Wednesday, September 9, 2009

TINDAKAN UNTUK KEJAYAAN 09/09/09

Syurga tidak akan membantu orang-orang yang tidak mahu bertindak. Tindakanlah yang menggerakkan manusia untuk mencapai kemenangan. Tidak akan ada kejayaan untuk kita, kalau kita tidak berbuat, kalau kita tidak memikul tugas di bahu kita.
Petani tahu bahawa mereka tidak akan mendapat hasil jika mereka tidak terlebih dahulu menaburkan benih. Kejayaan hidup juga bekerja dengan cara serupa. Semua orang yang mahu kejayaan dalam hidup, mahu memetik hasil yang subur, harus menebusnya dengan usaha. Harga yang harus dibayar oleh seseorang bergantung pada jenis hasil yang ingin dipetiknya. Masalahnya memang sesederhana itu.
Jika anda bercita-cita untuk mendapatkan kejayaan lebih besar, maka anda harus menanam benih yang bermutu. Para petani tahu bahawa benih yang ditanam harus baik supaya menghasilkan buah yang baik pula. Ia harus membayar dengan harga cukup tinggi untuk mendapatkan benih yang baik.
Untuk menjadi doktor biasa, doktor gigi, doktor mata atau menjadi guru, akauntan, ahli kimia atau menjadi peguam, orang harus membayarnya dengan membuat persiapan yang baik. Sekolah ekstensif dan waktu belajar yang panjang adalah harga yang harus dibayar untuk mendapatkan latihan profesional. Kemudian ada lagi masa ketika orang mendapatkan pengetahuan tambahan melalui pengalaman. Akhirnya ayunan sampai pada prestasi, sisi yang berlimpah dan ganjaran bagi kerja dan usaha keras pun diberikan.
Kita adalah hasil dari usaha kita sendiri. Tidak ada tindakan maka tidak akan ada apa-apa. Bekerja atau kelaparan adalah kata-kata alam. Tidak ada apa pun kalau tidak berbuat apa-apa adalah ungkapannya. Kita harus memberi bila kita ingin menerima.
Kita harus belajar bergantung untuk bergantung kepada diri sendiri. seterusnya kita harus memutuskan sebenarnya apakah yang kita inginkan dari hidup. Apabila kita memiliki rancangan kita perlu menyelesaikan rancangan tersebut secara terus menerus, penuh ketahanan, tidak ada hentinya, sampai kemenangan menjadi mahkota bagi usaha kita.
Kejayaan adalah anak dari usaha dan ketekunan. Kejayaan tidak akan datang sendirihanya kerana kita mengharapkannya. Yang bulat tidak datang datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.
Berikan aku kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat merupakan doa yang sering kita pohon kepada Tuhan tetapi adakah kita akan memperolehinya jikalau tiada tindakan yang perlu kita lakukan. Tuhan akan mengingati kita apabila kita selalu mengingati Tuhan.

No comments: