Sekolah adalah sebuah komuniti kecil. Guru besar pula adalah pemimpin dalam komuniti berkenaan. Oleh itu, sejauh mana kejayaan komuniti berkenaan bergantung kepada pemimpinnya iaitu guru besar.
Cara dan gaya kepemimpinan guru besar boleh memberikan inspirasi kepada guru atau mungkin juga mengecewakan mereka. Semua ini memberi kesan kepada tahap motivasi guru yang akhirnya akan turut menentukan kualiti pelajar yang dilahirkan.
Apakah kualiti semula jadi yang perlu ada pada seseorang guru besar yang memungkinkannya berperanan dengan berkesan? Apakah prasyarat kemampuan guru besar yang membolehkannya mengetuai kumpulan yang terdiri daripada guru, staf sokongan, murid dan pihak-pihak lain yang berurusan dengannya, serta menjadikan kepemimpinannya diterima oleh mereka?
Empat kualiti yang perlu ada pada seseorang guru besar untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Empat kualiti itu ialah:-
1. Komitmen untuk berjaya
2. Menjadi agresif
3. Mahir berkomunikasi
4. Tegas dan tetap pendirian
Keempat-empat ciri berkenaan diperlukan untuk memastikan guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan berkesan.
No comments:
Post a Comment