Saturday, September 12, 2009

SURAH ALI IMRAN (KELUARGA IMRAN)

Surah ini mengandungi 200 ayat yang diturunkan di Madinah. Surah Ali Imran menceritakan beberapa kisah tentang surahy Allah di alam maya ini. Di dalamnya juga terdapat penjelasan tentang akidah, ibadah, akhlakm kisah keluarga Imran dan perang Badr serta Uhud yang dapat dijadikan ibrah dan contoh.
Ditegaskan juga bahawa Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah, agar umat Islam tidak berteman secara akrab dengan orang kafir. Diterangkannya juga kedudukan para syuhada pada hari kiamat dan bahawa lelaki dan perempuan mempunyai nilai yang sama.
Dianjurkan juga ahar kita selalu ingat kepada Allah dan memikirkan ciptaan-Nya. Surah ini diakhiri dengan pesanan kepada umat Islam agar selalu mengningkatkan takwa dan kesabarannya.

No comments: