Saturday, September 12, 2009

SURAH AL-BAQARAH (LEMBU BETINA)

Surah al-Baqarah ini mengandungi 286 ayat yang diturunkan di Madinah. Ia merupakan surah yang terpanjang di dalam al-Quran ini dimulakan dengan menjelaskan pengertian yang disebut di dalam surah al-Fatihah. Surah ini menerangkan yang al-Quran sumber petunjuk dan golongan yang mendapat keredhaan dan kemurkaan Allah s.w.t. Disamping itu, surah ini juga menjelaskan tiga kelompok manusia iaitu mukmin, kafir dan munafik.
Surah ini menceritakan kisah usaha Nabi Musa menyelamatkan Bani Israel, kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan peranan mereka dalam membangunkan Kaabah. Surah ini juga membicarakan kisah umat Nabi Muhammad dengan menampilkan kisah umat Nabi Ibrahim dan Nabi Musa, tentang tauhid dan peringatan melalui ayat-ayat kebenaran Allah, tentang syirik dan soal halal dan haram dalam makanan.
Surah ini juga menerangkan tentang kewajipan berpuasa, berwasiat, larangan memakan harta orang lain, terutama harta anak yatim, tentang hukum qisas perang, haji dan hal-hal yang berhubungan dengan kehidupan kekeluargaan, muamalah dan pinjam meminjam.

No comments: