Monday, December 21, 2009

SUDAH BIASA AKAN SENANG

Ada seorang peniaga tua meninggal dunia dan telah mewariskan wang yang cukup banyak kepada anak lelaki satu-satunya.

Namun kerana anak itu bodoh, dalam sekejap masa saja habislah wang peninggalan orang tuanya itu. Tentu sahaja setelah kawan-kawan rapatnya mengetahui bahawa ia sudah miskin, mereka pun meninggalkannya. Ketika ia benar-benar miskin dan sebatang kara, pergilah ia berjumpa Juha yang dikenali bijak dan dapat menolong sesiapa pun yang sedang mengalami kesusahan.

"Wang saya sudah habis dan kawan-kawan saya telah meninggalkan saya." Kata lelaki itu. "Tolong ramalkan apa yang akan terjadi kepada saya sekarang."

"Oh! Jangan khuatir." Jawab Juha. "Segalanya akan beres kembali. Tunggu sahaja beberapa hari, kamu akan senang dan bahagia melebihi sebelumnya."

Lelaki itu amat gembira mendengar kata-kata itu. "Jadi, daya akan menjadi kaya raya?", tanyanya.

"Oh, tidak. Bukan itu maksud aku. Kamu salah tafsir. Maksud aku ialah dalam waktu yang tidak lama lagi kamu akan terbiasa menjadi orang miskin dan terbiasa pula tidak mempunyai teman."

2 comments:

Unknown said...

Salam Syam. Satu entri yang patut dihayati dengan mendalam. Realiti hidup yang patut menjadi iktibar kepada semua orang. Terima kasih.

amalhaj said...

Mybabah:
"itu adalah asam garam dalam kehidupan"
kerjaya tuan dalam sumber manusia adalah hebat dan wajar dicontohi.