Thursday, September 3, 2009

BANK NEGARA TERBAIK DUNIA

Bank Negara Malaysia (BNM) adalah bank pusat terbaik dunia kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan peranannya dalam merangka kawalan kewangan. Pemegang Anugerah Nobel (Ekonomi), Prof. Joseph Stiglitz berkata, BNM telah berjaya membuat rangka kawalan kewangan yang sangat kukuh sehingga ia mampu melindungi sistem kewangannya dalam mengharungi krisis ekonomi global. Beliau berkata, kejayaan BNM itu seharusnya dijadikan contoh kepada Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah yang lain. "BNM adalah antara bank pusat terbaik dunia kerana telah melakukan tugas dan peranan dengan begitu baik sekali berbanding AS dan negara-negara Erropah. Ini membuktikan bahawa bank pusat Malaysia mempunyai kefahaman yang baik dalam sektor perbankan," katanya lagi. Stiglitz berkata, kejayaan BNM itu wajar dijadikan panduan teknikal kepada AS pada masa depan.

No comments: