Sunday, January 4, 2015

BAGAIMANA MENGUKUR JUJUR DAN IKHLAS?

Perasaan ikhlas merupakan satu nilai yang melambangkan kesucian dan kebersihan hati seseorang. Nilai seperti ini sangat penting bagi seseorang dalam menjalankan amanah, tanggungjawab dan sebagaiya kerana ia boleh mewujudkan ciri-ciri yang mulia dalam sesebuah masyarakat. Sebaliknya pula sikap yang lahir daripada hati yang tidak ikhlas boleh melahirkan berbagai-bagai keburukan dalam perhubungan antara anggota sesebuah masyarakat dan berikutnya boleh menjejaskan perpaduan, pengeluaran dan sebagainya.

Sikap tidak ikhlas dalam sesuatu pekerjaan timbul akibat beberapa faktor diantaranya; kurangnya minat seseorang itu terhadap tugas yang diberikan, sikap keras hati, lemah pegangan agama dan suasana persekitaran yang tidak selesa. Oleh kerana semua kehendak setiap individu tidak mungkin dapat dipenuhi maka apa yang perlu ialah bersikap rendah diri, bertolak ansur dan berlebih kurang dalam hati setiap pegawai. hanya sikap-sikap yang mulia inilah yang akan mendorong keikhlasan kita membuat kerja.

Kejujuran dan keikhlasan hati seseorang itu hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Manakala setiap tindakan seseorang melalui rasa jujur dan ikhlas akan dicatat oleh dua malaikat yang mengawasi diri masing-0masing. Bagi tindakan yang tiada sifat-sifat keikhlasan dan kejujuran yang pastinya tidak diberi pahala malahan akan mendapat dosa pula.

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud;
"Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menununjuk-nunjuk kepada manusia (ria'). Dan mereka tidak pula beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak juga beriman kepada hari akhirat."
(An-Nia': 38)

Disamping itu, Allah s.w.t. hanya akan menerima setiap amalan yang dilakukan oleh hamba-Nya dengan jujur dan ikhlas. Di dalam kita menjalankan tugas dalam pekerjaan mestilah kita melakukannya dengan jujur serta ikhlas. Kerja dengan jujur dan ikhlas adalah merupakan satu usaha yang baik dan diredhai Allah s.w.t.
"Usaha yang paling baik ialah usaha orang yang bekerja dengan jujur dan ikhlas."
(Riwayat Ahmad)

No comments: