Monday, September 6, 2010

COLABORATIVE ORGANISATION 2010


PROGRAM CO (MODEL COLABORATIVE ORGANISATION) 2010

DEFINISI:-
Model CO bermaksud program yang mewujudkan suasana berpasukan dan perkongsian pintar dalam melaksanakan program peringkat sekolah atau kelompok.

LATAR BELAKANG:-
Pada 15 hingga 19 April 2006, semua Pengetua dan Guru Besar Daerah Perak Tengah telah diberi pendedahan tentang konsep "Kepimpinan Instruksional" oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua Pengetua dan Guru Besar terlibat secara langsung dalam projek rintis Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melaksanakan konsep tersebut.

Pejabat Pelajaran Daerah Perak Tengah bertindak sebagai pemantau pelaksanaan di semua sekolah. Bagi merealisasikan konsep tersebut, Model CO dilaksanakan di Perak Tengah. Pada tahun 2010, Unit Pengurusan Kurikulum, Jabatan Pelajaran Perak mengambil inisiatif untuk memperluaskan program ini ke seluruh daerah di negeri Perak.

RASIONAL:-
1. Sekumpulan sekolah yang berada dalam lingkungan15 km di kawasan Sungai Siput (U).
2. Dua sekolah daripada kumpulan tersebut merupakan penyumbang kepada prestasi 5A peperiksaan UPSR daerah Kuala Kangsar.
3. Permuafakatan menjadi kepada pemangkin sekolah-sekolah sekumpulan untuk mencapai kecemerlangan pendidikan daerah Kuala Kangsar.


TUJUAN:-
1. Meningkatkan pencapaian UPSR dengan 30% pelajar mendapat 5A berdasarkan calon sekolah masing-masing.
2. Mengurangkan kadar kegagalan ke paras minima.
3. 80% murid lulus dalam semua mata pelajaran UPSR.

OBJEKTIF:-
1. Memupuk semangat perpaduan dan kerjasama warga pendidik sekolah dari segi pentadbiran, kecemerlangan guru dan pelajar dan hubungan dengan masyarakat.
2. Mengeratkan hubungan silaturahim antara warga pendidik dalam kumpulan CO dan pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah.
3. Meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar-pelajar dalam kumpulan CO.

KRITERIA PEMILIHAN SEKOLAH:-
1. 12 buah sekolah dari setiap daerah yang berada dalam satu kelompok.
2. Sekolah Kebangsaan.
3. Pencapaian UPSR perlu dipertingkatkan.


SENARAI SEKOLAH:-
(Kelompok Sungai Siput (U) )
1. Sekolah Kebangsaan Temin
2. Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
3. Sekolah Kebangsaan Trosor
4. Sekolah Kebangsaan Jalong
5. Sekolah Kebangsaan Seroli
6. Sekolah Kebangsaan Perlop 1
7. Sekolah Kebangsaan Methodist
8. Sekolah Kebangsaan Lasah
9. Sekolah Kebangsaan RKT Lasah
10. Sekolah Kebangsaan Lintang
11. Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah
12. Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor

JAWATANKUASA:-

PENAUNG
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar

PENASIHAT
Penolong PPD Pengurusan Akademik
Penolong PPD Sekolah Rendah

PEGAWAI MEJA
Pegawai Khas Akademik Prasekolah

PENGERUSI
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lintang

NAIB PENGERUSI
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Seroli

SETIAUSAHA

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Lasah

BENDAHARI

Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Temin

AHLI JAWATANKUASA
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Trosor
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan RKT Lasah
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Jalong
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Perlop 1
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Kampung Maamor
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sungai Siput
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist


VISI:-
Sekolah-Sekolah Co Sungai Siput (U) cemerlang pada tahun 2012

MISI:-
Sekolah-Sekolah CO Sungai Siput (U) komited untuk sentiasa bermuafakat dan proaktif
1. Mengoptimumkan kepakaran guru untuk P & P berkualiti
2. Mewujudkan perkongsian idea dan aktiviti secara kolektif dalam usaha melahirkan kecemerlangan

FOKUS KECEMERLANGAN:-
1. Kecemerlangan Akademik UPSR
2. Kecemerlangan Sahsiah dan Kepimpinan Instruksional
3. Kecemerlangan P & P berkualiti
4. Perkongsian ilmu antara semua Guru Besar dan Pembantu Tadbir
5. Permuafakatan PIBG

PENETAPAN TARGET:-
Mesyuarat Jawatankuasa CO Sungai Siput (U) bersetuju menetapkan semua sekolah ahli berusaha ke arah pencapaian berikut:-
1. Pencapaian 5A sebanyak 30% daripada calon
2. Meminimakan calon yang gagal

Sunday, September 5, 2010

POTONG KUKU - IKUT SUNNAH NABI

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

wallahu a'lam.

Friday, September 3, 2010

SUMBANGAN KE ARAH KESEJAHTERAAN HIDUP

"Pekerjaan terdiri atas segala yang wajib dilakukan oleh tubuh,
sedangkan bermain berdiri atas segala yang tidak wajib dilakukan tubuh."

Kehidupan yang berjalan dengan baik tidak akan lengkap tanpa keseimbangan antara kerja, cinta dan bermain. Kita sering membicarakan tentang kerja dan cinta dan hari ini kita cuba tumpukan perhatian kepada keseluruhan kesan bermain.

Jika dipilih dengan baik, waktu rekreasi kita dapat memberikan sumbangan besar kepada kesejahteraan hidup kita untuk menjaga kesihatan kita dan untuk kehidupan yang penuh dengan kejayaan. Sebagai waktu terluang, sepatutnya ditujukan untuk rekreasi menyeluruh terutama untuk berbagai kegiatan yang melibatkan gerakan berbagai bahagian tubuh.

Berbagai kegiatan olahraga di kawasan terbuka sangat baik untuk tujuan kesihatan diri. Berenang dan bowling adalah bentuk olahraga yang unggul untuk jenis olahraga. Sekiranya kita dapat menguasai satu-satu jenis permainan, kita boleh menjadikannya sebagai sumber pendapatan dan ramai antara mereka yang telah menjadi jutawan. Bidang permainan yang dianggap berjaya ialah golf dan tenis.

Keadaan yang tidak berubah-ubah pada segala jenis pekerjaan dan tidak diimbangi dengan permainan adalah perosak kekuatan dan kemampuan. Kejayaan tidak akan menjadi mahkota usaha bagi mereka yang bekerja terlalu banyak dan bermain terlalu sedikit. Supaya kita tetap dalam kedudukan yang sepatutnya dan kecekapan maksima,

kita perlu untuk lebih banyak bergerak di kawasan terbuka. Kita perlu mengembangkan kebiasan berjalan, kebiasaan untuk mengambil bahagian dalam berbagai kegiatan olahraga. Berbagai bentuk bermain ini akan bermanfaat untuk mengurangi berbagai tekanan yang kita alami dalam sesuatu yang biasa disebut sebagai peradaban maju.

Bermain adalah penyembuhan bagi kelelahan fizikal dan mental. Hal ini merupakan suatu bentuk kerehatan yang mendukung proses rekreasi. Ramai orang ingin mendapatkan lebih banyakj wang dan menambah harta yang lebih banyak lalu mengerahkan kemampuan mental dan fizikal mereka secara berlebihan dan membuat modal simpanan pada diri mereka menjadi haus. Kalau modal ini tidak diperbaiki melalui rekreasi, melalui bermain maka mereka akan mengalami kemiskinan tubuh dan akal.