambung belajar ke IPT. Ada juga yang berada dalam situasi ini apabila tidak dipilih untuk menyambung belajar ke IPT meskipun keputusan yang mereka perolehi agak cemerlang.

Jumlah cuti akhir tahun adalah tidak sama jumlahnya bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menengah kerana mereka terdiri daripada beberapa kumpulan pelajar:-

KUMPULAN 1:-
Kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah (Tahun 1 - Tahun 5) dan sekolah menengah (Tingkatan 1, 2, 4 dan 6 rendah). Tahun hadapan mereka ini akan kekal di sekolah yang sama tetapi bergerak ke kelas yang lebih tinggi. Ibu bapa kumpulan pelajar ini tidak menghadapi banyak masalah dan tidak perlu banyak berfikir seperti ibu bapa yang lain. Mereka hanya perlu menumpukan kepada:-
a) mengawasi anak-anak supaya tidak terjebak ke dalam gejala sosial
b) merancang cra terbaik agar anak-anak menggunakan cuti panjang ini secara bermanfaat
c) meniupkan semangat di hati anak-anak mereka supaya bersedia kembali ke sekolah pada tahun 2010 nanti.

KUMPULAN 2
Mereka ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang telah pun mengambil peepriksaan PMR pada awal Oktober lalu. Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan pencapaian dalam PMR yang akan mereka ketahui sebelum akhir Disember ini. Ibu bapa perlu mengetahui dengan jelas kemampuan akademik anak-anak mereka berdasarkan pepriksaan percubaan PMR. Mereka boleh mengawasi dan membimbing anak-anak mereka supaya cuti panjang ini dimanfaatkan. Ibu bapa juga boleh membuat persediaan kemungkinan anak-anak mereka akan berpindah sekolah baru menegikuti bidang sains atau teknik dan vokasional.

KUMPULAN 3
Pelajar Tingkatan 5 yang baru sahaja mengambil SPM pada November yang lalu. Mereka ini juga boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu yang pertama lemah dan sederhana dan kedua kategori cerdik dan cemerlang. Kategori yang pertama akan berdepan dengan cuti yang tidak menentu. Selepas tamat SPM sehingga keputusan diumumkan melebihi 100 hari dan berhadapan pula apabila sesudah keputusan SPM, cuti akan diakhiri dengan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Kategori yang kedua akan menyambungkan pelajaran ke matrikulasi, Tingkatan 6, atau politeknik dan ke IPT yang lain. Pelajar kategori ini mengalami cuti hampir 4 bulan sebelum melanjutkan pelajaran mereka.

KUMPULAN 4
Pelajar-pelajar yang mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Mereka juga dikenali sebagai pelajar Tingkatan 6 Atas. Mereka juga lebih kurang sama dengan pelajar lepasan SPM yang mana apabila keputusan keluar mereka akan berlumba-lumba untuk meneruskan pengajian mereka atau pun mencari pekerjaan yang sesuai dan setaraf. Kemasukan ke IPT pada bulan Julai dan ini bermakna tempoh cuti mereka selama 6 hingga 7 bulan.

Sesungguhnya "masa" amat penting dalam kehidupan manusia sehinggakan Allah s.w.t sendiri bersumpah dengan berfirman "Demi Masa" (Surah Al-Asr). Masa itu sangat penting maka ia perlu diuruskan dengan cara yang betul dan sistematik. Ibu bapa juga perlu mempunyai pengetahuanyang berkaitan dengan pengurusan masa.

Nilai masa bagi orang yang sibuk, rajin dan cekap disamakan dengan nilai emas (masa itu seperti emas). Oleh itu kalau kita hendak tahu sama ada seseorang itu cekap atau maju, malas atau rajin, kita perlu melihat pada setakat manakah mereka menghormati atau patuh kepada masa. Disamping itu perlu juga dilihat bagaimana cekap menguruskan masa dalam kehidupan dan juga kegiatan mereka.

No comments: