Saturday, September 5, 2009

PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran. Tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran diperjelaskan dalam sebuah hadis dari Ibn Mas'us r.a. dari Rasulullah s.a.w.:-
Dari Ibn Mas'ud r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barang siapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan tiap-tiap kebajikan itu sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abu Huraurah r.a.
Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:-
1. "Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam, tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai."
2. "Dari Abu Hurairah r.a. katanya, telah berkata Rasulullah s.a.w.:'Sesiapa yang memelihara solat fardu tidak termasuk dalam golongan orang yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan orang yang taat."
3. "Sesiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran, ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat."
Adapun pahala membaca surah-surah, banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Antaranya yang bermaksud:-
1. Dari 'Ata' bin Abi Rabah, telah berkata. Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sesiapa yang membaca surah Yassin di permukaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.'"
2. "Dari Abi Mas'ud r.a. berkata, telah berkata Rasulullah s.a.w.: "sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tidak akan ditimpa oleh keburukan/kepapaan selama-lamanya.'"
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat adalah lebih besar daripada bacaan di luar solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebih besar ganjarannya daripada tidak berwuduk.
Berpandukan hadis Rasulullah s.a.w. yang panjang, dapat disimpulkan seperti berikut:-
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap huruf seratus kebajikan
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.

No comments: