Saturday, October 20, 2012

PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)


Pentaksiran Sekolah (PS) adalah komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran (P&) kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses P&P.

PS dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya.

PS amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. PS merupakan aktiviti yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.

PS mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni
2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan P&P
3. Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid
4. Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum

PS boleh dilaksanakan secara:-
1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses P&P
2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun

No comments: