Surah Al-Faatihah mengandungi 7 ayat. Surah ini turun di Mekah dan dinamakan al-Faatihah (Pembukaan) kerana surah ini surah yang pertama dalam susunan Mushaf. Surah ini surah yang pertama turun kepada Nabi Muhammad s.a.w. secara lengkap. Ia mencakup seluruh kandungan al-Quran, yang kemudian diperjelaskan secara terperinci di dalam surah-surah yang berikutnya. Kandungan a-Quran meliputi persoalan tauhid, janji untuk mereka yang beriman dan beramal soleh, ancaman terhadap mereka yang engkar dan berbuat jahat, keterangan tentang ibadah serta jalan menuju kebahagiaan dan jalan mereka yang derhaka dan kekecewaan yang mereka rasai. Al-Faatihah mencakupi isi al-Quran secara ringkas sehingga surah ini juga disebut "Ummul Kitab" (Induk Kitab).
No comments:
Post a Comment