Friday, September 11, 2009

SEJARAH AL-QURAN (3)

6. KELEBIHAN RASM UTHMANI
Al-Quran Rasm Uthmani mempunyai banyak kelebihan antaranta:-
i. Mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
ii. Mengikut tulisan Al-Quran yang Imla'i
iii. Boleh memahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar dari maksud yang sebenar
iv. Memudahkan bacaan dengan wajah qiraat (jenis bacaan)
v. Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih
vi. Dipersetujui oleh lebih 12,000 orang sahabat
vii. Bertepatan dengan riwayat bacaab mutuwatir
viii. Satu satu dari mukjizat Al-Quran
vix. Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran al-Karim
x. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas
xi. Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat)
xii. Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf
7. TAHAP PENULISAN AL-QURAN
Penulisan Al-Quran resam uthmani seperti yang terdapat sekarang ini melalui tahap-tahap berikut:-
i. Tahap pertama - belum diletakkan sebarang tanda
ii. Tahap kedua - ditandakan titik yang dipelopori oleh Abu al-Aswad al-Duali (meninggal dunia pada tahun 69 Hijrah pada zaman Khalifah Muawiyah bin Abi Sufian)
iii. Tahap ketiga - mula ditandakan dengan titik yang dipelopori oleh Yahya bin Ya'mar dan Nasir bin Asim al-Lisi dengan perintah gabenor Iraq iaitu al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi
iv. Tahap keempat - mula diletakkan dengan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu Khalifah Abdul Malik bin Marwan
v. Tahap kelima - ditambah dengan tanda-tanda wakaf dan lain-lain lagi
Tulisan Al-Quran dengan menggunakan khat nasakh mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1694 Masihi (1113 Hijrah) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lain sehingga ke hari ini.
8. CARA BACAAN AL-QURAN YANG DIAMALKAN MASA KINI
Terdapat beberapa cara bacaan yang diamalkan pada masa kini iaitu:-
i. Bacaan mengikut riwayat Hafs dari al-Imam Asim adalah paling banyak diamalkan di negara-negara Islam
ii. Bacaan mengikut riwayat Warsy dari al-Imam Nafi' adalah banyak diamalkan di negara Afrika
iii. Bacaan mengikut riwayat Qalun dari al-Imam Bafi' adalah banyak diamalkan di negara-negara Asia Tengah
iv. Bacaan mengikut riwayat al-Duri dari al-Imam Abu Amru al-Basri adalah banyak diamalkan di Sudan
9. PENULISAN AL-QURAN (ILMU RASM)
a) Ilmu Rasm ialah satu ilmu yang membincangkan cara menulis lafaz-lafaz atau sebutan untuk memelihara penyebutan huruf-hurufnya dari segi lafaz, huruf-huruf asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung, memisah dan menggantikan huruf
b) Penulisan (Rasm) Al-Quran ini adalah satu sunnah Rasulullah s.a.w. yang diikuti secra ijma' (sepakat) oleh seluruh ulam mujtahidin kerana tulisan ini adalah berbentuk tsuqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi Muhammad s.a.w.
10. PEMBAHAGIAN RASM
Rasm Al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:-
i. Rasm Qiasi / Imla'i iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan/pertuturan
ii. Rasm Istikahi.Uthman iaitu penulisan menurut kaedah tertentu yang mana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau memisahkan huruf dan penulisan Hamzah
Kebanyakan mashaf ditulis mengikut kaedah-kaedah ini. Oleh itu, penulisan bermashaf Uthmani ini diakui penulisan yang bersifat tauqifi (penetapan, penentuan Rasulullah s.a.w.), maka penggunaan tulisan Imlai atau Qiasi tidaklah diharuskan.

No comments: