Sarana ini ditujukan khas kepada ibu bapa (IB) dan boleh dikongsikan bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk membantu IB melaksanakan tugas pertama dan paling penting, mendidik anak-anak mereka. 
Sarana ini mengandungi soal selidik untuk IB dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan dalam pembelajaran anak. Cadangan tindakan susulan diberikan sebagai garis panduan kepada IB menambah- baik dalam bidang-bidang tertentu. Sebenarnya IB telah melakukan banyak usaha mengikut kemampuan masing-masing supaya anak-anak berjaya dalam pelajaran. Usaha ini jika dipertingkatkan, akan memberi kesan yang lebih besar. 
Amalan-amalan terbaik daripada IB, PIBG dan sekolah dalam dan luar negara dipaparkan untuk memberi gambaran bagaimana mereka mengatasi cabaran yang dihadapi. Adalah diharapkan amalan-amalan ini akan dapat menokok tambah kepada usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh IB.
Cadangan-cadangan yang diberikan melalui sarana ini bukanlah satu senarai lengkap kerana setiap IB mempunyai persekitaran, kemudahan serta pengalaman yang unik dan berbeza-beza. Walaupun demikian, setiap suatu usaha yang  diambil oleh IB untuk terlibat lebih mendalam dengan pembelajaran anak di rumah 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sangatlah dialu-alukan.
 Apabila anak-anak mengetahui bahawa ibu bapa mereka sangat mengutamakan pendidikan, maka nilai pembelajaran menjadi begitu tinggi dalam diri mereka. 
KENAPA IBU BAPA TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN ANAK? 
1. Faedah kepada anak: 
• Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik. 
• Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi. 
• Kehadiran ke sekolah lebih bagus. 
• Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan. 
• Keciciran persekolahan dapat dielakkan.
2. Faedah kepada ibu bapa: 
• Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah. 
• Ibu bapa dapat mengetahhui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah 
• Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain. 
• Anda akan dapati lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat
No comments:
Post a Comment