Friday, January 30, 2015

KISAH RAJA BERISTERI EMPAT

Hari ini 30 Januari 2015 (Jumaat), majlis persaraan rakan sejawat. Meriah juga majlis ini diadakan. Seperti biasa, ada ucapan. Ada persembahan. Ada penyampaian hadiah. Ada acara bersalam-salaman. Ada acara lambaian perpisahan. Terpancar di wajah, lukisan-lukisan kesedihan. Ada linangan air mata. Ada esakan. Ada tangisan. Tapi tiada lukisan wajah kegembiraan. Pasti semuanya berada dalam kesedihan tapi tiada ratapan.

Masa acara penyampaian hadiah, aku turut memberi hadiah sebagai kenangan. Meskipun hanya beberapa hari aku di sini tapi kemesraan dapat aku lihat pada dirinya. Walaupun belum lagi bersara, aku turut menerima hadiah dari yang bersara. Aneh juga. Perkara sebegini jarang berlaku. Hadiah yang aku terima cuma empat helaian kertas. Namun, isi kandungan amat bermakna sebagai kisah dan teladan buat ingatan bersama.

Aku menerima satu nukilan cerita dari rakan yang akan bersara. Sebuah catatan yang merupakan kisah seorang raja yang beristeri empat. Penuh makna. Penuh sinis. Penuh teladan. Penuh sempadan. Penuh pengajaran. Dan penuh persoalan yang perlu dirungkaikan. Meskipun dalam Islam, seseorang lelaki itu boleh beristeri sehingga empat, namun ada syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi. Yang perlu diikuti. Yang perlu dilakukan.

Menarik kisah ini bila dibaca sehingga habis. Terima kasih sahabat kerana memberi kepada aku hadiah yang penuh makna meskipun hanya lembaran catatan di atas kertas A4. Akan aku salinkan kisah raja beristeri empat dalam blog aku di masa akan datang. Akan aku kongsikan cerita ini dengan kawan-kawan yang mengikuti blog aku. Yang aku harapkan ialah semua dapat bersabar. Kisah raja beristeri empat akan aku paparkan dalam blog aku pada masa akan datang.