Sunday, September 22, 2013

TAMADUN ISLAM SEMAKIN HILANG DI REPUBLIK CZECH

 PRAGUE: Bangunan reka bentuk aneh bercirikan tamadun Rom menggamit pelancong dari seluruh dunia bertandang ke ibu kota Republik Czech.

Istana Prague, Charles Bridge dan Old Town Square antara lokasi bersejarah yang menggambarkan tamadun awal manusia. Ia mencorak budaya hidup tempatan dengan pengaruh agama dalam acuan seni reka bangunan.

Betul-betul memukau pandangan mata, menyamai keanehan objek yang dianggap ajaib di dunia seperti piramid di Mesir dan Chandi Borobudur di Indonesia.

Seperti juga Borobudur yang dicatat dibina pada abad ke-9 merupakan Mahayana Kuil Buddha di Magelang, Jawa Tengah.

Prague muncul pada zaman Romanesque dan berkembang era Gothic dan Renaissance. Tercatat dua Maharaja Rom bertakhta di situ yang lebih dikenali Empayar Rom Suci.

Prague merupakan bandar utama ketika Monarki Habsburg dan Empayar Austria-Hungary.

Selepas Perang Dunia I muncul sebagai negara Czechoslovakia. Di tengah-tengah bandar tersebut sehingga kini dapat dilihat kesan-kesan pengaruh agama Kristian melatari kehidupan di republik Czech.

Keindahan dan kehebatan seni bina ciptaan warga Czech tidak hairanlah pada 1992, lokasi bersejarah Kristian itu disenaraikan UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia.

Mempunyai berpuluh muzium bagi kegiatan teater, galeri, panggung wayang, dan pameran artifak bersejarah lain.

Difahamkan berdasarkan catatan sejarah Prague pernah dikuasai Khalifah Othmaniah, di mana hampir kesemua penduduk ketika itu beragama Islam.

Malangnya sekarang semuanya itu hilang. Hari ini didominasi penduduk Kristian Katholik dan Protestan. Lebih menyedihkan lagi masjid yang pernah mewajah budaya Czech sekarang sukar lagi ditemui.

Mungkinkah masjid sudah ditukar menjadi gereja atau muzium. Senibina Islam itu tidak mampu dilumpuhkan begitu sahaja kerana masih ada kesannya di Prague.

Sejarah seperti mempamerkan masih ada reka bentuk bangunan lama yang menyerupai masjid dengan bumbung dilengkapi kubah.

Penduduk tempatan yang ditemui tidak tahu di mana terletaknya rumah ibadat orang Islam, sebahagian besar mereka pendatang dari Arab dan Afrika utara.

Seorang pemuda bekerja di kedai menjual pakaian berjenama Hard Rock memberitahu beliau berasal dari Algeria dan berkahwin dengan penduduk tempatan.

“Saya masih Islam, hanya Allah yang tahu keadaan sebenar,” ujarnya yang memakai rantai pelbagai logo. Ada juga kelihatan seperti lambang salib.

Sambil menggeleng-geleng kepala beliau seperti mengakui terpaksa berperang dengan arus kehidupan sosial melanda dirinya sehingga menenggelamkan baka Islam.

Peperangan yang sering berlaku di era tamadun, masih mampu menyelamatkan artifak yang diserapi unsur-unsur Kristian.

Banyak bangunan masih terselamat biar pun pernah dicatat berlaku keganasan dan kemusnahan abad ke-20 di Eropah. Semuanya itu masih terpahat di Wall Lennon dan PetrĂ­n.

Prague merupakan bandar ke-14 terbesar di Negara Kesatuan Eropah. Terletak di barat laut negara di Sungai Vltava.

Mempunyai kira-kira 1.3 juta orang namun mampu menarik lebih 4 juta pelancong setiap tahun.

Sejarah kaya dengan unsur Kristian menjadikan Prague pada 2009 dan 2011 bandar keenam paling kerap dilawati di Eropah.

harakahdaily

Monday, September 16, 2013

PAU 2013 - BAHAGIAN SUNGAI SIPUT

Nengor-nengor habor pemilihan UMNO Sunga Sipot tawon 2013 nih hangat. Itu aper yang teman nengor. Tapi, kalo betui aper demer sememer ceghiter tuh betui, teman pon nengok memang hangat pijor. Bukan ajer calon2 yang bertanding tuh hangat pijor, demer-mener yang jadik perwakilan pon akan hangat pijor. Bukan nyer naper sebab memasing udah tentu berkempen. Idak kigherler kempen tuh sehat ker ator kempen itu dedor-dedor demam ker ato pon kempen tuh teghuis jadi demam paneh.

Sebelom nih, Dato' Zul jadik Ketuer Bagian. Dato' Zul belawan ngan Datuk Ahamad. Maser tuh Datuk Ahamad aderler ADUN Lintang. Dato' Zul ngempeng kalo ADUN lain Ketuer Bagian lain senang nak dapat peghuntukan. Lagi pon Ketuer Bagian leh numpu pader kawasan-kawasan UMNO ajer. ADUN nih kener selughoh kawasan iaitu UMNO, GERAKAN, MIC dan MCA. Itu kempen Dato' Zul maser dier nak ngamek keghosi Ketuer Bagian.

Kali ini, Dato' Zul udah jadi ADUN pulak lepeh PRU13 dulu. Ader ker Dato' Zul akan pertahankan keghosi Ketuer Bagian? Pader teman kalo Dato' Zul betui-betui nak jager perpaduan oghang-oghang UMNO Sunga Sipot nih,  beliau tidak akan pertahankan keghosi Ketuer Bagian tuh. Dato' Zul akan beghi peluang pader Zamri Abdullah yang teman nengor akan nentang Dato' Zul sebagai Ketuer Bagian. Dato' Zul kener kener ler kotakan aper yang beliau kater maser nentang Datuk Ahamad meghebot keghosi Ketuer Bagian dulu,

Aper yang menagheknyer, biler Dato' Zul menang ADUN Lintang, teghuis ajer detak papan tander ADUN Lintang di Wisma UMNO Sunga Sipot. Maser Datuk Ahamad dulu idak dibenorkan muat pejabat ADUN Lintang kat Wisma UMNO tuh. Kenerler pulak Datuk Ahamad Nyewer ghomah kedei nak dijadikan pejabat ADUN Lintang. Saper yang beghani nengor sikap Dato' Zul yang "double standard" tuh? Usah ler nak ambek peluang, Keluorler sikit duet bukannyer manyak nak sewer kat maner-maner dijadikan pejabat. Kan gitu mengkomer?

Satu lagi yang teman nengor ceghiter, Ketuer Wanita juger ader perlawanan. Nengor-nengor habor, Ketuer Wanita yang sedia ader Hajah Sharifah Tamin akan dilawan oleh seoghang cikgu. Kalo dedulu Sharifah Tamin ditentang oleh cikgu Wagiam, kini nengor ceghoter akan ditentang oleh seoghang cikgu lagi iaitu cikgu Sofiah. Cikgu Wagiam maser lawan dgan Sharifah Tamin jadik Gughu Penolong Kanan pastu jadik Gughu Besor. Cikgu Sofiah nih pulak adeler Gughu Penolong Kanan. Mungkinker lepeh menang jadi Ketuer Wanita UMNO Sunga Sipot, cikgu Sofiah akan jagi Gughu Besor?

Dedulu biler cikgu Wagiam mencabor Sharifah Tamin keghosi Ketuer Wanita, habeh semuer gughu jadi musuh Sharifah Tamin. Paling dasatnyer gughu-gughu lelaki pon dimuatnyer musoh. Ader jer idak kener pader hatinyer. Kali ini aperkah permusuhan Sharifah Tamin ngan gughu-gughu di Sunga Sipot nih akan berteghusan? Pader teman, janganler disebabkan seoghang gughu mencabar keghosi maker habeh sememer gughu dimuatnyer musuh. Takkan idak ader gughu yang nyokong Sharifah Tamin?

Camaner pulak keghosi Ketuer Pemuder UMNO? Idak ader ker yang nak cabor Encik Badrul, pensyaghah muder daghi Institut Pendidikan Gughu Malaysia, Ipoh tuh? Kalo dulu Badrul boleh lawan Zamri daghi cawangan yang samer iaitu Kampung Tok Bisan, aperker kali ini ader jaguh daghi kampung yang samer akan nentang Badrul? Ato pun Badrul akan menang idak bertanding keghosi Ketuer Pemuder UMNO Sunga Sipot?

Ler nih teman udah nampak ghamei perwakilan dok berlonggok kat kedei-kedei tomyam ngan kedei-kedei mamak. Demer tuh bukan ajer berlonggok di Sunga Sipot, malah ader yang teman nengor lepeh ke Ipoh. Ipoh tempat yang paling best Restoren Hydramaut di depan Sungai Kinta tuh. Itu yang teman nengor. Idak ler pulak teman numpang sekaki sebab iadak ader yang nak pelawer teman ngikot demer-demer tuh. Camner pon ceghiter yang teman nengor nih aghap-aghap bukan kabor angin.

Camaner pon kalo mengkomer nengok di peghengkat atasan, memacam ceghiter yang boleh kiter nengor. Keghosi Najib ngan Muhyiddin takat ini belom ader sesaper yang beghani nak cabor. Ketuer Wanita pulak udak berdolak dolek. Memuler Azalina mantan Ketuer Puteghi UMNO nak cabor pastu idak jadi. Ler nih ader pulak oghang len yang cabor. Gitu juger Ketuer Pemuder UMNO, ader nengor  Khairi Jamaluddin akan ditentang. Yang agak heghan ader juger mesyuaghat yang kener tangguh. Kali ini belum ader yang nengor baling-baling keghosi.

Tuesday, September 10, 2013

HAMPIR O.5 JUTA CALON UPSR TAHUN 2013



Kalau mengikut Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS), Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan berakhir pada tahun 2015. Ini bermakna murid sekolah rendah Tahun Empat tahun 2013 adalah calon-calon terakhir bagi UPSR. Pada tahun 2016, PBS akan mengambil peranan dalam pengujian murid-murid sekolah rendah.
Pada tahun ini 2013, hampir 0.5 juta calon UPSR yang menduduki ujian tersebut. Ini dapat dilihat bahawa terdapat seramai 478,848 orang murid Tahun Enam akan menduduki UPSR yang bermula 10 september 2013 hingga 12 September 2013. Jumalah calon dari sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan ialah 469,882 orang. Manakala 8,966 orang calon pula dari sekolah swasta.

Kepada semua calon UPSR bagi tahun 2013 ini diucapkan selamat menduduki UPSR. Bacalah soalan dan fahamkanlah kehendak soalan. Jawablah soalan tersebut dengan tenang. Insya-Allah kejayaan akan dapat dikecapi setelah kita berusaha. Seterusnya kita perlu berdoa dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Berusaha, berdoa dan bertawakal adalah amalan yang boleh membuah kejayaan dalam kehidupan kita.