Cahaya yang sentiasa menerangi bumi Allah. Ya Allah! Engkau terangilah hati hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahari pada siang hari dan Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya bulan pada malam hari. AMIN.
Saturday, March 31, 2012
PERUBAHAN MANTAPKAN NILAI DAN ETOS SEKOLAH
Guru Besar yang prihatin akan melaksanakan perubahan-perubahan ke arah menjadikan sekolah mereka lebih berkesan melalui nilai-nilai yang baik dan etos yang menggambarkan keunggulan sekolah mereka. Tindakan-tindakan yang tegas dan menyeluruh perlu dilaksanakan kerana mereka yakin nilai dan etos sekolah ini akan dapat membentuk suatu budaya yang menyokong keberkesanan sekolah.
Thursday, March 29, 2012
KEMAJUAN PROFESIONALISME BERTERUSAN
Guru Besar hendaklah menjadikan peningkatan profesionalisme di kalangan guru sebagai agenda utama di sekolah. Guru Besar bukan sahaja merancang dan mengadakan aktiviti perkembangan staf, malah menjadi role model dan mentor kepada guru-guru. Guru Besar perlu bersedia mengambil risiko dan berusaha membentuk budaya profesional learning community di sekolahnya agar seluruh warga sekolah mendapat pengetahuan dan maklumat terkini dalam dunia pendidikan.
Tuesday, March 27, 2012
TENAGA PAKAR DAN ORANG PENTING DI SEKOLAH
Guru Besar yang bijak akan berusaha menjadikan ketua atau pemimpin peringkat pertengahan iaitu ketua panitia mata pelajaran sebagai kumpulan pakar di sekolah. Sekiranya diturunkan kuasa kepada mereka untuk merancang dan membimbing guru dalam bidang kurikulum maka sudah tentu akan meringan tugas Guru Besar. Walau bagaimanapun, pemantauan perlu dilakukan supaya apa yang mereka lakukan tidak tersasar daripada matlamat sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)